Romantik Cara Rasulullah, Ini 15 Layanan Terbaik Pada Pasangan

Melayani pasangan romantik cara Rasulullah akan menjadikan rumah tangga lebih berkah dan bahagia.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tips romantik cara Rasulullah kepada pasangan.

Baca juga:

1. Berkongsi makanan

romantik cara rasulullah

Daripada Saidatina Aisyah RA, beliau menceritakan:

كُنْتُ أَشْرَبُ وَأَنَا حَائِضٌ ثُمَّ أَناوِلُهُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ فَيَشْرَبُ. وَأَتَعَرَّقُ الْعَرْقُ وَأَنا حَائِضٌ. ثُمَّ أُنَاوِلُهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ

Maksudnya: “Pernah aku minum air, dan pada ketika itu aku haid. Kemudian aku berikan bekas minuman itu kepada Nabi lantas Baginda meletakkan mulutnya di tempat mulutku tadi lalu minum. Pernah juga aku makan daging, dan pada ketika itu aku haid. Kemudian aku berikannya kepada Nabi lantas Baginda meletakkan mulutnya di tempat mulutku.”

(Hadis Riwayat Muslim, hadis sahih)

2. Pakaikan wangian pada suami

Daripada Saidatina Aisyah RA, isteri Rasulullah SAW, katanya:

كُنْتُ أُطيِّبُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِإِحْرَامِهِ حِينَ يُحْرِمُ، وَلِحَلِّهِ قَبْلَ أَنْ يَطُوفَ بِالْبَيْت.

Maksudnya: “Dulu aku memakaikan wangian pada Rasulullah sempena mengerjakan ihram sebelum Baginda berihram. Begitu juga sempena tahalul sebelum Baginda bertawaf di Baitullah.”

(Hadis Riwayat Bukhari, hadis sahih)

3. Gosok gigi sebelum jumpa isteri

romantik cara rasulullah

Daripada Al-Miqdam bin Syuraih, daripada ayahnya, “Ayah pernah bertanya Saidatina Aisyah RA;

بِأَيِّ شَيْءٍ كَانَ يَبْدَأُ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ؟ قَالَتْ: بِالسَّوَاكِ

Maksudnya: “Apa yang Nabi SAW lakukan terlebih dahulu ketika hendak masuk ke rumahnya?” Beliau menjawab, ‘Bersiwak!”

(Hadis Riwayat Muslim, hadis sahih)

4. Bantu isteri di rumah

romantik cara rasulullah

Daripada Al-Iswad bin Yazid RA berkata, beliau bertanya kepada Saidatina Aisyah RA:

مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي الْبَيْتِ؟ قَالَتْ: كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ. فَإِذَا سَمِعَ الْأَذَانَ خَرَجَ

Maksudnya: “Apa yang Nabi SAW buat ketika berada di rumah?’. Beliau pun menjawab, ‘Baginda membantu kerja isterinya. Kemudian sebaik mendengar azan, Baginda pun keluar.”

(Hadis Riwayat Bukhari, hadis sahih)

Suami Tak Bantu Buat Kerja Rumah | Ustaz Azhar Idrus Official

5. Isteri sangat prihatin dengan tabiat suami

Daripada Saidatina Aisyah RA, katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ

Maksudnya: ”Nabi SAW sangat suka melakukan sesuatu bermula dengan kanan, baik ketika memakai kasut, menyikat rambut, bersuci dan dalam apa sahaja urusannya.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari, hadis sahih)

6. Menggunakan panggilan mesra

romantik cara rasulullah

Daripada Saidatina Aisyah RA, katanya Rasulullah SAW bertanya kepadanya:

مَا لَكَ؟ يَا عَائِشُ، حَشْيَا رَابِيَةً

Maksudnya: “Wahai Aisy, mengapa dengan awak ini? Tercungap-cungap nampaknya!”

(Hadis Riwayat Muslim, hadis sahih)

7. Suami tidak pulang mengejut

Daripada Anas RA,

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَطْرُقُ أَهْلَهُ. كَانَ لَا يَدْخُلُ إِلَّا غُدْوَةً أَوْ عَشِيَّةً

Maksudnya: “Nabi tidak pernah pulang ke pangkuan keluarganya secara mengejut malam-malam. Baginda tidak akan sampai di rumah melainkan pada waktu pagi atau petang.”

(Hadis Riwayat Bukhari, hadis sahih)

8. Hantar isteri keluar rumah

Seperti yang dilakukan Rasulullah kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Baginda berkata,

“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).”

9. Bawa isteri jalan-jalan

“Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”

Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama.

Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Tidur di pangkuan isteri

Saidatina Aisyah meriwayatkan,

“Dahulu Rasulullah SAW meletakkan kepalanya di pangkuanku kemudian membaca (Al-Quran) sedangkan aku dalam keadaan haid.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

11. Menyikat rambut suami

Saidatina Aisyah r.a berkata,

“Dahulu aku menyikat rambut Rasulullah SAW sedangkan aku dalam keadaan haid.”

(Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

12. Mendahulukan isteri

Rasulullah SAW sangat menghormati kaum wanita khususnya isteri-isteri baginda. Hari ini, istilah suami yang selalu mendahulukan isteri dalam hal-hal kecil seperti membukakan pintu, mendahulukan, mempersilakan dan sewaktu dengannya digelar “gentleman”.

Hal ini turut dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada para isterinya.

Diriwayatkan dari Anas bin Malik RA, dalam sebuah hadis perjalanan pulang dari penaklukan Khaibar:

“Kami keluar menuju Madinah. Anas berkata, “Aku melihat Rasulullah SAW menyiapkan tempat duduk Shafiyah di belakangnya dengan kain, kemudian ia duduk di dekat untanya dan meletakkan lututnya, lantas Shafiyah meletakkan kakinya di atas lutut beliau hingga naik (ke unta).”

(Hadis Riwayat Bukhari)

13. Mandi bersama isteri

Diriwayatkan Saidatina Aisyah RA bahawa dia berkata,

“Dahulu aku mandi junub bersama Rasulullah SAW dari satu bekas air di mana tangan kami bergantian mengambil air di dalamnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

14. Bergurau senda dengan pasangan

Rasulullah SAW juga sering bergurau bersama isteri baginda. Aisyah RA telah berkata yang bermaksud:

“Rasulullah berlumba lari denganku, aku mennag ketika itu kerana aku belum gemuk. Kemudian, setelah gemuk aku berlumba lari dengannya, maka baginda memenanginya.

Lalu baginda bersabda: Kemenangan ini sebagai penebus kekalahan yang lalu.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

15. Ambil tahu emosi pasangan

Diceritakan daripada hadis Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud:

“Aku tahu masa anda redha dan marah kepadaku. Bagaimana anda mengetahuinya wahai Rasulullah?” Baginda mennjawab: Jika anda senang dengaku, anda akan berkata; tidak demi Rabb Muhammad. Sementara jika anda marah terhadapku, anda akan mengatakan; tidak demi Rabb Ibrahim.

Aisyah RA berkata, “Tepat wahai Rasulullah. Demi Allah, namun aku tidak mendiamkanku (ketika aku marah) kecuali tidakk menyebut namamu.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Contohi Sifat Romantik Rasulullah | Ustaz Azhar Idrus Official

Kesimpulannya, sungguh benar Rasulullah SAW adalah contoh dan tauladan yang sangat baik untuk kita jadikan panduan dalam memandu alam rumah tangga ke jalan yang diredhai Allah.

Lihatlah bagaimana Nabi SAW sangat meraikan pendapat, buah fikiran, luahan, dan keluhan yang keluar dari bibir isterinya demi merealisasikan misi melahirkan sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.

Sumber:

  1. Hebatnya 7 Tips Romantik Gaya Nabi SAW Yang Boleh Menawan Hati Pasangan. Ustazah Asma’ Harun
  2.  Rasulullah Suami Romantik. Ahmad Sabri Jinlapudin
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.