Niat Ihram Umrah & Haji Dalam Rumi dan Terjemahan

Ihram merupakan rukun utama bagi haji dan umrah. Dalam rukun ini, ada niat ihram yang wajib anda lafazkan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan niat ihram yang boleh anda baca.

Baca juga:

Maksud ihram dalam Islam

Dari segi bahasa, ihram berasal dari perkataan Arab iaitu mengharamkan.

Manakala ihram dari segi istilah pula adalah mengerjakan ibadah haji dengan mengharamkan hal-hal yang dilarang selama berihram.

Tatacara mengerjakan ihram

niat ihram

Semasa ihram, jemaah wajib memakai pakaian ihram. Pakaian ihram sunat berwarna putih.

  1. Pakaian Ihram Untuk Lelaki – dua helai kain lepas. Sehelai dipakai untuk menutup auratnya antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang untuk menutup bahagian atas badan.
  2. Pakaian Ihram Untuk Wanita – pakaian yang menutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. Pastikan jemaah wanita memakai sarung lengan, stokin yang tebal dan kain tudung yang mempunyai alas dagu

Niat ihram di miqat

Umumnya, niat ihram boleh dilintasi di dalam hati dan disebutkan oleh mulut secara perlahan.

Apabila masa mahu mula bergerak daripada Bir Ali, maka para jemaah hendaklah berlafaz niat umrah dalam keadaan menghadap kiblat jika keadaan mengizinkan.

Sedangkan bagi jemaah yang masuk ke Mekah melalui Malaysia, mereka wajib untuk berniat ihram sebelum pesawat melepasi miqat Qarn Manazil.

Berikut adalah lafaz niat umrah yang boleh anda baca:

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitul ‘Umrata Wa AhramTu Biha Lillahi Taa’la 

Maksudnya: “Sahaja aku berniat UMRAH dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta`ala.”

Berikut adalah lafaz niat haji yang boleh anda baca:

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلهِ تَعَالَى

Nawaitul hajja Wa AhramTu Biha Lillahi Taa’la 

Maksudnya: “Sahaja aku berniat HAJI dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta`ala.”

Selepas berniat ihram jemaah disunatkan banyak bertalbiyyah. Lafaz talbiyyah adalah seperti berikut :

لَبَّيْكَ ٱللَّٰهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ ٱلْحَمْدَ وَٱلنِّعْمَةَ لَكَ وَٱلْمُلْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ

Labbayka llāhumma labbayk(a), labbayka lā sharīka laka labbayk(a), inna l-ḥamda wa n-ni’mata, laka wa l-mulk(a), lā sharīka lak.

Maksudnya: “Hamba Mu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah, Hamba Mu datang menyahut panggilanMu. Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu.

Tidak ada sekutu bagi Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan Mu. Tidak ada sekutu bagi Mu.”

Hukum melanggar larangan ihram

niat ihram

Seseorang yang telah berada di dalam ihram, hendaklah menjaga pantang larang yang telah ditetapkan oleh syarak.

Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff di dalam kitabnya menyatakan : “Di antara larangan-larangan ihram adalah menutup kepala, memakai pakaian berjahit bagi lelaki, menutup muka dan memakai sarung tangan bagi perempuan, berwangi-wangian, bersetubuh, memakai minyak pada rambut dan janggut, memburu dan mencabut atau membinasakan tumbuhan di tanah Haram”. (Lihat al-Takrirat al-Sadidah, hlm. 502)

Sekiranya larangan-larangan itu dilanggar, maka individu tersebut akan dikenakan dam mengikut jenis larangan yang telah dilakukan olehnya.

Namun, sesiapa yang melakukan larangan-larangan di atas, dalam keadaan dia tidak tahu (jahil) atau terlupa, maka anda dimaafkan serta tidak perlu membayar dam.

Perkara sunat sebelum berihram

  1. Taubat
  2. Memotong kuku
  3. Mencukur bulu ari-ari dan ketiak
  4. Memperkemaskan janggut, misai, dan rambut
  5. Mandi sunat ihram
  6. Berwuduk
  7. Memakai minyak wangi bagi lelaki dan untuk jemaah wanita cukup sekadar memakainya bagi menghilangkan bau badan sahaja.
  8. Memakai minyak rambut
  9. Memakai ihram yang berwarna putih
  10. Solat sunat ihram

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan niat ihram dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat

Sumber:

  1. Al-Kafi #844: Niat Ihram Di Rumah Sendiri. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. All About Ihram. Islam Online
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.