Syarat Sah Nikah Dalam Perkahwinan Islam

Syarat Sah Nikah Dalam Perkahwinan Islam

Perkahwinan merupakan satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam. Ia juga adalah sesuatu perikatan mengenai sesuatu hubungan yang sangat digalakkan oleh Islam bagi mereka yang telah memenuhi syarat serta kemampuan yang diambil kira dari segi semua aspek.

Perkahwinan di dalam sudut Islam bukanlah hanya sekadar lambang penyatuan antara dua insan atau mengenai cinta semata-mata, malah ia juga merupakan satu ibadah dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi apabila terlafaznya ijab dan qabul setelah bergelar suami dan isteri.

Buat mereka yang sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat atau sebaliknya, maka dengan itu adalah penting untuk mempersiapkan diri dengan ilmu agama dan bukannya hanya tertumpu kepada persediaan majlis sahaja. Ini sesuai dengan firman Allah swt di dalam Surah An-Nisa, ayat 1:

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِّنْ نَّفْسٍ وَّاحِدَةٍ وَّخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيْرًا وَّنِسَاۤءً ۚ وَاتَّقُوا اللّٰهَ الَّذِيْ تَسَاۤءَلُوْنَ بِهٖ وَالْاَرْحَامَ ۗ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

Jadinya, pada kali ini kami akan menceritakan serba sedikit mengenai syarat-syarat sah nikah bagi bakal-bakal pengantin lelaki dan perempuan dalam perkahwinan islam.

Apakah Itu Syarat Sah Nikah?


Syarat sah nikah adalah perkara yang diperlukan supaya apabila berlakunya sebuah perkahwinan itu dianggap sah disisi syarak.

Mereka yang tidak menepati salah satu dari syarat sah ini maka perkahwinan tersebut akan menjadi tidak sah atau terbatal secara tiba-tiba.

Syarat-Syarat Sah Nikah Pengantin Lelaki (Suami)


Seorang lelaki itu boleh dijadikan calon suami apabila dia telah memenuhi syarat seperti yang telah digariskan di bawah, iaitu:

  1. Islam
  2. Bukan muhrim dengan bakal isterinya
  3. Bukan dalam Ihram
  4. Tertentu Orangnya
  5. Berkemampuan zahir dan batin
  6. Tidak beristeri empat
  7. Tidak dipaksa

Syarat-syarat Sah Nikah Pengantin Perempuan (Isteri)


Bagi wanita pula  harus memenuhi syarat-syarat di bawah ini untuk sah dijadikan isteri di dalam sesebuah perkahwinan, iaitu :

  1. Islam
  2. Bukan muhrim dengan suaminya
  3. Bukan dalam Ihram
  4. Tertentu orangnya
  5. Bukan isteri orang
  6. Bukan dalam ‘iddah

Kesimpulan


Apa yang penting adalah persediaan awal daripada segala aspek yang perlu dilakukan terlebih dahulu antaranya syarat sah nikah supaya sebarang masalah dapat diatasi sebelum majlis berlangsung.

Di sini kami sertakan sekali mengenai panduan pengurusan nikah yang boleh dijadikan sebagai sebuah persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan kepada bakal-bakal pengantin di luar sana.

Semoga berjaya dan selamat pengantin baru.

Rujukan:

  1. Panduan Pengurusan Nikah- sppim.gov.my
  2. 5 Rukun Nikah & Syarat Sah Nikah Buat Pengantin Baru- pengantin.com.my
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.