10 Adab Menziarahi Kubur Yang Anda Perlu Tahu

Adab menziarahi kubur adalah serangkaian tata cara dan sikap yang dianjurkan dalam Islam ketika mengunjungi kuburan.

Tujuan utama dari menziarahi kubur adalah untuk menghormati dan mengenang orang yang telah meninggal dunia, serta untuk merenungkan kehidupan dan akhirat.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa adab menziarahi kubur yang boleh anda praktikkan dan jadikan rujukan ketika melawat ke tanah perkuburan

Baca juga:

Adab menziarahi kubur dalam Islam

Terdapat beberapa adab menziarahi kubur yang boleh anda amalkan. Antara adabnya adalah seperti:

1. Niat yang ikhlas

Sebelum mengunjungi kuburan, penting untuk memiliki niat yang ikhlas untuk mengenang dan mendoakan orang yang telah meninggal. Niat ini haruslah murni kerana Allah SWT.

2. Berpakaian sopan

Adab menziarahi kubur yang seterusnya adalah berpakaian sopan dan bersih. Ketika berkunjung ke kuburan, sebaiknya memakai pakaian yang sopan dan bersih.

Hindari memakai pakaian yang terlalu mencolok atau berlebihan. Ini adalah bentuk penghormatan kepada orang yang telah meninggal.

3. Membersihkan diri

Sebelum mengunjungi kuburan, disarankan untuk membersihkan diri dengan mandi atau wudhu.

Hal ini melambangkan kesucian dan kesiapan batin ketika bertemu dengan orang yang telah meninggal.

4. Mengucapkan salam

Ketika tiba di kuburan, sebaiknya mengucapkan salam kepada orang yang telah meninggal dengan mengucapkan:


السَّلَامُ عَلَيْكُمْ يَا أَهْلَ الْقُبُورِ, يَغْفِرُ اللَّهُ لَنَا وَلَكُمْ, أَنْتُمْ سَلَفُنَا وَنَحْنُ بِالْأَثَرِ

‘Assalamualaikum ya ahlal qubur, yaghfirullahu lana walakum, an’tum salafuna wanahnu bil athsar’

Maksudnya: “Salam sejahtera atas kamu wahai ahli kubur. Semoga Allah mengampunkan kami dan kamu. Kamu telah mendahului kami dan kami akan mengikuti kamu." - (Hadis riwayat At-Tirmizi)

ﺍَﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺩَﺍﺭَ ﻗَﻮْﻡٍ ﻣُﺆْﻣِﻨِﻴْﻦَ ، ﻭَﺃَﺗَﺎﻛُﻢْ ﻣَﺎ ﺗُﻮْﻋَﺪُﻭْﻥَ ، ﻏَﺪًﺍ ﻣُﺆَﺟَّﻠُﻮْﻥَ ، ﻭَﺇِﻧَّﺎ ﺇِﻥْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺑِﻜُﻢْ ﻻَﺣِﻘُﻮْﻥَ

‘Assalamu’alaìkum dara qaumìn mu’mìnîn wa atakum ma tu’adun ghadan mu’ajjalun, wa ìnna ìnsya-Allahu bìkum lahìqun’

Maksudnya: “Selamat sejahtera ke atas kamu semua penduduk negeri orang beriman. Dan telah datang akan kamu apa yang telah dijanjikan akan kamu. Dan hari esok akan tertunai. Dan kami semua insyaAllah akan bertemu dengan kamu sekalian." - (Hadis riwayat Imam Muslim)


ﺍَﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠﻰَ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟﺪِّﻳَﺎﺭِ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨِﻴْﻦَ ﻭَﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻤِﻴْﻦَ، ﻭَﻳَﺮْﺣَﻢُ ﺍﻟﻠﻪُ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘْﺪِﻣِﻴْﻦَ ﻣِﻨْﻜُﻢْ ﻭَﻣِﻨَّﺎ ﻭَﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﺄْﺧِﺮِﻳْﻦَ، ﻭَﺇِﻧﺎَّ ﺇِﻥْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺑِﻜُﻢْ ﻻَﺣِﻘُﻮْﻥَ

‘Assalaamu ‘alaikum a’la ahliddiyaari, minal mu’miniina wal muslimiin, wayarhamullahul mustaqdimiina minkum wa minnaa wal musta’khiriin, wa innaa insyaa allahu bikum laahiquun’

Maksudnya: “Selamat sejahtera atas penghuni kubur dari mukminin dan muslimin. Semoga Allah merahmati yang terdahulu dari kamu semua dan dari kami yang terkemudian. Dan kami insyaAllah akan bersama kamu." - (Hadis riwayat Imam Muslim)

Atau lafaz ringkasnya seperti:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ يَا أَهْلَ الْقُبُورِ

‘Assalamu’alaikum ya ahlal qubur’

Maksudnya: “Salam sejahtera atas kamu wahai ahli kubur”

5. Menghormati kuburan

Di samping, adab menziarahi kubur yang lain adalah dengan menjaga sikap agar sopan dan menghormati orang lain.

Hindari perbualan yang kuat dan bisinh atau melakukan hal-hal yang tidak baik di sekitar kuburan. Dalam masa yang sama, jangan duduk atau berjalan di atas kuburan juga.

6. Membaca doa dan Al-Quran

adab menziarahi kubur

Disarankan membaca doa-doa untuk orang yang telah meninggal seperti doa keselamatan, doa pengampunan, dan sebagainya.

Antara doa yang boleh dibaca adalah seperti yang berikut:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الذُّنُوبِ والْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ

الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار, وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، ونَوِّرْ لَهُ فِيهِ

Allahummaghfìrlahu war hamhu wa ‘aafìhìì wa’fu anhu, wa akrìm nuzuulahu wawassì’ madholahu, waghsìlhu bìl maa’ì watssaljì walbaradì, wa naqqìhì, mìnaddzzunubì wal khathaya kamaa yunaqqatssaubul abyadhu mìnad danasì.”

“Wabdìlhu daaran khaìran mìn daarìhì wa zaujan khaìran mìn zaujìhì. Wa adkhìlhul jannata wa aìdzhu mìn adzabìl qabrì wa mìn adzabìnnaarì wafsah lahu fì qabrìhì wa nawwìr lahu fìhì.”

Maksudnya: "Ya Allah, berilah ampunan dan rahmat kepadanya. Berikanlah keselamatan dan berikanlah maaf kepadanya. Berikanlah kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air, ais dan embun. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran."

"Gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, isteri yang lebih baik dari isterinya. Masukkanlah dia ke dalam surga, berikanlah perlindungan kepadanya dari azab kubur dan azab neraka. Lapangkanlah baginya dalam kuburnya dan terangilah dia di dalamnya." - (Hadis Riwayat Muslim).

Sunat untuk mengadap kiblat dan berdoa. Doa apa saja seikhlas hati boleh dan terpuji

Anda juga boleh membaca Al-Quran dan menghadiahkan pahala kepada arwah dengan niat yang ikhlas.

Menurut Almarhum Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili, seorang profesor perundangan Islam di Syria;

Beliau menggalakkan penziarah kubur untuk membaca surah Yasin, Al-Ikhlas dan ayat-ayat seperti awal dan akhir Al-Baqarah serta ayat Kursi

7. Tidak berlebihan dalam berkabung

Meskipun berkunjung ke kuburan adalah saat untuk mengenang orang yang telah meninggal, penting untuk menghindari berlebihan dalam ekspresi kesedihan atau berkabung yang dapat mengganggu ketenangan.

8. Menghormati pengunjung lainnya

Jika ada pengunjung lain di sekitar kuburan, hindari mengganggu mereka. Berikan privasi kepada mereka yang sedang berkunjung atau berdoa.

9. Menghindari perbuatan kurafat

Walaupun tidak semua, tetapi segelintir masyarakat masih mengamalkan upacara pemujaan, ritual, atau perbuatan kurafat di tanah kubur.

Tujuan pemujaan tertentu ini adalah kononnya untuk mengubati penyakit, menolak sial, memohon sesuatu hajat, amalan tarik duit, memohon mencari harta karun dan sebagainya.

Sesungguhnya kepercayaan yang membawa kepada khurafat adalah haram dan boleh menyebabkan syirik. Sesungguhnya perbuatan sedemikian adalah antara dosa besar serta dijanjikan laknat Allah SWT di dunia dan akhirat jika tidak bertaubat.

Sabda Nabi SAW: “Jauhilah kamu dari tujuh dosa besar. Berkata sahabat: Apakah ianya Rasulullah SAW? Jawab Baginda Nabi SAW: Syirikkan Allah dan sihir.” – (Hadis Riwayat Muslim)

10. Tidak meratapi dan meraung

Perbuatan meratapi dan meraung di tanah perkuburan secara keterlaluan seolah-olah tidak meredai takdir Allah adalah dilarang.

Hal ini kerana bersikap berlebih-lebihan dalam urusan agama adalah hal yang terlarang.

Rasulullah bersabda: “Waspadalah kalian pada sikap berlebihan. Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kalian disebabkan berlebihan dalam urusan agama.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Manfaat menziarahi kubur

adab menziarahi kubur

Terdapat banyak sebab mengapa Rasulullah SAW menggalakkan ziarah kubur. Begini cara amalan itu memberi manfaat kepada orang ramai, baik yang hidup mahupun yang sudah mati:

  • Ia mendorong seseorang untuk berfikir tentang kematian dan akhirat. Melalui amalan itu, umat Islam akan mudah mempelajari pelajaran hidup yang penting.

  • Pelawat mencapai kesedaran kepada Allah atau ketakwaan. Ia memastikan bahawa orang yang beriman tidak menumpukan semua perhatian mereka kepada perkara duniawi yang sekejap. Orang itu belajar kepentingan hidup berlandaskan Islam dan menjauhi amalan yang haram.

  • Menziarahi kubur, terutama bagi Rasulullah (SAW) dan hamba-hambanya yang suci, menyegarkan jiwa. Pelawat merasakan hubungan positif yang kuat dengan orang yang disayangi yang mati. Nabi SAW percaya bahawa menziarahi orang mati tidak berbeza dengan menziarahi orang hidup. Menurut satu hadis, Nabi (SAW) bersabda, “….seolah-olah dia melawat saya ketika saya masih hidup.”

  • Menziarahi kubur memperdalam kesedaran pelawat tentang masa lalu, sejarah agama, dan budaya mereka.

  • Amalan itu memastikan keselamatan jiwa orang mati. Ulama Islam dan beberapa hadis bersetuju bahawa kebaikan pengunjung boleh dipindahkan kepada orang tersayang yang telah meninggal dunia. Adalah dipercayai bahawa doa pelawat memberikan ketenangan dan pengampunan kepada orang yang tersayang.

Soal lazim berkenaan adab menziarahi kubur

Di bawah ini adalah beberapa persoalan yang ada kaitannya dengan amalan menziarahi kubur yang diamalkan oleh umat Islam.

1. Apakah hukum ziarah kubur pada hari raya?


Hukum asal bagi ziarah kubur adalah sunat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat.

Adapun jika kita ziarah pada hari raya, bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat daripada Allah SWT untuk mereka dengan berdoa, ia tidak mengapa.

Namun jika kita ziarah dengan tujuan untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, ia ditegah.

2. Adakah terdapat hari-hari terbaik untuk ziarah kubur?


Tidak terdapat dalil yang kuat mengatakan waktu atau hari-hari tertentu untuk kita menziarahi kubur.

Adapun terdapat saranan ulama sahaja kerana berdasarkan dalil yang tidak kuat.

Kata Imam al-Qurtubi dalam at-Tazkirah: “Dikatakan, roh akan menziarahi kuburnya pada setiap hari Jumaat secara berterusan. Kerana itu, digalakkan menziarahi kubur pada malam Jumaat, hari Jumaat dan pagi Sabtu sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama.”

3. Adakah si mati tahu kita ziarah kubur?


Berkata Imam Ibnu Al-Qayyim:

Sungguhnya segala hadis dan perkataan sahabat menunjukkan atas bahawasanya orang yang ziarah apabila datang ke kubur nescaya sekelian penghuni kubur akan tahu dengan kedatangannya dan mendengar akan salamnya dan menjawab salamnya dan merasa terhibur dengan kedatangannya.”

Penghuni kubur tersebut tahu dan kenal siapa yang ziarahnya itu jika dia pernah kenalinya di dunia.

Dan apabila yang ziarah memberi salam nescaya penghuni kubur itu menjawab salamnya dan penghuni kubur merasa suka dengan kedatangan saudara mara yang menziarahinya.

4. Bagaimana dikatakan ziarah kubur itu mengingatkan tentang akhirat


Alam barzakh ialah tempat seterusnya selepas menjalani kehidupan di dunia ini. Suka atau tidak seorang yang hidup pasti akan menuju ke alam barzakh. Hidup seseorang adalah selama mana yang ditetapkan olih Allah. Bila tiba masanya maka datanglah ajal menjemputnya. Hidup dan mati, dunia dan alam kubur semuanya adalah ujian Allah ke atas hambaNya.

Firman Allah:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً

Maksudnya: “Dialah Tuhan yang menjadikan kematian dan kehidupan supaya mengujia kamu semua siapakah yang paling baik amalnya.” – (Surah Al-Mulk, ayat 2)

Seseorang apabila melihat kuburan pasti akan sedar suatu hari dia juga akan mati dan dikuburkan. Ingat tentang berseorangannya dalam kubur tanpa teman melainkan jika ada amal yang solih. Kubur adalah permulaan hidup akhirat yang tidak ada seorang pun bolih kembali ke alam dunia.

Jika baik keadaannya di dalam kubur maka baiklah keadaannya dipadang mahsyar nanti. Sudah tentu orang yang cerdik akan merasa insaf dan akan menggandakan amal solih sementara belum menjadi penghuni kubur.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

ﺯُﻭْﺭُﻭﺍ ﺍﻟْﻘُﺒُﻮْﺭَ . ﻓَﺈِﻧَّﻬَﺎ ﺗُﺬَﻛِّﺮُﻛُﻢُ ﺍْﻵَﺧِﺮَﺓَ

Maksudnya: “Ziarahlah kamu semua akan kubur. Maka sungguhnya ziarah kubur itu mengingatkan kamu semua akan akhirat.” – (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Ingat mati itu adalah disuruh olih syarak dan terhitung dalam sifat yang dipuji. Diantara cara untuk mengingati mati ialah dengan menziarahi kubur kerana kubur itu tempat diletakkan orang yang sudah mati.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda :

أكثروا ذكر هادم اللذات : الموت

Maksudnya: “Perbanyakkanlah kamu semua mengingati akan perkara yang memutuskan kesedapan yaitulah mati.” – (Hadis Riwayat Tirmizi & Nasaie)

5. Apakah tujuan ziarah kubur?


Berkata oleh Al-Hafiz Taqiyudin Subki tujuan ziarah kubur itu ada empat yaitu mengambil peringatan tentang kematian dan hari akhirat dan mendoakan ahli kubur dan mengambil keberkatan dan menunaikan hak ahli kubur. (Kitab Syifa’ al-Siqam)

6. Apakah hukum membaca yasin di kubur?


Sebenarnya tiada dalil yang jelas menyatakan untuk membaca Yasin kepada orang mati di tanah perkuburan namun begitu tiada juga larangan untuk membacanya. 

Dari Safwan RA:

Maksudnya: “Menceritakan kepadaku para syeikh (guru) bahawa mereka menghadiri Ghudhaif bin Harith ats-Thumali ketika beliau sedang menghadapi sakitnya maut, maka dia berkata :

Apakah ada di antara kalian yang mahu membacakan Yasin?”. Dia (Safwan) berkata, maka Salih bin Syuraih al-Sakuniy membacanya (Yasin), tatkala sampai pada ayat ke 40 lalu Ghudhaif wafat. Dia (Safwan) juga berkata : “Para syeikh (guru) mereka berkata :“Apabila dibacakan samping orang yang hendak meninggal nescaya Allah akan meringankan baginya disebabkan dengan bacaan tersebut”.  – (Hadis Riwayat Ahmad)

Diharapkan semoga pekongsian kami ini berkenaan dengan adab menziarahi kubur dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Ke-42: Hukum Ziarah Kubur Pada Hari Raya. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Adab Menzirahi Kubur. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.