Golongan Mahram & Bukan Mahram (Ketika Bersalaman)
Penulisan pada kali ini adalah berkisarkan mengenai golongan mahram dan bukan mahram yang boleh bersalaman antara satu sama lain.
Namun begitu, agama masih membataskan pergaulan antara bukan mahram, maka dengan terjadinya begitu adalah haram untuk kita sebagai seorang muslim untuk kita bersentuhan atau bersalaman dengan mereka.
Pengenalan
Menjelang sahaja perayaan Aidilfitri tidak lama lagi pastinya kita akan bersama-sama keluarga dan sanak saudara akan mulakan pagi hari tersebut dengan melakukan salam serta bermaafan di pagi raya sebagai tanda mohon keampunan sesama manusia.
Bersalaman merupakan budaya masyarakat melayu yang menunjukkan sikap kesopanan serta hormatnya terhadap orang yang dewasa atau tua daripada mereka. Adab bersalaman ini adalah merupakan sesuatu amalan yang mulia dan penuh kesopanan.
Memandangkan pada hari raya yang bakal berkunjung tidak lama lagi, kita sudah terbiasa dengan mengamalkan kebiasaan bersalam-salaman dengan kaum kerabat yang menjadi budaya masyarakat melayu ini haruslah mengetahui mengenai hukum hakam yang harus dititikberatkan untuk semua golongan, jadi kita perlu ambil tahu hukum hakam bersalaman dengan sanak saudara yang berkunjung terutamanya bagi yang berlainan jantina.
Mahram merupakan perkara penting yang harus dititikberatkan ketika meyantuni sanak saudara yang berkunjung di kampung terutamanya semasa musim perayaan. Kita perlu ingat dan jangan ambil mudah mengenai mahram lelaki dan perempuan, saudara yang boleh salam dan tidak boleh salam.
Maksud Mahram
Dari sudut bahasa mahram ini membawa maksud larangan. Menurut Ibn Manzur dalam kitabnya yang menyebut bahawa mahram itu adalah individu yang diharamkan oleh seseorang itu untuk berkahwin dengannya sama ada disebabkan hubungan rahim atau kerabat.
Manakala, dari sudut istilah para fuqaha’ pula mahram ini membawa maksud ” Seseorang yang diharamkan untuk kita berkahwin dengannya dan pengharamannya adalah dalam bentuk al-ta’bid iaitu (selama-lamanya) dengan sebab mubah bukan kerana kemuliannya dan bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang.”
Pada perkataan ‘’dalam bentuk al-ta’bid’’ membawa maksud: Ia tidak termasuk adik beradik perempuan kepada isteri. Begitu juga ibu saudara isteri dari sebelah ayah dan juga ibu saudara isteri dari sebelah ibu. Ini kerana pengharaman mereka itu dari sudut apabila dihimpunkan bersama sahaja (iaitu berkahwin dalam masa yang sama antara isteri dan ibu-ibu saudara mereka atau adik beradik perempuan mereka).
Antara Golongan Saudara Yang Kita Boleh Salam Dan Golongan Saudara Yang Kita Tidak Boleh Salam.
Berdasarkan satu pertanyaan kepada Mufti mengenai hukum bersalaman serta mahram ini melalaui portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menjelasakan mengenai jawapan yang dinyatakan bahawa. Dalam kitab Al-Feqh al-Manhaji (2/21) ada disebutkan berkenaan dengan pengharaman yang selama-lamanya. Iaitu melalui tiga perkara berikut:
- Kerabat (hubungan kekeluargaan).
- Musaharah (perkahwinan).
- Susuan.
Untuk menetahui siapa mahram dan bukan mahram terlebih dahulu anda mestilah mengenali saudara-saudara anda terlebih dahulu. Kemudian barulah anda boleh tahu dibolehkan bersalaman atau tidak.
Siapakah yang bergelar Bukan Mahram yang kita TIDAK BOLEH bersalaman:
Jika Anda Adalah Seorang Saudara Perempuan
Antara mahram saudara dekat yang anda tidak boleh bersalaman adalah suami kepada makcik anda bersama anak lelakinya iaitu sepupu anda sendiri. Selain itu, suami kepada kakak, suami kakak ipar dan adik ipar lelaki juga haram untuk bersalaman. Anda juga boleh merujuk carta yang telah disediakan.
Jika Anda Adalah Seorang Saudara Lelaki
Antara saudara atau dekat yang anda tidak boleh bersalam ialah isteri kepada pakcik anda bersama anak perempuannya iaitu sepupu anda. Selain itu, kakak ipar dan isteri adik ipar juga tidak dibenarkan untuk bersalaman. Anda boleh rujuk carta yang telah disediakan.
Penutup
Semoga dengan perkongsian pada kali ini mengenai mahram yang dibolehkan untuk kita dijadikan sebagai panduan bersama mengenai siapa yang boleh kita bersalaman dapat ketika menyantuni orang yang lebih tua atau saudara-saudara terdekat.
Sumber:
1) Saudara Yang Kita Boleh Dan Tak Boleh Salam (Ketika Raya) – aimanabdulllah.
2)Irsyad Al-Fatwa Siri ke-305: Hukum Hakam Bersalaman Dengan Sanak Saudara Di Hari Raya. Mufti Wilayah Persekutuan
3) Saudara Yang Boleh Salam Dan Tak Boleh Salam (Mahram Lelaki Dan Perempuan). azhafizah