Niat & Panduan Solat Jamak Qasar Zohor Asar (Takdim & Takhir)

Bagaimakah cara untuk melaksanakan solat jamak qasar Zohor dan Asar?

Artikel pada kali ini akan menerangkan secara ringkas mengenai bagaimanakah cara untuk kita sebagai seorang muslim melaksanakan solat jamak qasar bagi waktu zohor dan asar.

Panduan Solat jamak qasar zohor dan asar ini hanyalah sebahagian daripada panduan utama Niat solat jamak & qasar.

Jika anda memerlukan rujukan lengkap mengenai Solat Jamak & Qasar, maka anda dialu-alukan untuk merujuk pautan di atas.

Jika anda sudah bersedia untuk memulakan, mari kita mulakannya langkah demi langkah..

Pengenalan


Apakah yang dimaksudkan dengan Jamak dan Qasar?

Solat Jamak dan Qasar adalah suatu keringanan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya kepada orang yang sedang bermusafir iaitu melebihi dua marhalah.

Maksud Jamak adalah menghimpunkan manakala maksud bagi Qasar pula adalah memendekkan.

Oleh itu, apa yang boleh kita fahami mengenai solat jamak dan qasar ini adalah sebagai menghimpunkan solat dan memendekkan solat tersebut kepada 2 rakaat sahaja.

Dalam panduan ini juga, solat zohor dan asar akan dipendekkan (qasar) kepada 2 rakaat sahaja, kemudian solat itu akan dihimpunkan (jamak) sama ada dalam waktu zohor (jamak taqdim) atau dalam waktu asar (jamak takhir).

Syarat-Syarat Perjalanan Yang Dibolehkan Solat Jamak & Qasar

Sebelum anda melakukan solat jamak dan qasar ada beberapa syarat yang perlu kita patuhi :

Antara syarat-syarat yang perlu kita patuhi sebelum melakukan solat jamak dan qasar adalah seperti:

  • Mestilah dalam keadaan bermusafir dan melebihi dua marhalah iaitu perjalanan yang jaraknya 81 km atau lebih. Maksudnya, Solat jamak ini tidak boleh dilakukan oleh orang yang masih berada dalam kawasan dia bermastautin.
  • Perjalanan yang tentu akan tujuannya ke tempat yang hendak dituju (bukan tujuan untuk merayau) dan bukan perjalanan yang bertujuankan maksiat seperti menghadiri konsert-konsert yang bertentangan dengan syariah islam.
  • Tidak boleh mengikut imam dan mengerjakan solat yang sempurna.

Di bawah ini saya sediakan panduan langkah demi langkah untuk mengerjakan jamak dan qasar (takdim dan takhir) untuk solat Zohor dan Asar :

Cara Solat Jamak Qasar Takdim (Zohor – Asar)


Solat jamak takdim ini adalah solat yang dilakukan pada awal waktu solat iaitu ia harus dilaksankan pada waktu zohor.

Maka dengan itu, panduan ini akan dimulakan dengan solat waktu zohor terlebih dahulu.

Solat Zohor

Rakaat Pertama

1- Solat Dimulakan Dengan Mengangkat Takbiratul Ihram.

( الله اکبر )

Semasa mengangkat takbiratul ihram hendaklah disertai dengan niat solat jamak takdim zohor dalam hati :

solat jamak qasar zohor asar
Usolli Fardoz Zuhri Qosron Rak’ataini Jam’a TaqDiiMin Lillahi Taala

atau ia boleh diniatkan dalam menggunakan bahasa melayu:

Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.


2- Membaca Doa Iftitah.

Selepas takbir tangan diletakkan di atas perut.

* Posisi ketika Iftitah: Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada

Bacaan Doa Iftitah

solat jamak qasar zohor asar
Bacaan Dalam Rumi:
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.

Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin


3- Membaca Surah Al-Fatihah.

solat jamak qasar zohor asar
Bacaan Dalam Rumi:
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

4- Kemudian, Membaca Surah Pilihan.

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula apa-apa surah pendek yang ingat daripada surah al-Quran.

Bacaan Dalam Rumi:
Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

5- Selesai Sahaja Membaca Surah, Ia Diteruskan Dengan Rukuk.

*Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan dalam rukuk adalah:

Bacaan Dalam Rumi:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 

6- Setelah itu, Bangun Untuk Iktidal.

*Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian sambil membaca:

 Bacaan Dalam Rumi:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 

7- Selepas Iktidal, Teruskan Pula Dengan Melakukan Sujud.

Bacaan semasa sujud adalah :

Bacaan Dalam Rumi:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 

8- Kemudian Diteruskan Dengan Duduk Diantara Dua Sujud

Bacaan antara dua sujud adalah:

Bacaan Dalam Rumi:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  

9- Kemudian Lakukan Sujud Yang Kedua.

Bacaan semasa sujud adalah :

solat jamak qasar zohor asar
Bacaan Dalam Rumi:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

10- Kemudian, Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Rakaat Kedua

11- Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat.

*(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


12- Kemudian, Diteruskan Dengan Membaca Surah Al-Fatihah.

solat jamak qasar zohor asar
Bacaan Dalam Rumi:
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn.

13- Seterusnya Membaca Surah Al-Ikhlas.

Selesai membaca al-Fatihah, maka diteruskan dengan membaca surah Al-Ikhlas.

solat jamak qasar zohor asar
Bacaan Dalam Rumi:
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

14- Selasai Sahaja Membaca Surah, Kemudian Diteruskan Dengan Rukuk.

*Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan Dalam Rukuk adalah:

Bacaan Dalam Rumi:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 

15- Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), Dengan membaca:

solat jamak qasar zohor asar
solat jamak qasar zohor asar
Bacaan Dalam Rumi:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 

16- Selepas Itu, Diteruskan Dengan Melakukan Sujud.

Bacaan Dalam Sujud adalah:

Bacaan Dalam Rumi:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 

17- Kemudian Diteruskan Dengan Duduk Diantara Dua Sujud.

Bacaan Dalam Duduk Antara Dua Sujud adalah:

solat jamak qasar zohor asar
Bacaan Dalam Rumi:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  

18- Kemudian Lakukan Sujud Yang Kedua.

Semasa Sujud Bacakan Bacaan Sujud adalah:

Bacaan Dalam Rumi:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 

19- Selepas Bangun Dari Sujud, Terus Melakukan tahiyyat akhir.

Bacaan Tahiyat Akhir:

Tahiyyat Akhir

solat jamak qasar zohor asar

20- Akhir Sekali, Selepas selesai Solat Ia Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

Semasa paling muka ke sebelah kanan, ucapkan salam seperti berikut:

solat jamak qasar zohor asar
 Bacaan Dalam Rumi:
Assalamualaikum Warahmatullah

Nota>>

Setelah memberi salam, SEGERA bangun untuk melakukan solat jamak takdim bagi solat Asar sebanyak dua rakaat lagi.

Ini kerana antara syarat solat jamak adalah “Muwalat” iaitu mesti berturut-turut tanpa diselangi perkara lain.

Solat Asar

21- Solat Asar Ini Akan Dimulai Dengan Mengangkat Takbiratul Ihram.

Seterusnya diteruskan pula dengan Solat Jamak Takdim bagi solat Fardu Asar.

Bacaan Niat Solat Asar bagi solat jamak takdim adalah:

solat jamak qasar zohor asar
Bacaan Dalam Rumi:
Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala 

atau boleh diniatkan dalam bahasa melayu:

Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

*Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.


22- Laksanakan solat Asar Sehingga selesai .

Solat jamak takdim bagi waktu asar dilakukan sama seperti solat jamak takdim pada waktu zohor iaitu sebanyak 2 rakaat dari segi pergerakkan dan bacaannya.

Setelah selesai memberi salam, maka dengan itu selesailah kedua-dua solat jamak takdim tersebut .

Seterusnya, setelah selesai kesemuanya anda boleh membaca Panduan Wirid Dan Doa Selepas Solat Secara Lengkap

Cara Solat Jamak Qasar Takhir (Asar – Zohor)


Solat jamak takhir ini pula adalah solat yang dilakukan pada akhir waktu solat iaitu ia harus dilaksankan pada waktu asar dan diikuti dengan waktu zohor.

Maka dengan itu, panduan ini akan dimulakan dengan solat waktu asar terlebih dahulu.

* Nota >> Antara syarat jamak takhir adalah anda mesti meniatkan untuk melakukan solat zohor itu dalam waktu asar (ketika telah masuk azan waktu zohor)

Solat Asar

Rakaat Pertama

1- Solat Dimulakan Dengan Mengangkat Takbiratul Ihram.

( الله اکبر )

Semasa mengangkat takbiratul ihram hendaklah disertai dengan niat solat jamak takdim zohor dalam hati :

solat jamak qasar zohor asar
Bacaan Dalam Rumi:
Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jam’a Takhirin Lillahi Taala 

atau ia boleh diniatkan dalam menggunakan bahasa melayu:

Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.


2- Membaca Doa Iftitah.

Selepas takbir tangan diletakkan di atas perut.

* Posisi ketika Iftitah: Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada

Bacaan Doa Iftitah

Bacaan Dalam Rumi:
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.

Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin


3- Membaca Surah Al-Fatihah.

Bacaan Dalam Rumi:
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

4- Kemudian, Membaca Surah Pilihan.

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula apa-apa surah pendek yang ingat daripada surah al-Quran.

Bacaan Dalam Rumi:
Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

5- Selesai Sahaja Membaca Surah, Ia Diteruskan Dengan Rukuk.

*Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan dalam rukuk adalah:

Bacaan Dalam Rumi:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 

6- Setelah itu, Bangun Untuk Iktidal.

*Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian sambil membaca:

 Bacaan Dalam Rumi:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 

7- Selepas Iktidal, Teruskan Pula Dengan Melakukan Sujud.

Bacaan semasa sujud adalah :

Bacaan Dalam Rumi:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 

8- Kemudian Diteruskan Dengan Duduk Diantara Dua Sujud

Bacaan antara dua sujud adalah:

Bacaan Dalam Rumi:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  

9- Kemudian Lakukan Sujud Yang Kedua.

Bacaan semasa sujud adalah :

Bacaan Dalam Rumi:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

10- Kemudian, Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Rakaat Kedua

11- Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat.

*(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


12- Kemudian, Diteruskan Dengan Membaca Surah Al-Fatihah.

Bacaan Dalam Rumi:
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn.

13- Seterusnya Membaca Surah Al-Ikhlas.

Selesai membaca al-Fatihah, maka diteruskan dengan membaca surah Al-Ikhlas.

Bacaan Dalam Rumi:
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

14- Selasai Sahaja Membaca Surah, Kemudian Diteruskan Dengan Rukuk.

*Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan Dalam Rukuk adalah:

Bacaan Dalam Rumi:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 

15- Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), Dengan membaca:

Bacaan Dalam Rumi:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 

16- Selepas Itu, Diteruskan Dengan Melakukan Sujud.

Bacaan Dalam Sujud adalah:

Bacaan Dalam Rumi:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 

17- Kemudian Diteruskan Dengan Duduk Diantara Dua Sujud.

Bacaan Dalam Duduk Antara Dua Sujud adalah:

Bacaan Dalam Rumi:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  

18- Kemudian Lakukan Sujud Yang Kedua.

Semasa Sujud Bacakan Bacaan Sujud adalah:

Bacaan Dalam Rumi:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 

19- Selepas Bangun Dari Sujud, Terus Melakukan tahiyyat akhir.

Bacaan Tahiyat Akhir:

Tahiyyat Akhir


20- Akhir Sekali, Selepas selesai Solat Ia Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

Semasa paling muka ke sebelah kanan, ucapkan salam seperti berikut:

 Bacaan Dalam Rumi:
Assalamualaikum Warahmatullah

Nota>>

Setelah memberi salam, SEGERA bangun untuk melakukan solat jamak takhir bagi solat Zohor sebanyak dua rakaat lagi.

Ini kerana antara syarat solat jamak adalah “Muwalat” iaitu mesti berturut-turut tanpa diselangi perkara lain.

Solat Zohor

21- Solat Asar Ini Akan Dimulai Dengan Mengangkat Takbiratul Ihram.

Seterusnya diteruskan pula dengan Solat Jamak Takdim bagi solat Fardu Asar.

Bacaan Niat Solat Asar bagi solat jamak takdim adalah:

atau boleh diniatkan dalam bahasa melayu:

 Bacaan Dalam Rumi:
Usolli Fardoz Zuhri Qosron Rak’ataini Jam’a Takhirin Lillahi Taala 

atau ia boleh diniatkan dalam menggunakan bahasa melayu:

Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.

*Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.


22- Laksanakan solat Zohor Sehingga selesai .

Solat jamak takhir bagi waktu zohor dilakukan sama seperti solat jamak takdim pada waktu Asar iaitu sebanyak 2 rakaat dari segi pergerakkan dan bacaannya.

Setelah selesai memberi salam, maka dengan itu selesailah kedua-dua solat jamak takdim tersebut .

Seterusnya, setelah selesai kesemuanya anda boleh membaca Panduan Wirid Dan Doa Selepas Solat Secara Lengkap

Semoga dengan perkongsian pada kali ini memberi panduan kepada anda untuk melaksanakan solat walaupun sedang bermusafir.

Rukhsah ini diberi kepada sesiapa yang sedang musafir jadinya tiada alasan untuk kita tidak melaksanakan solat walaupun tengah dalam keadaan bermusafir atas tujuan yang membawa kepada kebaikan.

Baca juga: https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/posts/niat-solat-jamak-qasarapabila-kita-bermusafir-lebih-daripada-dua-marhalah-kita-d/329475279223449/

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.