Zikir Isnin Dalam Rumi, Fadhilat Dengan Terjemahannya

Zikir harian adalah amalan zikir yang sangat dianjurkan untuk umat Islam baca setiap hari. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda zikir Isnin untuk dibaca, dihafal, dan diamalkan.

Zikir Isnin yang boleh diamalkan

Panduan zikir Isnin ini disertakan dalam Bahasa Arab, Bahasa Rumi, terjemahan zikir, serta kelebihan atau fadhilat dalam pengamalannya. Berikut ini adalah antara zikir yang boleh dibaca.

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ

Laa haw la wa laa quwwata illa billa hil a’li yil a’zim

Maksudnya: “Tiada daya dan upaya kecuali dengan kurniaan Allah yang Maha Besar.”

Kelebihan Zikir Isnin

Nabi Muhammad SAW ada bersabda pada Abdullah bin Qois,

“Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘Laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di surga.” – (Hadis Riwayat Bukhari no. 7386)

Zikir ini dikatakan mampu memberi kenikmatan rohani kepada hati dan jiwa kerana kekuatannya sebagai penghubung diri dengan Allah.


Kata Ibnu Mas’ud, “Tidak ada daya untuk menghindarkan diri dari maksiat selain dengan perlindungan dari Allah. Tidak ada kekuatan untuk melaksanakan ketaatan selain dengan pertolongan Allah.”

Zikir ini apabila dibaca dengan ikhlas maka ia pasti akan meningkatkan ketakwaan diri kita sebagai seorang hamba kepada Allah.


“La Hawla wa la Quwwata illa billah” ialah penama bagi al-Hawqalah atau al-Hawlaqah.

Kalimah zikir ini amat berharga dan tinggi kedudukannya dalam Islam. Dalam satu hadis, baginda SAW berkata kepada salah seorang sahabat:

Wahai Abdullah bin Qais, inginkan daku tunjukkan kepadamu satu perbendaharaan daripada perbendaharaan syurga”? Lalu jawabku: Sudah tentu wahai Rasulullah. Balas baginda: “La hawla wa la quwwata illa billah.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Zikir ini dikaitkan dalam kesembuhan penyakit hati dan kesedihan, berpandukan dari sebuah hadis.

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa yang mengucapkan Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah maka hal itu sebagai penawar baginya dari 99 penyakit dan yang termudah adalah rasa bimbang.” – (Hadis Riwayat Tabrani)


Bibir yang banyak berzikir dan melafazkan puji-pujian kepada Allah akan melahirkan hati yang tenang dan jiwa yang tenteram.


Rasulullah mengalakkan kita untuk banyakkan berzikir dalam diantara zikir itu adalah “La Haula wa La Quwwata Illa Billah”.

Hal ini disebabkan oleh kalimah ini mengandungi perkataan-perkataan yang terbaik dan disukai oleh Allah.


Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimat yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahwa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan.”


“Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – “La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah.” – (Hadis Riwayat At-Tabrani)

zikir isnin
Sumber: Kisah Zakat Malaysia

Benarkah amalan diangkat pada hari isnin?

Persoalan tentang adakah amalan manusia akan dicatat oleh malaikat dan dibentangkan di hadapan Allah setiap hari isnin dan khamis ini sering menjadi bualan ramai.

Untuk menjawab persoalan ini, di sini kami senaraikan beberapa hadis yang terkait dengan isu ini.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya: “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku kebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi no. 747)

Daripada Usamah bin Zaid, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ذَانِكَ يَوْمَانِ تُعْرَضُ فِيهِمَا الْأَعْمَالُ عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya: “Dua hari tersebut akan dibentangkan amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam. Maka aku lebih suka jika amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” – (Hadis Riwayat Al-Nasa’ie no. 2358)

Antara makna hadis di atas adalah setiap amalan akan diangkat dan dibentangkan kepada Allah SWT, sama ada amalan tahunan yang diangkat pada bulan Sya’ban sebagaimana dikhabarkan oleh Baginda SAW dan juga amalan mingguan yang akan diangkat pada hari Isnin dan Khamis. – (Lihat: Hasyiah Ibn al-Qayyim bagi Sunan Abu Daud, 12:313)

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan zikir Isnin ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan amalan zikir harian sepanjang hari.

Sesungguhya zikir kita kepada Allah adalah untuk diri kita sendiri agar hati lebih tenang, fikiran dan jiwa lebih tenteram, diampunkan segala dosa, dan diberi kemudahan hidup di dunia dan akhirat.

Sumber:

  1. Keutamaan La Hawla Wa Laa Quwwata Illa Billah. UTM
  2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-231: Amalan Diangkat Pada Isnin dan Khamis. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. La Hawla wa la Quwwata illa billah: Penyerahan jiwa raga kepada Yang Maha Kuasa. Sinar Plus
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.