Cara Solat Musafir: Niat, Hukum dan Tips Bermusafir

Apakah panduan solat musafir yang betul dan tips sebagai seorang musafir yang boleh anda ikuti?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara melaksanakan solat musafir dan tips penting semasa hendak bermusafi di dalam atau luar negara.

Baca juga:

Pengertian musafir

Bermusafir adalah pergi ke suatu tempat dengan tujuan tertentu melebihi dua marhalah atau 81 kilometer dari tempat asal.

Hukum bermusafir

Berikut merupakan hukum mengikut tujuan seseorang itu bermusafir:

  • Wajib: Berkemampuan bermusafir ke Mekah untuk menunaikan ibadat.
  • Sunat: Menziarahi keluarga, saudara mara dan waris.
  • Harus: Bermusafir di mana-mana sahaja tempat yang diharuskan syarak.
  • Makruh: Jika bermusafir tanpa tujuan dan matlamat yang baik.
  • Haram: Bermusafir dengan tujuan untuk melakukan maksiat

Hukum solo travelling bagi wanita

Hukum solo travelling bagi wanita adalah harus. Namun yang demikian, ia perlulah berpandukan kepada syarat-syarat yang tertentu:

  • Dari segi keselamatan, anda mestikan selamat terhadap diri sendiri, agama, dan maruah di sepanjang tempoh permusafiran itu.
  • Dapatkan keizinan daripada mahram dan wali yang terdekat.
  • Tidak bermusafir dengan tujuan yang dosa atau pergi ke tempat-tempat yang membawa kepada mudarat kepada diri dan orang lain.

Apa itu solat musafir?

Solat musafir atau juga dikenali sebagai solat safar adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang itu ingin memulakan sesuatu perjalanan.

Dalil tentang solat musafir

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

 “Jika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.” - (Kitab Al-Silsilah As-Sohihah, no. 1323 – Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Waktu mendirikan solat musafir

Sebenarnya tidak terdapat waktu khusus yang membenarkan seseorang itu untuk solat musafir.

Namun yang demikian, sekiranya seseorang itu ingin memulakan perjalanan yang melebihi 2 marhalah (80-90 kilometer). Maka, adalah sunat untuk mendirikan solat tersebut.

Niat solat musafir

Berikut adalah lafaz niat solat musafir yang boleh anda baca sebelum mendirikan solat sunat musafir.

أُصَلِّي سُنَّةً السَّفَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli sunnatas safari rak’ataini lillahi taala

Maksudnya: "Sahaja aku solat sunat kerana bemusafir dua rakaat kerana Allah taala.”

Cara mengerjakan solat musafir

Solat sunat ini dilaksanakan sama sahaja seperti solat sunat yang lain. Bilangan rakaatnya adalah sebanyak 2 rakaat. Berikut adalah tatacara yang boleh anda jadikan panduan:

Rakaat pertama:

1. Berdiri tengak menghadap kiblat kemudian baca lafaz niat solat musafir.

2. Takbiratul ihram dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menyebut:

الله أكبر

Allahuakbar

Maksudnya: Allah Maha Besar

3. Membaca doa iftitah

اللهُ اَكْبَرُ كَبِرًا وَالْحَمْدُ لِلهِ كَشِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلًا . اِنِّى وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَالْااَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا اَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ . اِنَّ صَلَاتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلهِ رَبِّ الْعَا لَمِيْنَ . لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَ لِكَ اُمِرْتُ وَاَنَ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksudnya: "Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. 

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin."

4. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِاَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَ(1) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ(2) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِﭤ(3) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُﭤ(4) اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَ(5) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ ﴰ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ(7)

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrahmanirrahim. Maliki yaumiddin. Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in. Ihdinas sirotol mustaqim. Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin

Maksudnya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. 

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

5. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan.

6. Rukuk sambil bertakbir

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih (diulang sebanyak tiga 3 kali)

Maksudnya: "Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji."

Dalam keadaan ini kedudukan kedua-dua belah tangan mestilah diletakkan di atas kedua-dua belah lutut kaki.

7. I’tidal sambil melafazkan bacaan ini:

 سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami’allahu liman hamidahu robbana lakalhamdu

Maksudnya: "Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian."

8. Sujud sambil bertakbir dengan lafaz ini

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih

Maksudnya: "Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya."

9. Bacaan duduk antara dua sujud

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافَنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku."

10. Sujud kembali sambil bertakbir. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua.

Doa musafir ringkas

Tips sebelum keluar bermusafir

Sebelum anda keluar bermusafir, ada beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk mempersiapkan diri dengan baik. Berikut adalah beberapa tips penting:

1. Rancang perjalanan

Buatlah rencana perjalanan yang terperinci, termasuk tujuan, pengangkutan, penginapan, dan aktiviti yang ingin anda lakukan. Periksa juga cuaca di tempat tujuan nanti.

2. Siapkan dokumen perjalanan

Pastikan anda memiliki semua dokumen yang diperlukan, seperti pasport, visa, tiket kapal terbang atau kereta, insurans perjalanan, dan kad pengenalan lainnya.

Pastikan juga dokumen-dokumen tersebut masih sah digunakan dan belum tamat tempoh.

3. Periksa keadaan kesihatan

Periksa keadaan kesihatan anda sebelum perjalanan. Jika anda memiliki masalah kesihatan khusus, pastikan anda membawa cukup ubat-ubatan yang diperlukan sepanjang perjalanan.

4. Vaksinasi dan imunisasi

Pastikan anda telah divaksinasi sesuai dengan persyaratan perjalanan. Beberapa negara atau wilayah mungkin memerlukan vaksinasi atau imunisasi tertentu sebelum memasuki negara mereka.

5. Keselamatan sepanjang perjalanan

Periksa perkembangan semasa destinasi yang anda ingin tujui itu untuk persediaaan yang lebih rapi.

6. Kemas dan bawa barang yang penting

Bawa hanya barang-barang penting yang diperlukan selama perjalanan sahaja. Pastikan anda membawa pakaian yang sesuai dengan cuaca di tempat tujuan dan perhatikan aturan dan batasan bagasi yang ditetapkan.

7. Siapkan kewangan yang cukup

Pastikan anda memiliki cukup wang tunai atau cara pembayaran lainnya yang diterima di tempat tujuan anda.

8. Periksa keselamatan rumah yang ditinggalkan

Pastikan rumah anda selamat selama anda pergi. Matikan semua peralatan elektrik yang tidak perlu, pastikan pintu dan tingkap dikunci dan minta bantuan jiran untuk menjaga dan memeriksa rumah anda secara berkala.

9. Beri tahu lokasi dan situasi anda

Beri tahu keluarga atau rakan terdekat tentang rencana perjalanan anda, termasuk tujuan, tempoh perjalanan, dan cara menghubungi anda selama perjalanan.

Jangan lupa untuk simpan nombor telefon yang penting untuk dihubungi nanti bagi tujuan kecemasan.

10. Periksa kembali semua persiapan

Beberapa hari sebelum perjalanan, periksa kembali semua persiapan yang telah anda lakukan. Pastikan anda tidak terlepas pandang apa pun perkara yang penting.

Dengan mengikuti tips di atas, anda dapat mempersiapkan diri dengan baik sebelum perjalanan.

Tetapi ingat, selalu ada kemungkinan adanya perubahan atau situasi tidak terduga akan berlaku. Oleh kerana itu, penting untuk tetap fleksibal dan siap sedia menghadapi perubahan rencana jika diperlukan.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan solat musafir dan tips penting sebelum bermusafir dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1004: Hukum Solat Musafir Bagi Mereka Yang Mempunyai Dua Tempat Tinggal. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-454: Hukum Solo Travelling Bagi Muslimah. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.