Rukun Nikah & Syarat Sah Nikah Yang Wajib Pengantin Tahu

Perkahwinan adalah fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT bagi setiap orang. Namun begitu perkahwinan yang berlandaskan syarak juga mempunyai rukun nikah dan syarat-syaratnya yang tertentu.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan rukun nikah yang sangat penting untuk bakal-bakal pengantin ambil tahu.

Apa itu rukun nikah?

Nikah dari segi istillah bermaksud suatu akad yang mengandungi kebolehan untuk melakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz ‘inkah’ (menikahkan) atau lafaz ‘tazwij’ (mengahwinkan).

Rukun nikah pula merupakan prinsip-prinsip utama yang harus dipenuhi dalam sebuah pernikahan dalam Islam.

Rukun nikah dalam Islam

Rukun ini mempunyai lima perkara iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, saksi, ijab dan qabul.

Syarat sah nikah dalam Islam

Syarat sah bakal suami

  • Islam
  • Seorang lelaki yang bukan mahram kepada perempuan (bakal isteri)
  • Bernikah dengan kehendak sendiri, bukan dipaksa
  • Hendaklah seorang yang wujud dan dikenal pasti
  • Bukan lelaki yang sedang berihram dan dia tahu bakal isterinya seorang yang halal dinikahi

Syarat sah bakal isteri

  • Islam
  • Seorang perempan yang bukan mahram kepada bakal suami
  • Hendaklah seorang yang wujud dan dikenalpasti
  • Tiada sebarang larangan ke atasnya untuk dinikahkan seperti perempuan yang sedang dalam ihram atau dalam ‘iddah raji’i

Talak raji’i adalah talak yang dibolehkan untuk rukuk dalam tempoh iddah.

Syarat sah wali

  • Islam
  • Lelaki
  • Baligh
  • Berakal
  • Merdeka
  • Adil

Syarat sah dua orang saksi

  • Islam
  • Lelaki
  • Baligh
  • Berakal
  • Merdeka
  • Adil

Jenis wali dan susunan wali nikah

Wali adalah orang yang memiliki atau diberikan kuasa syarak untuk mengakad nikah. Wali ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu

  • Wali Nasab (Wali Mujbir, Wali Aqrab dan Wali Ab’ad)
  • Wali Raja / Wali Sultan / Wali Hakim / Wali Am
  • Wali tahkim

Wali Nasab adalah individu yang memiliki kuasa syarak untuk mengakad nikahkan perempuan daripada keturunannya yang berasaskan pertalian darah yang sah.

Wali Raja atau yang seumpama dengannya pula adalah wali yang ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atau DYMM Sultan atau Raja untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali nasab, wali ghaib atau walinya tidak mahu mengahwinkannya tanpa sebab-sebab yang munasabah mengikut hukum syarak.

Manakala Wali Tahkim adalah wali yang dilantik oleh pasangan pengantin untuk mengendalikan akad nikah yang tiada kedua-dua wali iaitu Wali Nasab dan Waji raja, Wali Sultan, Wali Hakim atau Wali Am dengan syarat-syarat tertentu.

Berikut ini adalah carta susunan wali nikah bagi pengantin perempuan dalam Islam.

Syarat ijab dan qabul

Ijab bermaksud sesuatu yang timbul atau keluar salah seorang yang berakad (kehendak). Manakala qabul adalah sesuatu yang keluar dari orang yang berakad lainnya (pernyataan kehendak).

Dalam akad nikah, ijab ini adalah ucapan dari seorang wali nikah yang akan menikahkan pengantin perempuan. Sedangkan qabul adalah jawapan dari bakal pengantin lelaki atas ijab yang diucapkan itu

Bagi memahami akan syarat sah ijab dan qabul ini ia perlu dibahagikan kepada dua bahagian yang berbeza iaitu:

Syarat sah ijab

  • Dilakukan dengan perkataan nikah atau perkataan yang membawa maksud yang sama.
  • Tidak dikaitkan dengan tempoh masa yang tertentu.
  • Bukan dilakukan secara taklik.
  • Tidak boleh menggunakan perkataan yang berupa atau membawa maksud berkias atau menyindir.
  • Diucapkan oleh wali atau wakilnya.

Contohnya:

“Aku nikahkan dikau dengan (nama penuh calon isteri) dengan mas kahwin sebanyak (jumlah mas kahwin) tunai.”

Syarat sah qabul

  • Bersesuaian dengan lafaz ijab
  • Diucapkan secara nyata, terang dan jelas.
  • dilafazkan oleh calon suami atau wakilnya (atas sebab tertentu).
  • Haruslah menyebut nama calon isteri
  • Tidak dilafazkan secara taklik
  • Lafaz tidak boleh diselangi dengan perkataan lain
  • Diucapkan oleh pengantin lelaki

Contohnya:

“Aku terima nikahnya (nama penuh calon isteri) dengan mas kahwin sebanyak (jumlah mas kahwin) tunai.”

Hikmah adanya rukun nikah

Terdapat banyak kelebihan agama Islam membuat rukun nikah kepada pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga. Antara kelebihannya adalah:

1. Kedamaian dan ketenteraman

Rukun nikah membawa kedamaian dan ketenteraman dalam hubungan suami isteri.

Dengan mematuhi rukun nikah, pasangan dapat menjalani kehidupan pernikahan dengan sikap saling pengertian, menghormati, dan mencintai satu sama lain.

Hal ini menciptakan suasana yang harmoni dan damai di dalam rumah tangga.

2. Keutuhan keluarga

Rukun nikah juga membantu menjaga keutuhan keluarga. Dalam Islam, pernikahan dianggap sebagai hal terpenting dalam membentuk keluarga yang kuat.

Dengan memenuhi rukun nikah, pasangan dapat membangun ikatan yang kuat antara suami, isteri, dan anak-anak mereka. Ini menciptakan keluarga yang harmoni dan saling mendukung dalam menghadapi segala tantangan.

rukun nikah

3. Membentuk keturunan

Salah satu tujuan utama pernikahan adalah untuk membentuk keturunan yang baik. Dengan memenuhi rukun nikah, pasangan dapat menjalani kehidupan perkahwinan dan membentuk keluarga yang bahagia.

Hal ini memberikan kesempatan kepada pasangan untuk melahirkan generasi yang taat beragama, berbudi pekerti luhur, dan memberikan sumbangan positif bagi masyarakat.

4. Tanggungjawab sosial

Rukun nikah juga mengajarkan tanggungjawab sosial bagi suami dan isteri. Melalui pernikahan, pasangan belajar untuk saling membantu dan mendukung satu sama lain dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Mereka belajar untuk saling menghormati dan menjaga kehormatan masing-masing. Hal ini menciptakan hubungan yang sihat antara suami isteri dan juga membentuk tauladan yang baik bagi masyarakat sekitar.

5. Ibadah yang diberkahi

Dalam Islam, pernikahan dianggap sebagai ibadah yang diberkahi oleh Allah SWT. Dengan memenuhi rukun nikah, pasangan memperoleh redha Allah dalam menjalani kehidupan pernikahan.

Mereka diharapkan menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai suami dan isteri dengan baik, serta menjaga keharmonian hubungan mereka.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai rukun nikah dan kelebihannya dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan khusus buat bakal pengantin.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-593: Hukum Kahwin Cukup Rukun Sebelum Pendaftaran. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-697: Hukum Akad Nikah Salah sebut Nama Pengantin atau Nama Ayah Pengantin. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Hukum Kahwin Tanpa Menyebut Mas Kahwin. Mufti Terengganu
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.