Zikir Khamis Dalam Rumi, Fadhilat Dengan Terjemahannya

Zikir harian adalah amalan zikir yang sangat dianjurkan untuk umat Islam baca setiap hari. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda zikir Khamis untuk dibaca, dihafal, dan diamalkan.

Zikir Khamis Yang Boleh Diamalkan

Panduan zikir Khamis ini disertakan dalam Bahasa Arab, Bahasa Rumi, terjemahan zikir, serta kelebihan atau fadhilat dalam pengamalannya. Berikut ini adalah antara zikir yang boleh dibaca.

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيم

Subhanallah wa bihamdihi subhanallahil ‘adzim

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang Maha Besar dan segala puji bagi Nya.”

Sumber: Kisah Zakat Malaysia

Rahsia Hari Khamis Dalam Islam

Hari Khamis adalah hari kelima dalam turutan hari-hari setiap minggu. Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa pada hari tersebut ia merupakan hari yang terbaik bagi sesiapa yang mahu menunaikan hajat.

Pada hari ini juga, umat Islam sangat digalakkan untuk berpuasa. Ini berdasarkan kepada dalil mengenai puasa isnin khamis:

Daripada Aisyah RA, berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ

Maksudnya: “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

Selain itu peristiwa lain yang turut boleh dijadikan iktibar menurut sejarah Islam. Antara peristiwa itu adalah seperti:

  • Nabi Ibrahim bertemu Raja Mesir.
  • Saudara-saudara Nabi Yusuf berjumpa dengannya setelah mereka membuang dan mengasingkannya.
  • Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusuf telah datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusuf.
  • Nabi Yaakub datang ke Mesir untuk bertemu dengan anakandanya.
  • Nabi Musa masuk ke Mesir untuk mengajak Firaun menyembah Allah.
  • Rasulullah SAW memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah.

Kelebihan Zikir Khamis

Zikir adalah “makanan” yang menjadikan kehidupan jiwa seorang Muslim itu sentiasa “hidup” dan sihat dengan keindahan hati yang sejahtera.

Contoh yang paling dekat adalah zikir Khamis ini. Ia merupakan terapi bagi setiap umat Islam dalam menjalani kehidupan kerana banyak kebaikan yang boleh kita perolehi.

Antara kebaikan zikir Khamis ini adalah seperti yang berikut.

1. Membersihkan hati

Zikir menjadi bukti hati manusia ini sentiasa hidup dalam beribadah kepada Allah biar dimana kita berada atau sedang apa kita ketika itu.

Amalan yang boleh dilakukan secara tersembunyi ini dalam kita tidak perasan ia mampu untuk membersihkan hati dan jiwa dari rasa gusar, risau, dan kosong.

2. Menambah cinta kepada Allah

zikir khamis

Setiap butir bacaan zikir yang terlafaz dari bibir seseorang ianya adalah puji-pujian kepada Allah.

Apatah lagi sekiranya kita faham akan makna zikir yang dilafazkan itu, maka sudah tentu wujudnya perhubungan sayang yang erat antara Allah dan hambaNya setiap kali berzikir.

3. Sentiasa diingati oleh Allah

Zikir membawa kedekatan diri kita kepada pencipta. Apabila seseorang hamba itu ingat kepada Tuhannya, maka perkara itu juga akan berbalik kepada diri kita.

Insha Allah, diri dan kehidupan kita akan sentiasa dijaga serta dilindungi oelh Allah.

4. Membuang kebimbangan dalam hati

zikir khamis

Penawar kepada hati yang gusar dan bimbang adalah zikir. Dengan berzikir hati akan kembali tenang. Hal ini ada difirmankan oleh Allah dalam Surah Ar Ra’d, Ayat 28:

Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang.”

5. Memperoleh kebaikan di akhirat

Berkat ibadah zikir yang kita lakukan setiap masa dengan istiqamah selama kita hidup di dunia.

Nescaya, amalan zikir itu akan memberi kebaikan kepada kita kelak di akhirat nanti. Dengan kurniaan syurga yang setiap orang idam-idamkan.

6. Mendapat ganjaran pahala oleh Allah

Zikir antara amalan yang amat mudah untuk kita peroleh pahala. Zikir dengan menyebut nama-nama Allah memberikan ganjaran pahala yang cukup besar sekali kepada kita.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan zikir Khamis ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan amalan zikir harian sepanjang hari.

Sesungguhya zikir kita kepada Allah adalah untuk diri kita sendiri agar hati lebih tenang, fikiran dan jiwa lebih tenteram, diampunkan segala dosa, dan diberi kemudahan hidup di dunia dan akhirat.

Sumber:

  1. Subhanallahi Wa Bihamdihi Meaning, Benefits & Hadith. Islam Ka Zir
  2. Kelebihan Hari Khamis. Al-Mukhlisin
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.