Doa Solat Hajat Agar Termakbul Segala Hajat Yang Dipohon

Solat hajat kita lakukan bertujuan untuk memperoleh sesuatu kebaikan yang dimahukan kepada Allah dan dalam masa yang sama menolak sesuatu keburukan ataupun musibah dalam hidup. Dalam solat hajat kita digalakkan untuk banyakkan doa solat hajat.

Apakah doa-doa solat hajat yang boleh dibaca? Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa panduan doa yang dapat diamalkan ketika solat.

Doa 1

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ قَضَيْتَهَا لِي

La ilaha ilallahul halimul karimu subhanallahi rabbil ‘arshil ‘azim qodhoitaha li

Maksudnya: “Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang agung.”

Doa 2

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ

Alhamdulillahi rabbil ‘alami. Allahumma inni asaluka mujibati rahmatika wa ‘aza imu maghfiratika wal ghanimata min kulli birriu wassalamat min kulli ism

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat Mu, serta pengampunan Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan kesejahteraan daripada semua dosa.”

Doa 3

أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي

Asaluka alla tada’a li dzamban illa ghafartah, wala hamman illa farrajtah, waka hajatan hiya laka ridha illa qodaitaha

Maksudnya: “Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosa pun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau permudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.”

Doa 4

Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘azaa ‘ima magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati minannar.

Allahumma innaka tasma’u kalami, watara makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika syai-unn min amri wa analba’isulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mushfiqul muqirrul ma’tarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika ibtihal

Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘aman khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Mu hal-hal yang dapat menentukan rahmat Mu dan menguatkan pengampunan Mu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuan Mu.

Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepada Mu.

Ya Allah, aku mohon kepada Mu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.

Aku mohon kepada Mu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepada Mu.”

Doa 5

Laa ilaha illallohul hakiimul kariim. Subhaanallohi robbil ‘arsyil ‘azhiim. Alhamdu lillaahi robbil ‘aalamiin. As aluka muujibaari rohmatika wa ‘azaa-ima maghfirotika wal ghoniimata ming kulli birri wassalaamata ming kulli itsmin Laa tada’ lii dzamban illa ghofartahu walaa hamman illaa farojtahu walaa haajatan hiya laka ridhon illa qodhoitahaa yaa arhamar roohimiin.

Maksudnya: “Tiada Tuhan yang benar sebenar-benarnya melainkan Allah yang Maha lemah-lembut, pemurah dan penyayang. Maha Suci Allah, pemerintah Kerajaan Yang Maha Besar.

Segala puji tertentu bagi Allah, pentadbir sekalian alam semesta. Aku bermohon kepada Mu, Ya Allah semoga dapat kiranya limpah rahmat Mu dan segala amalan yang boleh menerima keampunan Mu.

Aku mohon pemeliharaan daripada segala dosa. Aku mohon mendapat keuntungan pada setiap kebaikan, dan terlepas daripada sebarang dosa.

Jangan kiranya ada pada kami satu dosa melainkan Engkau mengampunkannya, tiada satu kesusahan melainkan Engkau melepaskannya, semoga kiranya hajat kami Engkau tunaikan (iaitu mana-mana hajat yang Engkau redhai), wahai Tuhan yang sangat mengasihani.”

Semoga artikel berkenaan dengan doa solat hajat yang dikongsikan ini dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Doa-Doa Solat Hajat Yang Baik Untuk Dipohon Kepada Allah SWT. Motherhood
  2. Doa Solat Hajat (Memohon Agar Hajat Tercapai & Makbul). The Rohani
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.