Tahalul Umrah & Tahalul Haji, Apa Perbezaannya?
Apakah yang dimaksudkan dengan tahalul umrah dan haji serta panduan lengkap mengenai ibadah ini?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tahalul umrah dan tahalul haji yang perlu anda tahu.
Baca juga:
Apa itu tahalul?
Dari segi bahasa, tahalul adalah menjadi boleh atau dihalalkan.
Manakala dari segi syarak pula, tahalul bermaksud menyempurnakan membebaskan diri daripada larangan yang terdapat semasa dalam waktu ihram.
Perbezaan tahalul umrah dan haji
Ciri-Ciri | Tahalul Umrah | Tahalul Haji |
---|---|---|
Pengertian | Melaksanakan bergunting ataupun bercukur rambut bagi mereka yang melaksanakan umrah | Melakukan cukur atau bergunting selepas selesai melaksanakan 2 daripada 3 perkara seperti (melontar jamrah al-kubra, tawawf rukun dan saie, bercukur atau bergunting) |
Jenis | Tiada | Talallul awwal dan Tahallul thani |
Masa | Melakukan cukur atau bergunting selepas selesai melaksanakan rukun saie dalam masjidil haram. | Talallul awwal, jemaah haji diberi pilihan untuk melakukan mana-mana perbuatan di atas secara mengikut turutan ataupun sebaliknya. Tahallul thani, jemaah haji berjaya melaksanakan ketiga-tiga perkara yang disebutkan seperti di atas. |
Hukum melakukan tahalul umrah
Tahalul umrah merupakan salah satu dari rukun dalam ibadah umrah seseorang.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Fath, ayat 27:
لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِن شَاءَ اللَّـهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ
“Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haram – insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) –
Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ).”
Maka, seandainya ia tidak dilakukan. Ibadah umrah anda tidak sah.
Untuk memudahkan lagi maslahat berkenaan tahallul ini, anda boleh menggunakan alat seperti gunting atau pisau cukur dalam melaksanakan ibadah ini.
Ini bagi memudahkan anda melakukan ibadah ini lebih mudah dan sebaik mungkiin
Syarat sah tahalul umrah
- Niat sebelum memotong dan mencukur rambut.
- Bergunting bagi lelaki dan perempuan sekurang-kurangnya 3 helai sepanjang ruas jari tangan (2cm).
- Afdhal dengn mencukur semua rambut.
- Mereka yang botak licin adalah sunat melalukan sahaja mata pisau atau pencukur di atas kepalanya.
- Dilakukan setelah tawaf umrah dan saie.
- Dilakukan di tanah haram.
- Memotong atau mencukur rambut sendiri.
Sunat-sunat tahalul
Terdapat beberapa sunat tahalul yang boleh anda amalkan. Antara perkara sunat itu adalah seperti berikut:
- Menghadap ke arah kiblat.
- Bergunting atau bercukur bermula dari sebelah kanan kepala terlebih dahulu kemudian diikuti sebelah kiri.
- Lelaki afdhal mencukur seluruh rambut.
- Wanita boleh menggunting rambut dari mana-mana bahagian kepala. Sunat dilakukan di tempat tertutup.
- Sunat melakukannya sendiri jika tiada kesulitan.
- Beroa selepas selesai menggunting.
Doa ketika bertahalul dalam rumi
Doa 1
“Allah yang Maha Besa (3x), ya Allah ubun-ubun kepalaku ini dalam kekuasaan Mu, maka jadikanlah setiap helai rambut ini cahaya pada hari kiamat nanti, dan ampunkanlah dosaku wahai yang Maha Luas Pengampunan-Nya.”
Doa 2
“Segala puji bagi Allah yang telah membantuku menyelesaikan ibadah Umrahku.
Ya Allah berilah kurniakanlah kepadaku kebaikan dengan setiap rambut yang gugur ini, dan hapuskanlah dariku keburukan dengan gugurnya setiap rambut tersebut,
dan naikkanlah dengannya darjatku di sisiMu, dan ampunkanlah aku dan mereka-mereka yang bergunting dan bercukur dan juga sekelian muslimin.
Ya Allah tambahkanlah bagiku keimanan dan keyakinan, taufiq dan pertolongan, dan ampunkanlah kami dan kedua ibu bapa kami.”
Kesimpulannya, setiap jemaah haji atau umrah perlu faham dan cakna akan hal-hal yang berkaitan dengan tahalul ini kerana dikhuatiri anda melanggar batasan-batasan yang telah ditetapkan sehingga dikenakan denda (dam).
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan tahalul umrah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Bayan Li Al-Haj Siri Ke-30: Pengertian Tahallul. Mufti Wilayah Persektuan
- Bayan Li Al-Haj #Siri 22: Tahallul Dengan Mencabut Rambut Tanpa Menggunakan Gunting atau Pencukur. Mufti Wilayah Persekutuan