Badal Haji 2023: Panduan Penuh Untuk Melaksanakan & Hikmahnya

Apakah yang dimaksudkan dengan badal haji? Bagaimanakah pula status hukumnya menurut para jumhur ulama?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan panduan mengerjakan badal haji dan hikmah dalam pelaksanannya.

Apa itu badal haji?

badal haji

Dari segi bahasa, badal haji bermaksud pihak. Manakala dari segi istillahnya pula adalah seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya lalu melaksanakan haji untuk orang lain sama ada seseorang yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji ke tanah suci, sama ada dengan upah atau tidak.

Hukum badal haji

Menurut jumhur fuqaha, hukum badal haji dalam syarak adalah diharuskan. Hal ini berdasarkan dari hadis Nabi SAW yang berbunyi:

– حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما-: “أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ، فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ”.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan. - (Hadis Riwayat Al-Bukhari, Ahmad, dan An-Nasaie)

Hadis ini menjelaskan bahawa pelaksaan haji bagi pihak yang meninggal dunia adalah boleh dilaksanakan walaupun tidak diwasiatkan kepadanya untuk berbuat yang demikian.

Syarat badal haji

badal haji

Syarat sah badal haji adalah seperti yang berikut:

  1. Tidak sah badal haji bagi yang mampu untuk melakukannya sendiri.
  2. Boleh dilakukan upah haji ini kepada mereka yang sakit tak sembuh, lumpuh atau kepada mereka yang meninggal dunia.
  3. Badal haji tidak sah kepada orang fakir kerana ketiadaan wang, ia hanya untuk orang yang lumpuh/sakit/tidak berdaya dan tak sembuh dari penyakitnya itu.
  4. Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.
  5. Boleh bagi wanita ambil badal haji untuk lelaki dan sebaliknya
  6. Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.
  7. Sebaiknya badal haji itu dilaksanakan oleh anaknya, kerabatnya dan saudara mara yang terdekat dengannya. Jika dilakukan oleh orang lain, maka hukumnya adalah harus.
  8. Tidak boleh seseorang yang diwakilkan itu, mewakilkan pula kepada orang lain dengan syarat ia diberitahu kepada pemberi amanah tersebut dan ia bersetuju dengan tindakan itu.
  9. Perlu diwakilkan atau diupah haji itu kepada seorang yang baik, jujur, amanah dan berilmu untuk melaksanakan badal haji tersebut.

Syarat orang yang melakukan upah haji

Syarat bagi orang yang mahu melakukan badal haji adalah seperti yang berikut:

  • Baligh
  • Berakal
  • Tidak mengerjakan untuk dirinya dahulu
  • Berniat melakukan haji untuk orang yang diniabahkannya
  • Berniat ihram dimiqat orang yang diniabahkannya
  • Mendapat keizinan sekiranya dia meniabahkan haji orang yang masih hidup

Kepentingan badal haji dalam kehidupan

  1. Memberi peluang kepada orang yang sakit dan meninggal dunia untuk mengerjakan haji, kerana mereka tidak mampu melakukannya sendiri.
  2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga.
  3. Menanam rasa prihatin kepada golongan yang tidak berupaya.
  4. Memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong dalam melakukan ibadah.

Hikmah melakukan ibadah haji

Melakukan haji memiliki banyak hikmah dan manfaat spiritual serta sosial, beberapa di antaranya adalah:

1. Pembersihan dosa

Menurut ajaran Islam, salah satu hikmah dari haji adalah pembersihan dosa.

Dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW menyatakan bahawa orang yang melakukan haji dan tidak melakukan perbuatan dosa selama prosesnya, akan kembali seperti bayi baru lahir, bebas dari dosa.

2. Menguatkan hubungan dengan Allah

Saat berhaji, seorang Muslim melakukan berbagai ibadah yang semuanya dirancang untuk memperkuat hubungan mereka dengan Allah. Ini termasuk tawaf, sa’i, dan wukuf di Arafah.

Semua ini mengingatkan umat Muslim tentang keagungan dan keberadaan Allah, dan membantu mereka memperkuat ikatan spiritual mereka.

3. Meningkatkan kesabaran dan ketaatan

Haji adalah perjalanan yang menguji fizikal mahupun emosional seseorang. Oleh kerana itu, melaksanakan haji dapat membantu seseorang meningkatkan kesabaran dan ketaatan.

Proses haji juga mengajarkan tentang pengorbanan, kesederhanaan, dan kehidupan yang lebih fokus pada tujuan spiritual.

4. Meningkatkan rasa persaudaraan dan kesetaraan

Salah satu hikmah dari haji adalah menguatkan rasa persaudaraan dan kesetaraan di antara umat Islam.

Semua jamaah haji memakai ihram yang sederhana dan sama, tanpa memandang status sosial atau kekayaan, menunjukkan bahawa semua orang sama di hadapan Allah.

5. Mengingat sejarah Islam

Ibadah haji mengikuti jejak Nabi Ibrahim AS, isterinya Hajar, dan puteranya Ismail. Ini adalah cara untuk mengingat dan merenungkan sejarah dan warisan Islam, serta pengajaran yang dapat diambil dari kisah mereka.

6. Muhasabah diri

Haji memberikan kesempatan bagi individu untuk merenung dan melakukan introspeksi diri. Mereka dapat memikirkan kehidupan mereka, apa yang telah mereka capai, dan apa yang mereka inginkan untuk masa depan dalam konteks iman.

Kesimpulannya, upah atau pahala haji bukan hanya terbatas pada pembersihan dosa, tetapi juga termasuk manfaat spiritual dan sosial yang luas.

Untuk maklumat lanjut berkenaan fiqh badal haji, anda boleh semak maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf Zakat & Haji.

Sumber:

  1. Al-Kafi #433: Hukum Badal Haji. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Al-Kafi #1849: Adakah Wajib Mengerjakan Badal Haji Bagi Orang Yang Telah Meninggal Dunia. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. #732 Badal Haji bagi Orang yang Tidak Sihat. Maktabah Al Bakri
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.