Tahiyat Akhir: Panduan Bacaan Dalam Arab & Rumi Berserta Terjemahannya

Solat adalah kewajipan yang sangat penting sebagai umat Islam. Solat bukan sahaja merupakan salah satu dari rukun Islam bahkan ia juga tanda bagi keislaman seseorang. Ia menjadi penghulu bagi segala amal kebaikan setiap umat Islam khususnya kerana inilah amalan yang akan pertama dihisab ketika di akhirat kelak. Dalam perbuatan solat, ada satu bacaan yang dipanggil tahiyat akhir. Apakah manfaatnya? Baca artikel ini sehingga habis.

Apa itu tahiyat akhir?

Tahiyat akhir atau dikenali juga sebagai tasyahud akhir adalah salah satu daripada rukun solat yang wajib dilakukan ketika solat. Perbuatan ini terdiri daripada pergerakan anggota dan kerja lidah yang mesti dilaksanakan dengan cara-cara tertentu.

Duduk tahiyat akhir adalah rukun fi’eli. Rukun fi’eli adalah  kerja kesemua anggota tubuh. Ia perlu dibaca pada rakaat yang terakhir pada setiap sembahyang. Dalam bacaan ini, ada 3 rukun sembahyang yang utama iaitu:

Selain itu,  tasyahud akhir mengandungi tiga penghormatan dan dua kalimah syahadah. Apa yang dimaksudkan dengan ini adalah di dalamnya mempunyai:

  1. Penghormatan kepada Allah SWT – dengan kalimah, “Segala ucap selamat yang berkat-bekat (berganda-ganda) serta doa yang baik-baik, semuanya untuk Allah.”
  2. Penghormatan kepada Rasulullah SAW – dengan kalimah ucapan salam, “Selamat sejahtera atasmu, wahai Nabi dan Rahmat Allah serta keberkatan Nya.
  3. Penghormatan kepada hamba Allah yang soleh – dengan kalimah, “Dan selamat sejahtera atas diri kita dan hamba-hamba Allah yang baik-baik (soleh).”
  4. Bacaan dua kalimah syahadah – yang mempunyai 2 kalimah seperti tauhid dan rasul.

Hukum membaca tahiyat akhir

Membaca tasyahud akhir adalah rukun sembahyang yang jika seorang tidak membacanya maka tidak sah sembahyangnya sekalipun diganti dengan sujud sahwi.

Oleh itu, bagi sesiapa yang tertinggal membacanya maka dia wajib untuk mengulangi solat tersebut kerana solat kekurangan satu rukun yang wajib.

Teks bacaan dalam Arab

اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِاللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّاللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى
اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Teks bacaan dalam rumi

Attahiyatul mubarakatush solawatuth thayyibatu lillah.

Assalamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullahi wabarakatuh.

Assalamu’alayna wa ’alaa ‘ibadillahis solihin.

Asyahadu allaa ilaha illallah.

Wa ’asyhadu anna muhammadar rasulullah.

Allahumma solli ’alaa muhammad wa ’alaa ali muhammad.

Kama sollayta ’ala ibrahim wa ’alaa ali ibrahim.

Wabarik ‘alaa muhammad wa ’alaa ali muhammad.

Kama barakta ‘alaa ibrahim wa ’alaa ali ibrahim fil ‘alamin innaka hamidum-majid.

Terjemahan bacaan tahiyat akhir

Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah.

Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik.

Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah.

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.

Dan berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.”

Cara bacaan yang betul

Oleh kerana tahiyat akhir adalah rukun fi’eli yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan termasuk lidah ia perlulah:

  • wajib dilafaz dengan lidah iaitu bersuara
  • boleh didengari telinga sendiri
  • sebutan setiap mahraj hurufnya yang betul dan tepat

Doa yang mustajab sebelum memberi salam

Sesudah membaca tasyahud akhir, kita disarankan untuk berdoa kepada Allah SWT. Hal ini kerana doa pada ketika itu adalah dalam waktu yang mustajab.

Abu Hurairah RA, beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الْآخِرِ، فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ: مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Maksudnya: “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, maka mohonlah berlindung dengan Allah daripada empat perkara: daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-masih al-Dajjal.” – (Hadis Riwayat Muslim, 588)

Semoga kita dapat amalkan sama-sama bacaan tahiyat akhir dan doa perlindungan diri ini setiap kali solat.

Sumber:

  1. Kenapa Solat Penting? Darul Ulul Ihya Ulumuddin
  2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-258: Doa Selepas Bacaan Tahiyat. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.