Niat Puasa Nabi Daud Dalam Rumi dan Manfaatnya

Pernahkah anda dengar tentang puasa Nabi Daud? Bagaimanakah pula cara mengerjakan puasa sunat ini?

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan niat puasa Nabi Daud dan manfaat yang boleh kita dapatkan dari amalan tersebut.

Baca juga:

Apa itu puasa Nabi Daud?

puasa nabi daud

Maksud puasa Nabi Daud adalah puasa yang dilakukan selang sehari atau dalam kata lain, seseorang itu mengamalkan sehari berpuasa dan sehari tidak berpuasa.

Amalan ini dilakukan dengan niat hanya kepada Allah. Secara asasnya, puasa umat terdahulu tidak menampakkan sebarang perbezaan yang ketara dengan puasa yang telah disyariatkan kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Dari segi persamaannya pula, kedua-dua puasa ini memerlukan kita untuk menahan diri daripada makan dan minum serta berhubungan dengan isteri.

Dan tujuannya dilakukan adalah kerana semata-mata untuk mendapat keredaan dan menambah ketaatan kepada Allah SWT.

Dalil tentang puasa sunat ini

Dalil tentang amalan puasa ini disabdakan oleh Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr bin al-‘As, sabda Nabi SAW:

أَحَبُّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ صِيَامُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ كَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا وَأَحَبُّ الصَّلاَةِ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ صَلاَةُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ كَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ

Puasa yang paling dicintai olehi Allah ‘Azza wa Jalla adalah puasa Daud AS. Baginda berpuasa satu hari kemudian tidak berpuasa pada keesokannya. Sebaik-baik solat yang disukai Allah ‘Azza wa Jalla adalah solat Daud AS. Baginda tidur seperdua malam dan bagun mendirikan solat sepertiga malam lalu disambung tidur satu per enamnya.” – (Hadis Riwayat Al-Nasa’ie, No. 2344)

Niat puasa Nabi Daud

Berikut adalah lafaz niat puasa Nabi Daud:

نَوَيْتُ صَوْمَ دَاوُدَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu shauma daawuda sunnatal lillahi ta’ala.

"Sahaja aku puasa sunat Daud kerana Allah Taala."

Cara melaksanakan puasa sunat ini

Dari segi pelaksanaan puasa sunat ini, ia sebenarnya sama sahaja dengan puasa-puasa sunat dan wajib yang lain.

Hanya sahaja lafaz niat yang diucapkan dan waktu pelaksanaannya adalah berbeza.

Selain itu, anda juga perlu melaksanakan puasa sunat ini selang sehari (sehari puasa dan sehari tidak puasa).

Puasa ini juga diharamkan pada hari-hari diharamkan berpuasa seperti dua hari raya dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Hikmah berpuasa sunat Nabi Daud

puasa nabi daud

Puasa Nabi Daud dikatakan sebagai puasa yang sangat dicintai oleh Allah SWT.

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya puasa yang paling disukai oleh Allah adalah puasa Daud AS dan solat yang paling disukai oleh Allah adalah solat Daud AS. Baginda tidur separuh malam, menghidupkannya pada sepertiga dan tidur pada seperenam.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara kelebihan puasa ini adalah seperti:

  • Membentuk diri menjadi seorang insan yang lebih bersyukur dengans segala nikmat dan pemberian oleh Allah.
  • Membentuk peribadi mulia seperti seorang ahli ibadah.
  • Menundukkan nafsu dan menjadi seorang yang lebih bersabar dalam menerima ujian.
  • Menghilangkah perasaan kedekut.
  • Mendidik hati agar sentiasa dekat dengan Allah.
  • Menyihatkan tubuh badan.
  • Menghindarkan diri dari pelbagai jenis penyakit.
  • Sebagai terapi kepada jiwa seseorang.

Semoga perkongsian kami mengenai amalan puasa Nabi Daud ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan Siri Ke-189: Adakah Puasa Umat Terdahulu Sama Seperti Puasa Umat Nabi Muhammad SAW. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. 22 Rahsia Dahsyatnya Puasa Sunat Nabi Daud AS, Penerbitan Al-Hidayah. Agus N.Cahyo
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.