Cara Sujud Yang Betul Ikut Panduan Rasulullah

Tahukah anda, cara sujud yang betul dan mengikut panduan Rasulullah mempunyai ciri-cirinya yang tertentu?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara sujud dengan betul dan hikmah yang boleh kita dapat dengan bersujud.

Baca juga:

Apa itu sujud?

cara sujud yang betul

Sujud berasal dari perkataan Arab yang bermaksud perbuatan menempatkan dahi, hidung, kedua telapak tangan, kedua lutut, dan kedua hujung kaki pada waktu serentak dengan tujuan tertentu kerana Allah SWT.

Jenis-jenis sujud

  • Sujud sahwi: Sujud yang dilaksanakan oleh seseorang bila mana mereka mendapat suatu berita gembira ataupun simbolik kepada ucapan terima kasih yang diberikan kepada Allah SWT.

  • Sujud tilawah: Sujud yang dilakukan apabila seseorang itu membaca ayat Sajadah dalam Al-Quran.

  • Sujud syukur: Sujud yang dilakukan kerana kecatatan atau kekurangan yang dilakukan oleh seseorang ketika solat sama ada sengaja atau terlupa.

Syarat sah sujud

Syarat sah sujud adalah dengan menyentuh tempat sujud dengan dahi yang terdedah serta melakukan sujud dengan enam anggota badan yang lain iaitu dua telapak tangan, dua lutut dan dua hujung jari kaki. 

Hal ini jelas berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ، وَالْيَدَيْنِ، وَالرُّكْبَتَيْنِ، وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ

Maksudnya: “Aku diperintahkan sujud dengan tujuh tulang anggota, dengan dahi (sambil Baginda menunjukkan tangannya ke bahagian atas hidung), dengan dua tangan, dua lutut dan hujung kedua-dua belah kaki.” - (Hadis Riwayat Bukhari (812) & Muslim (490)

Walaupun begitu, tidak diwajibkan juga mendedahkan semua anggota tersebut kecuali dahi dan tapak tangan. Imam al-Nawawi RA menyebut di dalam syarahnya:

“Sesungguhnya anggota sujud itu ada tujuh dan mesti seseorang yang sujud itu bersujud dengan tujuh anggota tersebut serta sujud bersama dengan dahi dan hidung kesemuanya. Anggota dahi wajib diletakkan dengan terbuka di atas lantai dan sunat untuk meletakkan sebahagian daripada hidung.

Jika dia meninggalkan sentuhan hidung pada lantai, maka sujudnya sah tetapi jika dia meninggalkan sentuhan dahi pada lantai, maka tidak sah sujudnya. Ini adalah pandangan mazhab Syafie, Malik dan kebanyakan ahli ilmu.”

Beliau menyebut lagi, “Jumhur mengatakan bahawa yang zahir di dalam hadis menyebutkan tujuh anggota tetapi jikalau dibilang anggota dahi dan hidung, bilangannya akan menjadi lapan. Maka anggota hidung hukumnya sunat di dalam anggota sujud.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 4/208)

Dalam kitab-kitab Fiqh Mazhab Syafie, terdapat 7 syarat sah bagi sujud, iaitu:

  1. Hendaklah ia sujud di atas tujuh anggota.
  2. Hendaklah dahinya terbuka.
  3. Meletakkan kepala sekira-kira dahi menempel (ada tekanan) pada tempat sujud.
  4. Tidak ada niat lain selain sujud.
  5. Tidak sujud diatas barang yang bergerak dengan pergerakannya.
  6. Kedudukan punggung lebih tinggi dari kepala.
  7. Thama’ninah.

Mengapa sujud perlu sempurna?

Sujud adalah salah satu rukun dalam solat. Ini bermakna, tanpa sujud maka tiada solat. Pensyariatan sujud telah dinyatakan dalam surah Al-Hajj, ayat 77:


يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱرۡكَعُواْ وَٱسۡجُدُواْۤ وَٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمۡ وَٱفۡعَلُواْ ٱلۡخَيۡرَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Cara sujud yang betul mengikut Rasulullah

cara sujud yang betul

Anggota sujud ada tujuh iaitu dahi, kedua telapak tangan, kedua lutut, dan jari-jari kedua kaki.

Ketika sujud hendaklah menempelkan ketujuh anggota tubuh ke tempat sujud, iaitu: kening (diikutkan dengannya hidung), kedua telapak tangan, kedua lutut dan jari-jari kedua kaki.

Adapun hidung, ada beberapa pendapat di kalangan ulama. Pendapat majoriti ulama menyatakan bahawa merapatkan hidung ke tanah saat sujud adalah sunnah dan tidak sama kedudukannya dengan kening, walaupun untuk sempurnanya adalah dia merapatkannya sebagaimana yang disebutkan di atas.

cara sujud yang betul
cara sujud yang betul

Justeru, dapat difahami bahawa, kebanyakan para ‘ulama mengatakan bahawa yang wajib dalam anggota sujud adalah dahi.

Manakala hidung pula merupakan anggota sujud yang sunat, tanpa dinafikan pandangan sebahagian ulama’ yang mengatakan kedua-duanya merupakan anggota sujud yang wajib.

Cara mengetahui sujud itu sah

Untuk menjadikan sujud kita itu sah, kita perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

Pertama: Menyentuh tempat sujud dengan dahi yang terdedah.

Kedua: Melakukan sujud dengan tujuh anggota badan. Bagaimanapun tidak wajib mendedahkan semua anggota tersebut kecuali dahi.

Ketiga: Bahagian anggota punggung hendaklah terangkat lebih tinggi seberapa yang boleh daripada kepala. Hal ini sebagai mengikut perbuatan Rasulullah SAW.

Keempat: Tidak sujud di atas pakaian yang dipakai yang bergerak mengikut pergerakannya.

Kelima: Tidak bertujuan yang lain selain daripada sujud. Contohnya kerana takut dan sebagainya.

Keenam: Menekankan dahi di tempat sujud sehingga sekiranya kapas atau seumpamanya yang diletakkan di bawah dahi tertindih dan meningggalkan kesan sujud yang jelas di atasnya.

Ketujuh: Tetap seketika semasa sujud sekurang-kurangnya sekadar sekali tasbih. Cara sujud yang lebih sempurna ialah dengan bertakbir ketika turun sujud, meletakkan dua lutut diikuti dua tangan kemudian dahi dan hidung.

Dua tangan terletak bertentangan dua bahu dengan jari-jari dilepaskan rapat ke arah kiblat. Jarakkan perut daripada dua peha, dan dua siku daripada lantai dan dua rusuk sambil bertasbih sebanyak tiga kali.

Kelebihan sujud dalam solat

cara sujud yang betul

Sujud dalam solat mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat. Berikut adalah beberapa kelebihan sujud dalam solat:

1. Mendekatkan diri kepada Allah

Sujud adalah bentuk penyembahan yang paling dalam dan paling dekat kepada Allah. Ketika sujud, seseorang menempatkan dahinya di tanah sebagai tanda kerendahan diri dan penghambaan kepada Allah.

Ia mengajar kita untuk merasai kehadiran Allah dengan sepenuh hati dan menjalin hubungan yang lebih erat dengan Nya.

2. Merasai ketenangan dan kesejahteraan

Sujud adalah posisi yang paling tenang dalam solat. Ketika kita meletakkan dahi, hidung, dua tapak tangan, lutut, dan kedua-dua tapak kaki di atas tanah, kita merasai kesejukan dan ketenangan.

Ia membantu mengurangkan tekanan dan ketegangan dalam tubuh dan memberikan ketenangan kepada jiwa.

3. Menguatkan hubungan spiritual

Sujud merupakan tanda ketaatan dan penghambaan kepada Allah. Dalam posisi sujud, kita merenungkan kebesaran Allah dan kelemahan diri kita sendiri.

Ia membantu kita untuk menghayati rasa kerdilan dan rasa kepatuhan kita kepada Nya.

Ini dapat menguatkan hubungan spiritual kita dengan Allah dan meningkatkan kesedaran akan kehadiran Nya dalam setiap aspek kehidupan kita.

4. Pembersihan diri daripada dosa

Sujud juga merupakan amalan pembersihan diri daripada dosa. Ketika kita sujud, kita memohon ampun dan memohon keampunan Allah.

Sujud adalah waktu di mana kita memperbaiki diri, meninggalkan kesalahan dan kekhilafan kita, dan berjanji untuk berubah menjadi lebih baik.

Ia adalah momen di mana kita dapat melepaskan diri dari beban dosa dan memulakan lembaran baru dengan hati yang bersih.

5. Menyihatkan tubuh badan

Sujud melibatkan gerakan-gerakan tertentu yang melibatkan hampir semua anggota badan, seperti otot-otot lengan, kaki, tulang belakang, dan leher.

Ia membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan keanjalan otot, dan menjaga kesihatan tulang belakang.

Sujud juga membantu melancarkan sistem pernafasan dan pencernaan.

6. Kelembutan hati

Sujud mengajar kita tentang rendah hati dan kesopanan. Ia mengajarkan kita untuk berhenti sejenak daripada kesibukan dan urusan dunia, dan menghadapkan diri kepada Allah dengan penuh kepatuhan dan kehambaan.

Ia membantu kita untuk mengembangkan sifat rendah hati, kasih sayang, dan pengampunan dalam hubungan dengan sesama manusia.

7. Penguatan iman dan ketabahan

Sujud adalah salah satu aspek utama solat yang membantu memperkuat iman dan ketabahan. Ia mengajar kita untuk sabar dan berharap kepada Allah dalam segala keadaan.

Ketika kita menghadapi kesulitan atau cabaran dalam hidup, sujud mengingatkan kita bahawa kita sentiasa bergantung kepada Allah dan bahawa Dia sentiasa ada untuk mendengar doa kita.

Secara keseluruhannya, sujud dalam solat mempunyai banyak kelebihan yang mencakup aspek spiritual, emosi, dan fizikal.

Ia membantu kita untuk memperkuatkan hubungan kita dengan Allah, membersihkan diri daripada dosa, dan mengembangkan sifat-sifat yang baik dalam diri kita.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Ke-110: Sifat Sujud Nabi SAW. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Sujud Dalam Solat. Mufti Terengganu
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.