Solat Sunat Isyraq: Niat & Cara Solat Sunat Isyraq
Solat Sunat Isyraq ini adalah merupakan sebagai sebuah tanda syukur kita kepada Allah S.W.T kerana menganugerahkan pada hamba-Nya sehari lagi mengecapi alam ini walaupun dalam hari-hari berlalu kita banyak melakukan dosa.
Antara kurniaan Allah pada hambaNya adalah diberikan kesempatan dan peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaNya untuk bertaubat dan merasai nikmat hidup yang dianugerahkan.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
” Sesiapa yang mengerjakan Solat subuh berjemaah, kemudian dia duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat sunat dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna.”
(Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu).
Apakah Maksud Solat Sunat Isyraq?
Syuruq (شروق) bermaksud matahari naik atau memancar. Isyraq (إشراق) pula bermakna kecerahan. Waktu syuruq bermula apabila naiknya matahari.
Solat Sunat Isyraq adalah solat sunat 2 rakaat yang didirikan setelah matahari terbit meninggi, yakni selepas waktu tahrim (waktu larangan untuk solat)
Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan pada hamba-Nya satu hari lagi kita untuk bertaubat dan merasai nikmat hidup yang dianugerahkan.
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya apabila telah selesai melaksanakan Solat Subuh berjemaah supaya duduk berzikir kepada Allah SWT sehinggalah matahari naik, kemudian mengerjakan solat sunat dua rakaat.
Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa pahala yang besar bagi sesiapa yang melaksanakan ibadah tersebut, Baginda SAW bersabda:
Maksudnya:
Sesiapa yang melakukan Solat subuh secara berjemaah kemudian dia duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia bersolat dua rakaat maka dia akan mendapat pahala seperti pahala mengerjakan haji dan umrah. Berkata Rasulullah SAW “Secara sempurna, sempurna, sempurna”
-Riwayat Tirmizi-
Waktu Solat Sunat Isyraq
Solat sunat Isyraq sesuai dilakukan adalah ketika matahari sudah terbit dan tingginya kira-kira segalah (3 meter), iaitu selepas waktu yang diharamkan solat.
Dalam perhitungan moden: adalah bersamaan dengan 1 jam 16 minit atau 1 jam 17 minit daripada bermulanya masuk waktu subuh.
Dalam erti kata lain, waktu solat ini adalah lebih kurang 16 atau 17 minit selepas masuknya syuruq (terbit matahari)
Waktu itu boleh dianggarkan bermula antara jam 7.15 pagi sehingga 7.30 pagi waktu Semenanjung Malaysia (waktu untuk Sabah dan Sarawak mungkin bermula lebih awal)
Tempoh solat ini adalah sangat singkat. (Lebih kurang 15 minit selepas syuruk sehingga masuk waktu Dhuha).
Jumlah Solat Sunat Isyraq
Bilangan rakaat ini adalah dua rakaat sahaja.
Niat Solat Sunat Isyraq
Sahaja aku solat sunat isyraq dua rakaat kerana Allah Taala
Cara Solat Sunat Isyraq
Kaedah melaksanakan solat sunat ini adalah sama sahaja seperti menunaikan solat-solat sunat dua rakaat yang lain dari segi cara dan tertibnya.
Doa Sebelum Mendirikan Solat Isyraq
Sebelum mendirikan Solat Sunat Isyraq, disunatkan untuk membaca doa ini terlebih dahulu:
Maksudnya:
“Segala puji bagi Allah yang telah memberikan hari ini kepada kami dan tidak membinasakan kami kerana dosa-dosa kami”
Berikut merupakan cara perlaksanaan solat sunat israq ini dengan lengkap.
Rakaat Pertama.
1.Di mulai dengan lafaz takbiratul ihram dengan menyebut ” Allahu Akbar” dan disertakan dengan niat di dalam hati.
Sahaja aku solat sunat isyraq dua rakaat kerana Allah Taala
2. Kemudian, membaca doa iftitah.
3. Kemudian, membaca surah Al-fatihah
4. Kemudian, membaca mana-mana surah (dicadangkan membaca surah al-Kafirun, al-A’la atau surah-surah lain daripada al-Quran
5. Kemudian, rukuk dan sujud seperti biasa sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat Kedua
6. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (iaitu takbir permulaan rakaat kedua).
7. Membaca surah Al-Fatihah.
8. Kemudian, membaca mana-mana surah (dicadangkan membaca surah al-Ikhlas atau al-Fil mahupun apa-apa surah lain).
9. Kemudian, rukuk dan sujud seperti biasa sehingga selesai rakaat kedua.
10.Memberi salam.
Doa selepas Solat Israq
Berikut adalah antara doa yang boleh dibacakan selepas selesai Solat Sunat Isyraq.
Maksudnya:
Segala puji kembali pada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan daripadaku keburukan hari ini. Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu terus-menerus dengan rahmatMu, Ya Tuhan Yang Maha Pengasih.
Fadhilat Dan Kelebihan Solat Sunat Isyraq
Pahala mengerjakan solat sunat isyrak adalah seperti pahala mengerjakan haji dan umrah.
Selain itu, daripada Anas bin Malik r.a. meriwayatkan dengan katanya: Telah bersabda oleh Rasulullah saw:
“Sesiapa yang menunaikan solat subuh secara berjemaah, setelah itu dia duduk sebentar sambil berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat sunat dua rakaat, baginya pahala seperti pahala haji dan umrah, Dengan sempurna, Dengan Sempurna.
– Hadis riwayat al-Tirmizi-
Berkata At-Thiibi:
Maksudnya:
“Kemudian ia mengerjakan solat selepas naik matahari kadar segalah sehingga keluar waktu makruh. Solat ini dinamakan solat isyrak dan ialah awal bagi Dhuha.” (Kitab Mir’atul Mafatih)
Menurut sebahagian ulamak solat isyrak ini ialah juga dinamakan solat dhuha.
Maka atas ini samada namanya solat isyrak atau dhuha maka fadhilat dan pahalanya ialah sebagaimana telah tersebut pada hadith Anas r.a. di atas.
Kesimpulan
Solat Sunat ini adalah merupakan ibadah sunnah yang memberikan pahala besar, membersihkan hati, memulai hari dengan penuh semangat, serta mendekatkan diri kepada Allah, mendapatkan berkah, dan meningkatkan hubungan spiritual.
Sumber:
- Al Kafi #1255: Waktu Sebenar Solat Sunat Isyraq (Edisi Kemaskini. Mufti Wilayah Persekutuan.