25 Nama-Nama Nabi dan Rasul Yang Wajib Diketahui

Salah satu rukun iman adalah percaya dan yakin kepada Rasul. Apakah yang dimaksudkan dengan Rasul dan Nabi ini?

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda senarai lengkap nama-nama Nabi dan kisah pengajaran tentang diri dan kehidupan mereka.

Pengertian maksud Nabi

Maksud Nabi adalah seorang lelaki yang bebas mendapatkan wahyu daripada Allah SWT tetapi tidak ditugaskan untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada umatnya.

Diriwayatkan oleh Abdul Rahman ibn Abd al-Rabb, bahawa Baginda SAW bersabda:


إِنَّهُ لَمْ يَكُنْ نَبِيٌّ قَبْلِي إِلاَّ كَانَ حَقًّا عَلَيْهِ أَنْ يَدُلَّ أُمَّتَهُ عَلَى خَيْرِ مَا يَعْلَمُهُ لَهُمْ وَيُنْذِرَهُمْ شَرَّ مَا يَعْلَمُهُ لَهُمْ

Maksudnya: “Tiada seorangpun Nabi sebelumku, kecuali menjadi tanggungjawab ke atasnya untuk menunjukkan jalan yang benar kepada umatnya, dan memperingatkan mereka akan jalan keburukan.” – (Sahih Muslim, 1844)

Perbezaan Nabi dan Rasul

Ramai mungkin keliru antara Nabi dan Rasul. Rajah di bawah ini, kami tunjukkan kepada anda perbezaan lengkap antara Nabi dan Rasul.

Jenis PerbezaanNabiRasul
WahyuDiberikan wahyu untuk dirinya sendiri dan tidak dikenhendaki menyampaikan kepada orang lainDiberi wahyu untuk diri sendiri dan dikehendaki menyampaikannya kepada orang lain
Bilangan124 ribu orang313 orang
StatusSeorang Nabi tidak semestinya RasulSeorang Rasul semestinya Nabi
KitabTidak diturunkan kitab kepadanyaDiturunkan kitab dan Suhuf
PengetahuanTidak diwajibkan mengetahui bilangan NabiWajib mengetahui bilangan dan nama 25 orang Nabi dan Rasul

Senarai nama-nama Nabi dan Rasul yang lengkap

Dikatakan bahawa jumlah Nabi dan Rasul utusan Allah SWT adalah sangat banyak. Namun dalam banyak jumlah tersebut kita hanya diwajibkan untuk mengetahui dan mengenali nama-nama Nabi dan Rasul sebanyak 25 nama.

1. Nabi Adam As

Nabi Adam adalah manusia yang diciptakan oleh Allah SWT. Kewujudannya di atas muka bumi ini amatlah istimewa kerana Allah sendiri memerintahkan semua makhluk untuk sujud kepadanya.

2. Nabi Idris As

Nabi Idris diberikan julukan sebagai singa ini sebenarnya mempunyai kekuatan yang sangat luar biasa.

3. Nabi Nuh As

Nabi pertama yang dijadikan sebagai Rasul untuk menyebarkan agama adalah Nabi Nuh.

Bahtera Nabi Nuh adalah sebuah kapal yang dibina atas perintah Allah untuk menyelamatkan Nabi Nuh sendiri bersama kaum keluarganya yang beriman, kaumnya yang beriman serta binatang-binatang.

4. Nabi Hud As

Mukjizat istimewa diberikan kepada Nabi Hud adalah mampu untuk menurunkan hujan atas izin Alah.

5. Nabi Saleh As

Nabi Saleh dapat memunculkan unta betina yang hamil 10 tahun dari batu besar yang terbelah. Namanya disebut-sebut dalam Al-Quran sebanyak 10 kali.

6. Nabi Ibrahim As

Tergolong dalam Rasul ulul azmi, Nabi Ibrahim digelar sebagai “Bapa Para Nabi” dan memiliki mukjizat dari Allah SWT untuk membangunkan kaabah.

7. Nabi Luth As

Nabi yang merupakan anak saudara kepada Nabi Ibrahim adalah Nabi Luth. Beliau diutuskan Allah untuk berdakwah kepada kaum Sodom, iaitu sebuah kaum yang terkenal dengan hubungan seks sesama jenis.

8. Nabi Ismail As

Anak daripada Nabi Ibrahim adalah Nabi Ismail dan ibunya, Siti Hajar. Beliau bersama-sama telah berusaha membangunkan Ka’bah yang sekarang ini menjadi kiblat utama umat Islam di seluruh dunia.

Peristiwa yang akan sentiasa diingati oleh Nabi Ismail adalah ketika Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelihnya.

9. Nabi Ishaq As

Putera kedua Nabi Ibrahim sekaligus merupakan adik kepada Nabi Ismail itulah ia Nabi Ishaq.

Nabi Ishaq telah diutuskan oleh Allah kepada kaum Kana’an yang berada di kota Hebron yang pada ketika itu tidak mengenal Allah SWT.

10. Nabi Yakub As

Nabi Yaqub merupakan putra dari Nabi Ishaq dan merupakan cucu dari Nabi Ibrahim. Beliau diutuskan oleh Allah SWT kepada kaum Kana’an yang tinggal di Syiria.

11. Nabi Yusuf As

Dikenali sebagai manusia paling tampan sehingga membuatkan para wanita takjub melihat dirinya. Sehingga ada yang memotong jarinya saat mengupas buah oleh kerana terlalu terpesona dengan ketampanan Nabi Yusuf.

Nabi Yusuf adalah anak kesayangan Nabi Yaqub. Rasa cemburu saudara Nabi Yusuf telah membuatkan mereka membuang Nabi Yusuf ke dalam perigi.

12. Nabi Ayyub As

Nabi Ayyub dikurniakan limpahan harta yang begitu banyak, keturunan serta akhlak yang sangat mulia. Namun ditimpakan ujian besar buatnya sehingga teruji rasa sabar dalam diri.

Allah memberikan ujian penyakit kulit sehingga dia kehilangan harta dan keturunannya.

13. Nabi Syu’aib As

Nabi Syu’aib diutuskan oleh Allah di tengah-tengah kaum Madyan untuk mengajak mereka beriman kepada Allah.

Kaum Madyan ini adalah kaum yang suka menipu dan membangkang. Dakwah Nabi Syu’aib akhirnya tidak diterima dan didengarkan sehingga terpaksa Allah turunkan malapetaka ke atas mereka.

14. Nabi Musa As

Kisah Nabi Musa dan Raja Fir’aun yang tamak dan menyekutukan Allah ini sangat popular menjadi sirah yang dibaca umat Islam.

Allah memberikan mukjizat kepada Nabi Musa iaitu mampu membangunkan orang yang sudah meninggal dunia, membelah lautan dengan tongkatnya, mengubah tongkatnya menjadi ular, dan dianugerahkan Kitab Taurat.

15. Nabi Harun As

Nabi Harun dikurniakan kemampuan bahasa yang sangat baik dan akhlak yang mulia. Nabi Harun beserta Nabi Musa memerangi berhala yang disembah oleh Raja Fir’aun.

16. Nabi Zulkifli As

Sifat sabar dan dermawan pada diri Nabi Zulkifli adalah contoh yang terbaik yang perlu kita contohi.

Sungguhpun mendapat ujian berat, diseksa, dirantai, dan dipenjara tetapi Nabi Zulkifli tetap konsisten untuk berdakwah kepada para keturunannya agar menyambah Allah SWT.

17. Nabi Daud As

Susur galur keturunan Nabi Ibrahim adalah Nabi Daud. Dia pernah menjadi seorang raja setelah Raja Thalut terbunuh. Nabi Daud telah dianugerahkan Kitab Zabur semasa hayatnya.

18. Nabi Sulaiman As

Gelaran raja yang sangat kaya dan memiliki kekuasaan hebat adalah miliki Nabi Sulaiman. Pelbagai mukjizat Allah berikan kepadanya.

Antaranya seperti mampu berbahasa dan berbicara dengan binatang, memiliki kekayaan yang berlimpah, mampu menundukkan angin. dan mengalirkan tembaga dari perut bumi.

19. Nabi Ilyas As

Allah mengutuskan Nabi Ilyas di kalangan kaum Ba’al untuk berdakwah dan menyeru mereka menyembah Allah.

Namun kerana keingkaran kaum Ba’al itu, maka Allah memberikan azab iaitu kekeringan yang panjang.

20. Nabi Ilyasa As

Anak angkat kepada Nabi Ilyas serta penerus dakwah kepada Bani Isral adalah Nabi Ilyasa.

Allah memberikan mujizat kepadanya dengan mampu menyembuhkan orang sakit.

21. Nabi Yunus As

Nabi Yunus mempunyai susur galur keturunan keempat dari Nabi Ibrahim. Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan puas menjadi sirah yang popular untuk kita jadikan pengajaran.

22. Nabi Zakaria As

Allah SWT mengutuskan Nabi Zakaria di tengah-tengah kaum Bani Ismai di Palestin yang pada ketika itu bersenang lenang dengan kemaksiatan, kezaliman, kemungkaran, dan gemar untuk menimbulkan kerosakan.

23. Nabi Yahya As

Nabi Yahya adalah anak lelaki kepada Nabi Zakaria, yang merupakan orang paling benar, suci, dan terhormat,

Oleh kerana sikap rajin dan gemar membacanya sejak kecil, Nabi Yahya sudah mampu untuk menyelesaikan masalah dan mencari jalan keluar untuk segala persoalan.

24. Nabi Isa As

Nabi Isa lahir dari seorang perempuan suci iaitu Maryam tanpa ayah. Antara mukjizat Nabi Isa adalah mampu berbicara ketika bayi, menghidupkan orang ang sudah mati, dan dianugerahkan Kitab Injil.

25. Nabi Muhammad SAW

Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah kepada umat manusia adalah Nabi Muhammad SAW.

Ajaran yang dibawakan oleh Nabi Muhammad merupakan penyempurnaan bagi semua ajaran agama yang pernah disampaikan oleh para Nabi dan Rasul sebelumnya.

Allah menganugerakannya Kitab Al-Quran sebagai panduan umat manusia sehingga ke akhir zaman.

Diharapkan artikel kami berkenaan dengan nama-nama Nabi ini dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Al-Afkar #62: Perbezaan Nabi dan Rasul. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Al-Kafi #1348: Berapa Jumlah Nabi dan Rasul Yang Diutuskan Allah SWT? Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Kisah Lengkap Para Nabi dan Rasul. Al-Hafidz Ibnu Katsir. Penerbitan Seribu Dinar
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.