Niat Bayar Fidyah dan Cara Kiraannya Yang Betul

Niat bayar fidyah sering menimbulkan persoalan berkaitan lafaz niat yang betul serta cara pengiraan fidyah yang tepat menurut hukum syarak. Rujuk kadar fidyah terkini bagi setiap negeri yang ditetapkan oleh Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri.

Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan ringkas mengenai lafaz niat bayar fidyah dan kaedah kiraan fidyah yang betul sebagai rujukan anda.

Apa itu Fidyah?

Fidyah adalah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan.

Ia dikenakan kepada seseorang kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.

Hukum Bayar fidyah

Hukum bagi membayar fidyah adalah wajib. Di mana kita perlu membayarnya mengikut kadar bilangan hari puasa yang ditinggalkan.

Sekiranya tidak dibayar, maka ia juga dikira kita masih menanggung hutang kepada Allah SWT.

Dalil Pensyariatan Fidyah

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 184 yang bermaksud:

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya

“(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”  (Surah al-Baqarah: 184)

Hadis daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا

Maksudnya

“Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” – (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Golongan Yang Wajib Bayar Fidyah

Golongan yang wajib dikenakan fidyah adalah seperti:

  • Orang tua yang lemah dan pesakit yang tiada harapan sembuh.
  • Ibu yang mengandung dan menyusukan bayi.
  • Orang yang telah meninggal dunia dalam keadaan masih lagi mempunyai hutang puasa yang belum diganti.
  • Musafir, pesakit dan orang yang melambatkan ganti puasa.

Sebab Perlu Bayar fidyah

  • Uzur menunaikan puasa wajib
  • Perempuan hamil
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Orang yang telah meninggal dunia
  • Musafir dan pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan
  • Melambatkan ganti puasa

Niat Bayar Fidyah

Sebenarnya tiada niat khusus untuk bayar fidyah yang boleh dibaca ketika kita membuat pembayaran.

Ia boleh sahaja dilafazkan dalam bahasa Melayu contohnya seperti:

“Inilah fidyah puasa yang wajib atas ku kerana Allah Taala.”

Dari segi hukum lafaz niat ini pula adalah sunat. Manakala berniat dalam hati adalah wajib.

Cara Kiraan Fidyah

1. Uzur Menunaikan Puasa Wajib

Golongan ini merangkumi individu yang menghidap penyakit kronik yang tidak berpeluang untuk sembuh, warga emas yang tidak berdaya untuk berpuasa, atau kedua-duanya sekali.

Pembayaran fidyah boleh dilakukan sebaik sahaja bermulanya Ramadan pada tahun berkenaan.

Contoh:
Puan Salmah merupakan seorang warga emas yang mengalami masalah kesihatan kronik sehingga tidak berdaya untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Oleh itu, fidyah yang perlu dibayar bagi pihak beliau adalah seperti berikut:

2. Orang Yang Telah Meninggal Dunia

Fidyah bagi puasa yang ditinggalkan oleh seseorang yang telah meninggal dunia boleh dijelaskan oleh warisnya sekiranya jumlah hari puasa yang tidak ditunaikan diketahui, dan pembayaran tersebut dibuat sebelum harta pusaka dibahagikan.

Contoh:
Encik Ahmad merupakan seorang pesakit kronik yang telah lama uzur dan tidak mampu berpuasa setiap kali tiba bulan Ramadan. Beliau meninggal dunia pada 20 Ramadan sebelum sempat menggantikan puasanya. Oleh itu, fidyah bagi hari puasa yang ditinggalkan oleh beliau hendaklah dijelaskan oleh waris seperti berikut:

3. Ibu yang Menyusukan Anak & Bimbang Memudaratkan Bayi Susuan

Puasa yang ditinggalkan wajib diganti. Namun, sekiranya puasa ganti tersebut tidak ditunaikan sehingga masuk Ramadan pada tahun berikutnya, maka fidyah akan dikenakan atas sebab kelewatan menggantikan puasa.

Contoh:
Puan Hanim terpaksa meninggalkan puasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan kehamilan yang serius walaupun kandungannya berada dalam keadaan baik. Disebabkan faktor kesihatan, beliau hanya mampu menggantikan puasa tersebut selepas tempoh tiga tahun.

4. Wanita Hamil yang Bimbang Keselamatan Diri & Bayi dalam Kandungannya

Wanita yang tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan kandungannya, seperti risiko menjejaskan kesihatan janin atau kemungkinan keguguran, diwajibkan membayar fidyah sebaik sahaja tamat Ramadan pada tahun berkenaan serta menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Sekiranya puasa tersebut tidak diganti sehingga masuk Ramadan pada tahun berikutnya, wanita berkenaan akan dikenakan fidyah tambahan kerana kelewatan menunaikan puasa ganti.

Contoh:
Sepanjang tempoh kehamilan, Puan Aisyah tidak dapat berpuasa selama 7 hari pada bulan Ramadan kerana risau akan keselamatan bayi dalam kandungannya.

  • Fidyah ini disebabkan oleh Puan Aisyah meninggalkan puasa kerana khuatir keselamatan anaknya.
  • Puan Aisyah juga wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan sebelum tiba Ramadan berikutnya.
  • Jika beliau masih belum menunaikan puasa ganti sehingga masuk Ramadan tahun seterusnya, maka fidyah tambahan akan dikenakan atas sebab kelewatan menggantikan puasa.

5. Orang yang Melambatkan Ganti Puasa Sehingga Melangkau Tahun

Mereka yang menangguhkan puasa ganti sehingga masuk Ramadan pada tahun berikutnya tanpa uzur yang dibenarkan syarak diwajibkan membayar fidyah serta tetap perlu menunaikan qada’ bagi puasa yang ditinggalkan.

Jumlah fidyah tersebut akan meningkat mengikut bilangan tahun kelewatan menggantikan puasa.

Contoh:
Encik Razak telah meninggalkan puasa selama 3 hari pada bulan Ramadan kerana tuntutan kerja yang sangat berat. Namun, beliau hanya menunaikan puasa gantinya selepas berlalu 10 tahun. Oleh itu, fidyah yang perlu dibayar oleh beliau adalah seperti berikut:

Kalkulator Kiraan Fidyah

Untuk mengira jumlah fidyah yang dikenakan secara online, anda boleh klik pada pautan berikut:

Negeri / WilayahKadar Fidyah (RM)GandaanLink Bayar
KedahRM2.00 (Beras Super Special Import)

RM4.00 (Beras perang,pulut,herba ponni atau wangi)
YaFidyah Kedah
PerlisRM5.00Tidak dikenakanFidyah Perlis
Pulau PinangRM1.75YaFidyah Pulau Pinang
PerakRM2.75 (Beras Super Special Import)

RM4.40 (Beras perang,pulut,herba ponni atau wangi)

RM7.45 (Beras basmathi, jepun atau merah)
YaFidyah Perak
SelangorRM2.00 (Beras Super Special Import)

RM4.30 (Beras perang,pulut,herba ponni atau wangi)

RM6.30 (Beras basmathi, jepun atau merah)
YaFidyah Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala LumpurRM4.00Pilihan ikut kemampuanFidyah KL
Negeri SembilanRM1.90YaFidyah Negeri Sembilan
MelakaRM2.00YaFidyah Melaka
JohorRM1.75 (Beras tempatan)

RM 3.00 (Beras import)

RM5.00 (Beras basmathi, Super wangi, Ponnies)
YaFidyah Johor
PahangRM1.75YaFidyah Pahang
SabahRM1.90YaFidyah Sabah
SarawakRM1.90YaFidyah Sarawak
KelantanRM2.00YaFidyah Kelantan
TerengganuRM2.50YaFidyah Terengganu

Hikmah Disyariatkan Bayar Fidyah

1. Memenuhi kewajipan sebagai seorang Islam

Islam menekankan pentingnya menjalankan kewajiban agama dengan sebaik-baiknya.

Bagi mereka yang tidak dapat berpuasa, membayar fidyah adalah cara untuk memenuhi tanggungjawab agama mereka dan mencari keberkatan dari Allah.

2. Menjaga keseimbangan sosial

Fidyah adalah kewajiban bagi mereka yang tidak mampu berpuasa kerana keadaan kesihatan atau usia lanjut.

Dengan membayar fidyah, mereka yang tidak dapat berpuasa tetap dapat meraikan bulan Ramadhan sambil membantu orang lain yang memerlukan.

3. Mendidik dari agar bersyukur

Membayar fidyah mengajarkan kesedaran tentang nikmat sihat dan kemampuan untuk menjalankan ibadah.

Ini membangkitkan rasa syukur kepada Allah atas kesihatan dan kesempatan untuk beribadah secara normal.

4. Jalan berbuat kebaikan

Fidyah juga memberikan kesempatan bagi orang lain untuk mendapatkan manfaat dari dana fidyah yang dikumpulkan.

Fidyah biasanya digunakan untuk membantu orang miskin sehingga memberikan bantuan ekonomi bagi mereka yang membutuhkan.

Semoga perkongsian kami ini berkenaan niat bayar fidyah dan kadar kiraannya ini dapat memberikan anda ilmu yang bermanfaat.

Soalan Lazim Berkaitan Fidyah

1. Apakah yang dimaksudkan dengan fidyah?

Fidyah ialah bayaran yang wajib dikeluarkan sebagai ganti bagi puasa Ramadan yang ditinggalkan oleh individu tertentu yang tidak mampu berpuasa atau tidak berupaya menggantikan puasa tersebut.

2. Siapakah yang wajib membayar fidyah?

Antara golongan yang diwajibkan membayar fidyah ialah:

– Orang tua yang tidak mampu berpuasa
– Pesakit kronik yang tiada harapan sembuh
– Wanita hamil atau menyusukan anak yang bimbang keselamatan anak
– Individu yang melambatkan qada’ puasa sehingga masuk Ramadan berikutnya
– Waris bagi orang yang telah meninggal dunia dan diketahui jumlah puasa yang ditinggalkan

3. Apakah perbezaan fidyah dan qada’ puasa?

Qada’ puasa ialah menggantikan puasa yang ditinggalkan pada hari lain, manakala fidyah ialah bayaran denda atau ganti dalam bentuk pemberian makanan kepada fakir miskin.

4. Bilakah fidyah perlu dibayar?

Fidyah boleh dibayar sebaik sahaja tamat Ramadan tahun berkenaan. Bagi kes lewat menggantikan puasa, fidyah dikenakan apabila telah masuk Ramadan tahun berikutnya.

5. Adakah fidyah perlu dibayar berganda?

Ya. Fidyah akan berganda mengikut bilangan tahun kelewatan menggantikan puasa, selagi puasa tersebut belum diqada’.

6. Berapakah kadar fidyah yang perlu dibayar?

Kadar fidyah berbeza mengikut negeri dan biasanya ditetapkan berdasarkan nilai satu cupak beras atau harga makanan asas. Rujukan hendaklah dibuat kepada Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

7. Bolehkah fidyah dibayar secara atas talian?

Ya. Kebanyakan Majlis Agama Islam negeri menyediakan kemudahan bayaran fidyah secara dalam talian melalui portal rasmi masing-masing.

8. Bolehkah fidyah dibayar sekaligus?

Boleh. Fidyah boleh dibayar secara sekaligus atau mengikut jumlah hari puasa yang ditinggalkan, asalkan jumlah yang dibayar mencukupi.

9. Siapakah yang layak menerima fidyah?

Fidyah hendaklah diberikan kepada golongan fakir dan miskin yang layak menurut syarak.

10. Adakah waris wajib membayar fidyah bagi si mati?

Ya, sekiranya si mati meninggalkan puasa dan bilangan hari tersebut diketahui, waris boleh menjelaskan fidyah sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.