Urutan Wali Nikah Bagi Pengantin Perempuan Dalam Islam

Apakah urutan wali nikah yang perlu anda ketahui dan pelajari sebelum berkahwin?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan urutan wali nikah dalam Islam untuk rujukan bersama.

Baca juga:

Apa itu wali nikah?

Wali dari segi bahasa adalah teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan.

Manakala dari segi istillah, wali adalah orang yang memiliki atau diberikan kuasa syarak untuk mengakad nikah.

Untuk pengetahuan anda, ia juga merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan sangat penting.

Jenis wali nikah

Wali ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

  • Wali Nasab (Wali Mujbir Wali Bukan Mujbir, Wali Aqrab dan Wali Ab’ad)
  • Wali Raja / Wali Sultan / Wali Hakim / Wali Am
  • Wali tahkim

Wali Nasab adalah individu yang memiliki kuasa syarak untuk mengakad nikahkan perempuan daripada keturunannya yang berasaskan pertalian darah yang sah.

Pecahan dari wali nasab ada wali mujbir, wali bukan mujbir, wali ab’ad, dan wali aqrab. Beriku adalah penjelasannya:

  • Wali mujbir – boleh mengahwinkan anak gadis sama ada kecil atau besar.
  • Wali bukan mujbir – tidak boleh mengahwinkan seorang anak gadis tanpa keizinan mereka (selain bapa dan datuk).
  • Wali Ab’ad :wali yang jauh perhubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali.
  • Wali Aqrab : Wali yang paling dekat hubungannya dengan pengantin perempuan mengikut
  • susunan wali.

Sekiranya pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali maka ia akan dinikahkan secara wali hakim. Rasulullah SAW bersabda:

“Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali." - (Hadis Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)

Wali Raja atau yang seumpama dengannya pula adalah wali yang ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atau DYMM Sultan atau Raja untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali nasab, wali ghaib atau walinya tidak mahu mengahwinkannya tanpa sebab-sebab yang munasabah mengikut hukum syarak.

Manakala Wali Tahkim adalah wali yang dilantik oleh pasangan pengantin untuk mengendalikan akad nikah yang tiada kedua-dua wali iaitu Wali Nasab dan Waji raja, Wali Sultan, Wali Hakim atau Wali Am dengan syarat-syarat tertentu.

Sebab menggunakan wali hakim

Antara sebab yang membolehkan seseorang itu menggunakan wali hakim adalah kerana:

  • Tidak ada wali nasab
  • Anak tidak sah taraf atau anak angkat
  • Wali yang ada tidak cukup syarat
  • Wali aqrab menunaikan haji atau umrah
  • Wali enggan
  • Wali berada jauh atau ghaib
  • Wali mewakilkan kepada orang lain

Syarat sah wali

Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Menurut Jumhur Fuqaha, syarat-syarat sah menjadi wali ialah:

  • Islam
  • Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).
  •  Berakal : Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali.
  •  Lelaki : Orang perempuan tidak sah menjadi wali.
  •  Adil
  •  Merdeka

*Bagi orang buta atau bisu pula, mereka diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal-hal kepentingan kepada wanita. Selagi mana, ia boleh memahami isyarat serta tulisan dan memenuhi syarat-syarat sah menjadi wali.

Urutan wali nikah mengikut tertib

Berikut adalah carta susunan wali mengikut tertib yang perlu anda tahu:

  1. Bapa kandung
  2. Datuk sebelah bapa ke atas
  3. Saudara lelaki seibu-sebapa
  4. Saudara lelaki sebapa
  5. Anak saudara lelaki seibu-sebapa
  6. Anak saudara lelaki sebapa
  7. Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
  8. Bapa saudara sebelah bapa sebapa
  9. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
  10. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
  11. Bapa saudara seibu-sebapa
  12. Bapa saudara bapa sebapa
  13. Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
  14. Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
  15. Bapa saudara datuk seibu-sebapa
  16. Bapa saudara datuk sebapa
  17. Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
  18. Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
  19. Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan).
  20. Sekalian asabah kepada seorang muktiq
  21. Raja/Sultan.

Syarat sah untuk mengahwinkan anak dara tanpa persetujuan

Seseorang bapa atau datuk mengahwinkan seorang anak dara tanpa persetujuan anak dara itu adalah sah dengan syarat:

  • Janganlah hendaknya terdapat antara anak dara itu dengan bapanya atau datuknya yang mengahwinkannya itu apa-apa sifat permusuhan yang nyata dan tidak pula terlindung daripada pengetahuan orang-orang di tempat anak dara itu berada.

  • Si suami itu hendaklah sama tarafnya (sekufu) dengan anak dara itu.

  • Si suami itu hendaklah mampu membayar mas kahwin.

  • Janganlah hendaknya terdapat sifat permusuhan baik di luar mahupun di dalam antara anak dara itu dengan si suami.

  • Bapa atau datuk itu tidak boleh mengahwinkan anak daranya dengan mas kahwin yang terkurang menurut nilai mata wang negara itu.

  • Bakal suami itu bukanlah orang yang menyusahkan bakal isteri seperti orang yang cacat dan sebagainya.

Hikmah adanya wali dalam pernikahan

Hikmah adanya wali dalam pernikahan memiliki beberapa aspek yang penting. Wali dalam konteks ini mengacu pada pihak yang bertanggungjawab dalam menyertai dan memberikan persetujuan bagi pernikahan seorang wanita.

Berikut adalah beberapa hikmah adanya wali dalam pernikahan:

1. Perlindungan dan keamanan

Kehadiran wali dalam pernikahan memberikan perlindungan dan keamanan kepada wanita.

Wali bertindak sebagai wakil yang memastikan bahwa kepentingan wanita dilindungi dan tidak dirugikan dalam proses pernikahan.

Mereka membantu dalam memastikan bahawa keputusan pernikahan diambil dengan penuh pertimbangan, kesedaran, dan kewarasan.

2. Nasihat dan bimbingan

Wali juga berperanan dalam memberikan nasihat dan bimbingan kepada calon pengantin, terutama wanita.

Mereka dapat memberikan pandangan objektif berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka.

Nasihat dari wali dapat membantu calon pengantin untuk memahami aspek-aspek pernikahan, tanggungjawab, dan komitmen yang berkaitan.

3. Mewakili kepentingan keluarga

Wali dalam pernikahan juga mewakili kepentingan keluarga dan masyarakat. Mereka memastikan bahwa pernikahan yang akan terjadi sesuai dengan nilai-nilai dan tradisi yang dijunjung tinggi dalam keluarga atau komuniti.

Wali dapat membantu dalam menjaga harmoni dan keselarasan antara keluarga kedua belah pihak yang akan menikah.

4. Penegakan syariat agama

Dalam beberapa tradisi dan agama, kehadiran wali dalam pernikahan juga berkaitan dengan penegakan syariat agama.

Wali berfungsi dalam memastikan bahawa pernikahan dilakukan sesuai dengan aturan dan syariat yang berlaku.

Ini dapat melibatkan persyaratan tertentu, seperti persetujuan wali untuk memulai proses pernikahan atau kehadiran wali saat akad nikah dilangsungkan.

5. Elak dari penyalahgunaan dan pemaksaan

Kehadiran wali juga berfungsi sebagai mekanisma pencegahan kepada penyalahgunaan dan pemaksaan dalam pernikahan.

Wali bertugas untuk memastikan bahwa pernikahan terjadi atas dasar suka rela dan kesepakatan kedua-dua belah pihak.

Diharapkan semoga artikel panduan urutan wali nikah ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama khususnya kepada bakal-bakal penganti baru di luar sana.

Sumber:

  1. Fatwa Susunan Wali Nasab Perkahwinan. Mufti Selangor
  2. Bidang Kusa wali Dalam Pernikahan. Jabatan Kehakiman Syriah Pulau Pinang
  3. Perbezaan Pada Susunan Wali Perkahwinan: Penilaian Semula dan Penyelarasan. JAKIM
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.