Cara Buat Umrah DIY Tanpa Ejen (Murah dan Mudah)

Bagaimanakah cara buat umrah DIY dengan harga yang murah dan mudah?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara buat umrah DIY yang murah dan mudah.

Baca lagi:

Apa itu umrah DIY?

Umrah DIY adalah umrah yang dilaksanakan tanpa menggunakan apa-apa pakej yang tersedia di Malaysa atau travel agensi seperti kebanyakkan orang lain.

Konsep DIY (Do It Yourself) itu sendiri bermaksud persendirian atau sendiri.

Biasa orang tunaikan umrah mengikut syarikat travel. Di mana ke semua urusan sebelum dan ketika berada di sana diuruskan sepenuhnya syarikat travel berkenaan.

Namun berbeza dengan umrah DIY, kerana semuanya diuruskan sendiri oleh individu yang ingin menunaikan umrah.

Bermula dari book tiket, book hotel, apply visa umrah, uruskan kenderaan di sana nanti, atur jadual sepanjang keberadaan di bumi Haramain sehinggalah pulang ke Malaysia semula.

Semua diatur sendiri, tiada mutawwif atau pegawai yang akan menguruskan seperti syarikat travel lain.

Siapa yang sesuai buat umrah DIY?

Umrah DIY sesuai dilaksanakan oleh individu yang mempunyai perancangan masa tertentu.

Ia juga biasa dilakukan oleh para jemaah yang telah mengerjakan umrah lebih dari tiga kali.

Hal ini kerana, mereka sudah lebih berpengalaman sebelum ini tentang prosedur di lapangan terbang, hotel, dan masjid-masjid di Makkah dan Madinah.

Cara buat umrah DIY

cara buat umrah diy

Perkara yang diperlukan sebelum berlepas adalah:

  • Pasport.
  • Tourist Visa (visa.visitsaudi.com). Anda boleh mohon visa pelancong menerusi website ini dan terus bayar. Kadar bayaran adalah RM670++ untuk satu orang.
cara buat umrah diy

Dalam masa 5 minit, e-mel akan masuk dan visa anda sudah siap. Visa pelancong ini adalah untuk kemasukkan beberapa kali dalam masa setahun.

  • Tiket penerbangan (Skyscanner, Traveloka, dan lain-lain).
  • Hotel booking (Agoda, Booking.com, dan lain-lain).

Bab ini anda harus pastikan kesemua booking sudah dibayar dan print ke semua bukti.

cara buat umrah diy
cara buat umrah diy
cara buat umrah diy

Perkara penting sebelum check-in penerbangan:

  • Tiket penerbangan.
  • Boarding pass.
  • Visa.
  • Sijil vaksin Covid-19.
  • Salinan daftar muqeem.

Letakkan kesemua dokumen di atas dalam satu fail yang mudah untuk dimasukkan ke dalam beg. Nanti tak adalah susah-payah nak mencari.

Berikut merupakan aplikasi yang anda perlu install terlebih dahulu:

  • Tawakkalna (mcm mysejahtera tanpa scan)
  • Eatmarna (untuk booking raudah dan umrah)

Untuk aplikasi kenderaan (transportation) pula, boleh install kedua-dua aplikasi ini.

  • Uber.
  • Careem.

Mengikut pengalaman wanita ini, uber adalah murah sikit tapi kedua-dua aplikasi ini sangat diperlukan. Semuanya di hujung jari.

Aplikasi AL ULA pun berguna juga, kalau anda nak sewa kereta bagi memudahkan perjalanan anda di sana.

Cara daftar visa umrah secara online

cara buat umrah diy

Visa umrah adalah perkara yang sangat penting

  1. Layari laman web https://visa.visitsaudi.com/
  2. Kemudian, klik pada butang “Apply Now”.
  3. Masukkan jenis passport dan kewarganegaraan jemaah umrah. Klik butang “Next”.
  4. Masukkan pula butiran maklumat jemaah umrah dengan lengkap dan betul.
  5. Muat naik gambar seperti yang dikehendaki dan tarikh ketibaan ke Tanag Haram.
  6. Pilih tujuan visa dibuat.
  7. Masukkan penuh dan lengkap berkenaan penginapan dan maklumat insurans.
  8. Seterusnya, klik pada butang “Register”.
  9. Buat pembayaran menggunakan kaedah pembayaran atas talian.
  10. Tunggu dalam masa 4 minggu, untuk pengesahan permohonan visa anda berjaya atau tidak. Sekiranya berjaya. anda akan mendapatkan e-visa tersebut.
Saudi Perkenal Visa Melancong yang Jauh Lebih Mudah | ML Studios

Risiko umrah secara DIY

Buat umrah secara DIY boleh mendatangkan risiko yang tertentu khususnya dari segi keselamatan dan kecemasan.

Seperti mana konsep DIY itu yang bermaksud sendiri, anda memang perlu uruskan ke semua perjalanan anda sendiri termasuklah dari segi risikonya.

Contoh, jika jemaah hilang mengejut atau sakit yang menyukarkan bantuan diberikan, ada yang tidak tahu selok-belok di Tanah Suci dan siapa perlu dihubungi.

Kalau hendak minta bantuan konsulat Malaysia di Jeddah pun akan mengambil masa dan ada proses tertentu perlu dilakukan kerana hal ini membabitkan perundangan Arab Saudi.

Begitu juga jika ada jemaah yang tiba-tiba jatuh sakit dan perlukan rawatan segera.

Memang dalam visa termasuk sekali insurans, tetapi jika ikut rombongan pengendali umrah, mereka ini tahu di hospital mana untuk dihantar serta perkara lain yang perlu diuruskan.

Kelebihan buat umrah DIY

Menunaikan umrah secara DIY mempunyai banyak kelebihannya. Berikut adalah manfaatnya:

1. Mempunyai masa yang fleksibel

Cara buat umrah DIY memberikan kebebasan kepada anda untuk merancang dan mengaturnya sendiri. Hal ini termasuklah dari segi masa, itinerasi perjalanan, dan penginapan.

2. Lebih privasi

Umrah DIY memiliki lebih privasi berbanding dengan pakej umrah yang biasa.

Mereka yang buat umrah DIY boleh memberi kebebasan untuk anda bergerak dalam kumpulan sama ada bersama keluarga, saudara mara atau rakan-rakan.

Berbeza dengan pakej umrah biasa yang tidak memberikan anda pilihan ahli dalam kumpulan atau dalam kata lain bercampur dengan jemaah lain juga.

3. Boleh ikut bajet sendiri

Umrah DIY jauh lebih murah, berbaloi dan mengikut bajet sendiri berbanding umrah bisa.

Hal ini kerana, anda boleh rancang dan atur sendiri bajet yang anda mampu sebelum memulakan perjalanan umrah.

4. Bebas pilih penerbangan

Pakej umrah biasa akan terikat dengan syarikat penerbangan tertentu yang akan membawa anda mengerjakan umrah.

Menariknya tentang umrah DIY, anda diberikan kebebasan untuk memilih penerbangan yang dimakukan. Ia termasuklah dari segi kelas penerbangan serta syarikat penerbangan yang diinginkan.

Dengan memilih syarikat penerbangan sendiri, anda akan lebih mudah untuk membandingkan tahap keselesaan sepanjang perjalanan dan mengelakkan masa transit yang terlalu lama.

5. Bebas pilih hotel penginapan

Selain dari penerbangan, umrah DIY juga memberi kebebasan kepada para jemaah untuk memilih hotel yang diinginkan.

Misalnya, memilih hotel yang mempunyai jarak lebih dekat dengan Mekah atau Madinah.

Mungkin ramai orang tidak ambil penting hal ini. Tetapi faktor jarak hotel amatlah penting terutamanya jika anda membawa jemaah yang kurang upaya, anak kecil atau warga emas.

Bagi yang pentingkan taraf sesebuah hotal pula, di sini peluang anda untuk memilih tempat penginapan yang bertaraf tinggi dari 3 bintang hingga 5 bintang.

6. Ada mutawwif persendirian

Mutawwif adalah individu yang berilmu yang bertanggungjawab membimbing dan menjaga jemaah haji. 

Mutawwif persendirian ini bermaksud individu mutawwif hanya akan memberi sepenuh fokus untuk memantau dan membantu kumpulan kecil (umrah DIY yang dibayar).

7. Visa pelancong untuk jemaah wanita tanpa mahram

cara buat umrah diy

Bagi jemaah wanita yang ingin mengerjakan umrah tetapi tidak mempunyai mahram, sekarang anda tidak perlu risau lagi.

Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan wanita melakukan ibadah umrah tanpa mahram yang sebelum ini hanya dibenarkan untuk wanita berusia 45 tahun dan ke atas sahaja.

Justeru tiada halangan lagi untuk wanita bujang di luar sana untuk beribadah ke tanah suci.

Cuba mohon visa pelancong kerana anda berpeluang untuk melawat lebih banyak lagi tempat di sana yang dulunya lebih terhad.

Cara Pergi Umrah Sendiri Secara DIY | Wan Muhd Ali

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai cara buat umrah DIY dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Jika anda ingin dapatkan lebih banyak tips dan pengalaman cara buat DIY yang menarik, anda boleh dapatkan ebook Rahsia Umrah Do-It-Yourself di sini.

Sumber:

  1. Pengalaman & Panduan Umrah DIY. Blog Pakej
  2. Cara Tunai Umrah DIY Tanpa Guna Ejen. Twitter @Alisaayusra
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.