Aurat Wanita dan Aurat Lelaki Mengikut Syariat Islam
Umat Islam tergolong dalam individu yang diberikan kedudukan dan darjat tinggi oleh Allah. Justeru itu, Islam sangat mementingkan akan martabat seseorang dengan menjaga maruah peribadi mereka melalui aurat wanita dan aurat lelaki.
Artikel pada kali ini kami ingin berkongsi kepada anda mengenai panduan lengkap aurat wanita dan aurat lelaki dalam Islam.
Definisi lengkap aurat
Aurat berasal dari perkataan Arab iaitu “Aurah” yang membawa erti keaiban. Dari segi istilah feqah, aurat dimaksudkan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan orang lain yang bukan mahram.
Syarak telah menetapkan bahawa aurat wanita adalah lebih daripada aurat lelaki.
Dalil tentang penutupan aurat
Perintah tentang menutup aurat ini telah difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Al-Ahzab, ayat 33 yang bermaksud:
وَقَرْنَ فِيْ بُيُوْتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْاُوْلٰى وَاَقِمْنَ الصَّلٰوةَ وَاٰتِيْنَ الزَّكٰوةَ وَاَطِعْنَ اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ ۗاِنَّمَا يُرِيْدُ اللّٰهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ اَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيْرًاۚ
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu memdedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyaj zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada Allah, dan rasulnya. Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kau wahai, "Ahlul Bait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala yang keji).
Selain itu Allah SWT juga berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yan baik-baik0 maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Dari penerangan ayat dia atas ini, maka jelaslah bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana yang telah diwajibkan seperti mana perintah mengerjakan solat fardhu, berzakat, dan perintah-perintah yang lainnya.
Aurat wanita menurut syariat
Aurat bagi wanita adalah meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan:
Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini – sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Aurat lelaki menurut syariat
Aurat yang wajib ditutup bagi lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut.
Batasan aurat yang disepakati oleh ulamak adalah dua kemaluan iaitu depan (bahagian zakar) dan belakang (bahagian punggung).
Wajib bagi seseorang lelaki muslim itu untuk menutup dua bahagian tersebut dari diperlihatkan kepada orang lain.
Panduan menutup aurat bagi perempuan
1. Pakaian hendaklah menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Tudung pula mestilah labuh hingga menutupi dada.
2. Pakaian hendaklah longgar dan tidak terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh. Oleh itu, memakai t-shirt ketat, berseluar panjang ketat atau berkebaya ketat walaupun tidak menampakkan warna kulit, tetapi secara jelas tetap menampakkan lekuk-lekuk bentuk badan seperti payudara, pinggul, dan paha. Maka hukum pemakainnya tetap haram.
3. Tidak jarang atau terlalu nipis hingga menampakkan aurat dalam pemakaiannya. Ramai wanita yang bertudung tetapi tudungnya jarang sehingga menampakkan tengkuk, telinga dan dada.
4. Tidak terlalu singkat hingga melepasi paras pinggul seperti memakai t-shirt berlengan panjang tetapi bawah bajunya singkat di pinggung. Apabila bergerak atau mengangkat tangan akan ternampak perut atau pusat.
5. Tidak menyerupai pakaian lelaki sehingga sukar ditentukan jantina mereka.
6. Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir daripada kaum Yahudi dan Nasrani.
Batasan aurat perempuan
Batasan aurat lelaki
Manfaat menutup aurat
Menutup aurat memiliki beberapa manfaat, baik dari segi agama mahupun sosial. Berikut adalah beberapa manfaat menutup aurat:
1. Pemenuhan kewajiban agama
Bagi umat Muslim, menutup aurat merupakan salah satu kewajiban yang diatur dalam agama Islam.
Para wanita Muslim diwajibkan untuk menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan ketika berada di hadapan orang yang bukan mahram (hubungan yang diharamkan pernikahan).
Hal ini diperintahkan dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad. Dengan menutup aurat, seorang wanita dapat memenuhi kewajiban agamanya dan merasa dekat dengan Tuhan.
2. Pemberian perlindungan
Menutup aurat dapat memberikan perlindungan fizik dan emosional. Fizik, kerana menutup aurat membantu melindungi tubuh dari cuaca yang ekstrem, debu, pencemaran, dan paparan sinar matahari langsung yang dapat memberi kesan buruk pada kulit.
Emosional, kerana menutup aurat dapat menghindarkan seseorang dari pandangan tidak senonoh, gangguan seksual, atau komen yang tidak baik. Hal ini dapat memberikan rasa aman dan selesa.
3. Meningkatkan rasa percaya diri
Menutup aurat dengan cara yang sopan dan sesuai dengan nilai-nilai agama atau budaya tertentu dapat meningkatkan rasa percaya diri.
Seseorang yang berasa selesa dengan penampilannya dan tahu bahwa ia menjaga kehormatan dan integriti dirinya melalui cara berpakaian yang baik, umumnya akan memiliki kepercayaan diri yang lebih besar.
4. Membangun kesatuan sosial
Menutup aurat juga dapat membantu membangun kesatuan sosial dalam masyarakat yang memiliki norma dan nilai-nilai yang sama.
Ketika orang-orang berpakaian dengan sopan dan menutup aurat, hal ini dapat menciptakan ikatan sosial dan mengurangkan jurang perbezaan atau konflik dalam hal penampilan.
Hal ini penting terutama dalam masyarakat yang memiliki keragaman budaya dan agama.
5. Menghargai dan menghormati orang lain
Dengan menutup aurat, seseorang juga menunjukkan rasa hormat dan penghormatan kepada orang lain.
Hal ini terutama berlaku dalam situasi di mana budaya atau agama yang berbeza-beza ada di lingkungan yang sama.
Dengan mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat, seseorang menunjukkan kesediaan untuk menghargai nilai-nilai dan norma yang ada dalam masyarakat tersebut.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai aurat wanita dan aurat lelaki yang dijelaskan dalam syariat Islam dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk rujukan bersama.
Sumber:
- Aurat Wanita: Konsep dan Hukum Mengenainya. Jurnal Syariah UM
- #559: Aurat Muslimah dengan Wanita Bukan Muslim. Maktabah Al Bakri
- Irsyad Al-Fatwa Ke-140: Hukum Memakai Pakaian Wanita Mengikut Fesyen Moden. Mufti Wilayah Persekutuan