Doa Majlis Perkahwinan Untuk Selamat Dunia Akhirat

Setiap lelaki dan wanita diciptakan oleh Allah berpasang-pasangan. Kedua-duanya saling bergantung antara satu sama lain dan lengkap-melengkapi. Perhubungan dua insan ini hanya sah apabila disatukan dengan akad dan nikah. Pernikahan lebih berseri dan menjadi memori indah bila mana pengantin mengadakan majlis perkahwinan. Malahan kita juga sangat disarankan untuk membaca doa majlis perkahwinan demi memperoleh keberkatan majlis ini dari Allah.

Himpunan doa majlis perkahwinan

Berikut adalah beberapa doa majlis perkahwinan yang boleh anda baca untuk mendapat keredhaan dan kelancaran majlis tersebut.

Doa 1

Alhamdulillah rabbil ‘alamin wassolaatu wassalamu ‘ala asyrafil anbiya’i wal mursalin wa ‘ala aalihi wasohbihi ajma’in

Maksudnya: “Segala puji hanya untuk Mu Ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat Mu.

Bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (nama pengantin)

Allhumma ya rahim ya wadud ya dzaljudi wal karami

Maksudnya: ” Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada Mu ya Allah.”

Allahumma ya badii ‘assamawatti wal ardh

Maksudnya: “Kami memohon rahmat Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini.”

Allahumma allif bainal ‘aruusaini kama allafta bainal ma’ wattiini wa baina aadama wa hauwa’. Wa baina ibrahima wahaajara wa saaraha. Wa baina yuusufa wa dzulaihah. Wa baina ayyuba wa rahmah. Wa baina musa wa sofuuroh. Wa baina sulaiman wa balqiis. Wa baina sayyidina muhammad sollallahu ‘alaihi wassalam wa zaujaatihil muthohharaati ridwaanullahi ‘alaihinna ajma’ina birohmatika ya arhamar raahimiin.

Allahummaj’al jam’ana hazaa jam’an marhuuma wa tafarruqana min ba’dihi tafarruqon ma’suumaa wa laa taj’al fiina wa laa ma’ana syaqiyya wa laa mahruumaa ya akramal akraminn.

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.”

Robbanaa aatina fiddunyaa hasanatan wa fil aakhiroti hasanatan waqinaa ‘azaaban nar.

Wa sollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala aalihi wasohbihi ajma’in walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Doa 2

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ

Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fiil Khairin

Maksudnya: “Semoga Allah memberkati kamu dalam semua perkara (baik) dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.” –  (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban)

Doa 3

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْ

Allahumma inni as’aluka min khorihaa wa khoirimaa jabaltahaa ‘alaih, wa a’udhu bika min syarrihaa wa syarrimaa jabaltahaa ‘alaih

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tetapkan atas dirinya. Dan aku berlindung kepada Mu dari keburukannya dan keburukan yang Engkau tetapkan atas dirinya.”

أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُوْنَ ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ اْلأَبْرَارُ ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَكُمُ

Maksudnya: “Telah berpuasa di sisimu orang-orang yang berpuasa, dan telah memakan makananmu orang-orang yang baik, dan para Malaikat telah mendoakanmu.”

Doa 4

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ ، وَارْحَمْهُمْ ، وَبَاِرِكْ لَهُمْ فِيْمَا رَزَقْتَهُمْ

Allahummaghfirlahum, warhamhum, wa bariklahum fiima rozaqnaahum

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah mereka, sayangi mereka dan berkatilah mereka atas apa yang Engkau berikan kepada mereka.” – (Hadis Riwayat Ahmad)

اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

Iz awaalfitnatu ilalkahfi faqalu rabbana aatinaa min ladunka rahmatan wahayyi’lana min amrina rosyadaa

Maksudnya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” – (Surah al-Kahfi, ayat 10)

حَدَّثَنَا فَرْوَةُ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ، عَنْ هِشَامٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ تَزَوَّجَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَأَتَتْنِي أُمِّي فَأَدْخَلَتْنِي الدَّارَ، فَإِذَا نِسْوَةٌ مِنَ الأَنْصَارِ فِي الْبَيْتِ فَقُلْنَ عَلَى الْخَيْرِ وَالْبَرَكَةِ، وَعَلَى خَيْرِ طَائِرٍ‏.‏

Maksudnya: “Ketika Nabi SAW menikahkan denganku, ibuku datang kepada aku dan membuatku memasuki rumah di mana aku melihat beberapa wanita daripada kaum Ansar yang berkata, “Semoga kamu makmur dan berkat serta mendapat pertanda baik.” – (Sahih Bukhari No. 5156)

Doa 5

اللهم بارِكْ لي في أهلي، وبارِكْ لأهلي فِيَّ، اللهم ارزقْهم مِنِّي، وارزقْني منهم، اللهم اجمع بينَنا ما جمعتَ في خيرٍ، وفرِّق بيننا إذا فرقتَ في خيرٍ

Allahumma barik li fi ahli, wa barik ahli fiya. Allahumarzuqhum minni, warzuqni minhum. Allahummajma’ bainana ma jama’ta fi khair. Wa farriq bainana idza faraqta fi khair

Maksudnya: Ya Allah berkatilah kehidupan dalam keluargaku, juga berkatilah keluargaku dalam hidupku. Ya Allah berikanlah rezeki untuk keluargaku dan berikanlah rezeki untukku dari keluargaku. Ya Allah kumpulkanlah kami sebagaimana Engkau kumpulkan dalam kebaikan, juga jangan pisahkan kami kecuali dalam perpisahan yang baik.”

Diharapkan perkongsian mengenai doa majlis perkahwinan ini dapat memberikan para bakal pengantin di luar sana pengetahuan yang bermanfaat untuk mendapat lebih keberkatan dalam perkahwinan itu nanti.

Sumber:

  1. Bayan Linnas Siri Ke-121: Nikah… Mencari Sakinah Rahmah dan Mawaddah. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Doa Untuk Pengantin. Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
  3. Doa Majlis Perkahwinan Yang Anda Perlu Tahu. Aku Muslim Asia
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.