7 Golongan Yang Dilindungi Allah & Dapat Pertolongan Di Akhirat
Apakah golongan yang dilindungi Allah SWT serta mendapat naungan Nya di dunia dan akhirat?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang 7 golongan yang dilindungi Allah SWT menurut sebuah hadis sahih.
Rujukan untuk menghuraikan kelompok golongan yang dicintai Allah ini diambil dari sebuah hadis riwayat Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda:
قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه. (صحيح البخاري)
Maksudnya: “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya[Q1]. (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya[Q2] basah kerana menangis.” – (Sahih Bukhari, No. 620)
Baca juga:
1. Pemimpin yang adil
Pemimpin yang adil bermaksud pemimpin yang menjalankan tanggungjawab berpandukan Al-Quran dan hadis terhadap orang yang dibawah pemimpinannya.
Contohnya memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi dan mencegah segala kemungkaran daripada terus berleluasa.
2. Pemuda taat beribadat kepada Allah
Pemuda yang hidupnya taat beribadat kepada Allah SWT adalah pemuda yang memenuhi masa dengan melakukan ibadatyy kepada Allah sama ada ibadat wajib atau sunat.
Contohnya seperti melaksanakan tuntutan solat 5 waktu, berpuasa dengan sempurna, melazimi qiamullail, membaca Al-Quran, dan berzikir.
3. Orang yang hati terikat dengan masjid
Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid atau mencintai masjid adalah seseorang yang hatinya sentiasa berasa seronok memakmurkan masjid dengan aktiviti ibadat dan kebajikan.
Contohnya menunaikan solat fardhu secara berjemaah, dan menyertai aktiviti masjid seperti majlis ilmu, program sukan dan riadah.
4. Dua orang berkasih sayang kerana Allah
Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah boleh diumpakan dua sahabat yang bersahabat berasaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
Hal ini dicontohkan oleh Saidina Abu Bakar yang sentiasa mendampingi Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan pelbagai ujian semasa berhijrah ke Madinah.
Kemudian ditunjukkan perihal yang sama dalam persaudaraan antara kaum muhajirin dan Ansar sehingga sanggup menawarkan harta, tenaga dan tempat tinggal.
5. Orang yang diajak bermaksiat dia menolak
Seseorang yang membenci maksiat kerana takut Allah akan menjauhi semua perbuatan yang melanggar suruhan Allah atau meninggalkan larangan Nya sama ada dalam bentuk lisan, perbuatan atau hati.
Misalnya dengan menjauhi perbuatan mencuri atau menghindari pergaulan bebas tanpa batasan.
6. Orang yang bila sedekah dia rahsiakan
Istilah menyembunyikan sedekah atau sebarang pemberian sangat berkait rapat dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah semata-mata tanpa mengharapkan pujian manusia.
Contohnya memberikan sumbangan kewangan secara perbankan dalam talian, dan mewakafkan tanah bagi tujuan pembinaan masjid.
7. Orang yang bila ingat Allah dia menangis
Seseorang yang mengingati Allah sama ada melalui hatu atau lisan dengan penuh ikhlas dan rasa takut kepada Nya, pasti akan menitiskan air mata.
Umum ia berlaku apabila kita sedang memohon keampunan kepada Allah SWT agar diberikan pengampunan atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.
Dalam hadis ini kita boleh belajar beberapa perkara penting sebagai seorang Muslim:
1. Berlaku adil dalam setiap tindakan kerana sikap tersebut merupakan suruhan Allah SWT.
2. Memanfaatkan usia muda dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
3. Berusaha untuk mengimarahkan masjid agar syiar Islam dapat ditegakkan.
4. Saling mengasihi supaya masyarakat hidup aman damai.
5. Menjauhi perbuatan maksiat agar selamat daripada kemurkaan Allah.
6. Berusaha memperbanyakkan sedekah kerana amalan tersebut dapat mensucikan harta dan jiwa.
7. Melazimi amalan zikrullah agar jiwa kita tenang.
Dihaharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan 7 golongan yang dilindungi Allah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.
Sumber:
- Golongan Di Bawah Naungan Ilahi. Harian Metro
- Fathul Bari – Syarah Sahih Bukhari
- Beruntunglah Tujuh Golongan Ini. Harakah Daily