Cara Bayar Fidyah Secara Online Mengikut Negeri (2026)

Cara bayar fidyah merupakan perkara penting yang perlu difahami oleh umat Islam, terutamanya apabila bulan Ramadan semakin menghampiri. Rujuk kadar fidyah terkini bagi setiap negeri yang ditetapkan oleh Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri.
Sebagai seorang Muslim, kita diwajibkan menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan, namun bagi mereka yang tidak menggantikan puasa yang ditinggalkan, fidyah perlu dibayar mengikut ketetapan syarak.
Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan cara mengira dan membayar fidyah terkini, termasuk kaedah pembayaran fidyah secara dalam talian bagi setiap negeri, bagi memudahkan urusan ibadah anda.
Apa itu Fidyah?
Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, sama ada dalam bentuk harta atau pemberian makanan, kerana kekurangan atau keuzuran dalam melaksanakan sesuatu amal ibadah.
Ia diwajibkan ke atas individu yang tidak mampu menunaikan ibadah tertentu seperti puasa, atau gagal menggantinya dalam tempoh yang ditetapkan.
Dalam ayat yang lebih mudah, fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan apabila sesuatu amal ibadat tertinggal, tidak dapat dilaksanakan, atau dilakukan secara tersalah disebabkan keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.
Fidyah berfungsi sebagai bentuk tanggungjawab dan penyempurnaan ibadah, agar hak Allah SWT tetap ditunaikan walaupun seseorang tidak berupaya melaksanakannya secara sempurna.
Firman Allah SWT:
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 184)
Hukum Bayar Fidyah
Hukum untuk membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan puasa pada bulan Ramadan.
Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Golongan Yang Wajib Membayar Fidyah
Terdapat 5 golongan yang Wajib untuk membayar fidyah akibat daripada meninggalkannya iaitu:
1. Orang Sakit dan Tiada Harapan Sembuh
Golongan ini terdiri daripada orang yang menghidap penyakit kronik dan sudah tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa sepanjang bulan Ramadan tersebut.
* Maka golongan ini tidak wajib qadha’ puasa tetapi mereka tetap perlu bayar fidyah bagi tahun tersebut.
2. Orang Yang Telah Meninggal Dunia
Hutang puasa bagi golongan orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat untuk menggantikan puasanya adalah dilaksanakan oleh waris si mati.
*Maka waris haruslah melaksanakan tanggungjawab untuk membayar_fidyah kepada si mati sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.
3. Ibu Atau Menyusu Yang Bimbang Akan Kesihatan Dirinya
Golongan ini terdiri daripada perempuan yang hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan atas 2 situasi antaranya:
- Wanita Hamil yang tidak mampu berpuasa kerana bimbang akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran.
- * Maka golongan ini WAJIB membayar fidyah dan menqada’ ( ganti) puasa.
- Wanita hamil yang tidak mampu berpuasa kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri.
- *Maka golongan ibu hamil ini Tidak Wajib Fidyah. Namun Wajib menggantikan puasanya.
4. Ibu Hamil Yang Bimbangkan Kesihatan Anak atau Kandungan
Ibu hamil atau yang masih menyusukan anak tidak berpuasa di bulan Ramadhan atas sebab bimbangkan kesihatan anak atau kandungan.
*Maka golongan ini diwajibkan untuk qadha’ puasa dan membayar fidyah.
5. Melambatkan Ganti Puasa (qada’)
Golongan ini melambatkan ganti puasa (qada’) atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (uzur syar’ie) seperti ( musafir, datang haid, nifas atau wiladah) dan melewatkan ganti puasa tersebut sehingga berjumpa dengan Ramadan yang seterusnya.
*Maka golongan ini WAJIB membayar fidyah dan menggantikan (qada’) puasa tersebut mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.

Panduan Penentuan Qada Dan Fidyah
| Bil. | Situasi | Qada | Fidyah |
|---|---|---|---|
| 1. | Musafir dan orang yang sakit kemudian sembuh kembali namun tidak mengqada puasa sehingga melangkah Ramadan berikutnya. | ✅ | ✅ |
| 2. | Wanita hamil yang bimbangkan keselamatan anak dalam kandungan jika berpuasa Ramadan. | ✅ | ✅ |
| 3. | Wanita yang menyusukan anak dan bimbangkan keselamatan bayinya jika berpuasa Ramadan. | ✅ | ✅ |
| 4. | Wanita yang didatangi haid sehingga menghalangnya berpuasa Ramadan namun tidak menggantikannya sehingga melangkah Ramadan tahun berikutnya. | ✅ | ✅ |
| 5. | Wanita yang didatangi haid sehingga menghalangnya berpuasa Ramadan. | ✅ | ❌ |
| 6. | Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak yang bimbangkan keselamatan dirinya jika berpuasa Ramadan. | ✅ | ❌ |
| 7. | Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak yang bimbangkan keselamatan diri dan bayinya jika berpuasa Ramadan. | ✅ | ❌ |
| 8. | Musafir yang berbuka puasa kerana perjalanannya. | ✅ | ❌ |
| 9. | Orang sakit sehingga menghalangnya berpuasa Ramadan namun sembuh semula (sakit sementara). | ✅ | ❌ |
| 10. | Orang tua yang terlalu uzur dan tidak mampu berpuasa Ramadan. | ❌ | ✅ |
| 11. | Orang yang sakit berlarutan (kronik) sehingga tiada harapan untuk sembuh kembali. | ❌ | ✅ |
Waktu Dan Tempoh Pembayaran
Fuqaha bersepakat bahawa waktu yang sesuai untuk bermulanya membayar fidyah adalah sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Walaubagaimanapun, tempoh ketetapan adalah tidak terhad pada satu tempoh yang tertentu.
Namun oleh hal yang demikian, kita digalakkan untuk menyegerakannya dengan segera untuk membayarnya kerana dibimbangi jika berlaku perkara yang tidak diingini ia tidak dapat dilaksanakan jika tertangguh pada satu tempoh.
Bagaimanapun, individu yang lambat menggantikan puasanya hingga telah tiba bulan Ramadhan pada tahun yang berikutnya pula akan dikenakan bayaran fidyah dan wajib menggantikan qadha’ puasa yang ditinggalkan.
Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.
Manakala, bilangan hari ganti puasa ganti adalah kekal.
Kadar Fidyah Mengikut Negeri Pada Tahun 2026
Kadar bayaran fidyah tersebut adalah berubah mengikut harga yang telah ditetapkan oleh pemerintah di sesebuah tempat.
Harga bayaran fidyah ini dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak. Beras hasil bayaran fidyah pula akan disalurkan kepada fakir miskin.
| Negeri / Wilayah | Kadar Fidyah (RM) | Gandaan |
|---|---|---|
| Kedah | RM2.00 (Beras Super Special Import) RM4.00 (Beras perang,pulut,herba ponni atau wangi) | Ya |
| Perlis | RM5.00 | Tidak dikenakan |
| Pulau Pinang | RM1.75 | Ya |
| Perak | RM2.75 (Beras Super Special Import) RM4.40 (Beras perang,pulut,herba ponni atau wangi) RM7.45 (Beras basmathi, jepun atau merah) | Ya |
| Selangor | RM2.00 (Beras Super Special Import) RM4.30 (Beras perang,pulut,herba ponni atau wangi) RM6.30 (Beras basmathi, jepun atau merah) | Ya |
| Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | RM4.00 | Pilihan ikut kemampuan |
| Negeri Sembilan | RM1.90 | Ya |
| Melaka | RM2.00 | Ya |
| Johor | RM1.75 (Beras tempatan) RM 3.00 (Beras import) RM5.00 (Beras basmathi, Super wangi, Ponnies) | Ya |
| Pahang | RM1.75 | Ya |
| Sabah | RM1.90 | Ya |
| Sarawak | RM1.90 | Ya |
| Kelantan | RM2.00 | Ya |
| Terengganu | RM2.50 | Ya |

Cara Bayar Fidyah Secara Online
Tidak perlu pening-pening untuk fikir bagaimanakah cara kira fidyah puasa termasuk kiraan bayaran untuk dibayar bagi orang meninggal. Ianya sangatlah mudah dengan hanya menggunakan sistem kalkulator online
Berikut adalah merupakan pautan link kalkulator pengiraan mengikut negeri dalam Malaysia, anda boleh pilih ikut negeri masing-masing:
- Kedah
- Perlis
- Pulau Pinang
- Perak
- Sabah
- Selangor
- Wilayah Persekutuan
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Johor
- Pahang
- Terengganu
- Kelantan
- Sarawak
Cara Pengiraan Fidyah
Kadar bayaran fidyah yang perlu anda gandakan adalah berdasarkan nilainya dengan jumlah hari yang anda tinggal puasa.
Kadar nilaian yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Negeri Melaka bagi secupak beras adalah dengan kadar RM 2.00 untuk kiraan fidyah di Negeri Melaka.
Kiraan fidyah di Melaka adalah berganda jika melangkau tahun. Tetapi jika sekiranya dia tidak berkemampuan, maka tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.
Jadi, sekiranya anda tinggal puasa selama 3 hari, maka kadar bayaran fidyah adalah :
RM 2.00 (1 cupak ) X 3 hari = RM 6.00
Jika anda melangkau tahun contohnya anda tidak berpuasa selama 3 hari pada tahun 2017 dan ingin gantikan puasa serta bayar fidyah pada tahun 2021, maka kadar fidyah adalah seperti berikut :
RM 2.00 (1 cupak) X 4 tahun X 3 hari = RM 24.00
Nota : Nilai secupak beras mungkin berbeza mengikut negeri. Sila rujuk pada pusat zakat negeri masing-masing.

Soalan Lazim Berkaitan Kadar Fidyah
Seseorang yang meninggalkan puasa wajib, sama ada sengaja atau tidak, wajib mengqadha’ puasa tersebut mengikut jumlah hari yang ditinggalkan sebelum Ramadan berikutnya.
Jika tidak diqadha’ sehingga masuk Ramadan seterusnya, maka wajib qadha’ dan membayar fidyah dengan memberi makan fakir miskin sebanyak satu cupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan.
Jika tidak pasti jumlah hari puasa yang ditinggalkan, hendaklah dibuat anggaran berdasarkan sangkaan yang paling kuat dan lebih berhati-hati. Fidyah pula boleh dibayar sekaligus jika mampu, atau secara ansuran jika tidak berkemampuan. Selain itu, digalakkan untuk memperbanyakkan doa dan memohon keampunan Allah SWT.
Hukum melaksanakan bayaran fidyah adalah wajib berdasarkan Firman Allah S.W.T: Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin” ( Surah al-Baqarah, ayat 184 )
Berdasarkan pandangan para fuqaha, kewajipan membayar fidyah bermula sebaik sahaja seseorang tidak mampu menunaikan ibadah puasa tersebut. Walau bagaimanapun, tempoh pembayarannya adalah luas dan tidak terikat dengan masa tertentu, namun para ulama menasihatkan agar bayaran fidyah disegerakan dan tidak ditangguhkan.
Orang yang:
Meninggalkan puasa kerana tua
Meninggalkan puasa kerana sakit kronik
Meninggalkan puasa kerana mengandung dan menyusukan anak
Melewatkan qada puasa
Jika individu benar-benar tergolong sebagai orang miskin, tidak wajib keatasnya fidyah.
Namun, jika suatu hari nanti dia berkemampuan, maka wajib dlunaskan fidyah sebelumnya. Berusahalah untuk membayar fidyah sebagai satu tanda kita taat akan perintah Allah SWT.
Fidyah hanya boleh diberikan kepada golongan fakir miskin sahaja dan bukan kepada orang yang dibawah tanggungan kita seperti anak atau ibubapa. Namun, afdhal untuk membayar kepada sanak saudara yang fakir miskin.
Selepas seseorang meninggal dunia dan sebelum harta pusaka dibahagikan kepada waris, terdapat beberapa tanggungjawab yang wajib diselesaikan terlebih dahulu berkaitan harta si mati. Antara perkara yang perlu diberi keutamaan ialah:
i. Menjelaskan segala kos pengurusan jenazah termasuk perbelanjaan pengebumian.
ii. Melangsaikan semua hutang si mati, sama ada hutang dengan Allah SWT seperti zakat, kaffarah, nazar, haji fardu dan fidyah, mahupun hutang sesama manusia.
iii. Menunaikan wasiat yang telah dibuat oleh si mati, sekiranya ada dan memenuhi syarat yang dibenarkan syarak.
iv. Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian oleh pasangan (suami atau isteri) yang masih hidup.
Hanya setelah semua urusan tersebut disempurnakan, barulah baki harta pusaka boleh diagihkan kepada waris mengikut hukum faraid.
Berhubung dengan isu pembayaran fidyah secara berperingkat, sekiranya jumlah fidyah yang wajib dibayar terlalu besar dan berada di luar kemampuan individu atau warisnya, maka pembayaran secara ansuran adalah dibenarkan.
Walau bagaimanapun, bayaran fidyah hendaklah diselesaikan secepat mungkin dan tidak ditangguhkan sehingga memasuki Ramadan berikutnya, kerana fidyah merupakan kewajipan yang perlu dilunaskan.
Ada dua pandangan ulama, sama ada mengeluarkan fidyah dengan makanan asasi atau dengan wang. Dalam konteks amalan hari ini, sudah pasti memberikan wang adalah lebih praktikal; apatah lagi melihat kepada zakat fitrah sendiri sudah ditunaikan dalam bentuk wang.
Berikut adalah merupakan pautan link kalkulator dan cara bayar fidyah mengikut negeri dalam Malaysia, anda boleh pilih ikut negeri masing-masing:
– Kedah
– Perlis
– Pulau Pinang
– Perak
– Sabah
– Selangor
– Wilayah Persekutuan
– Negeri Sembilan
– Melaka
– Johor
– Pahang
– Terengganu
– Kelantan
– Sarawak
Baca juga:




