Cara Berdoa Dengan Betul, Formula Mujarab Agar Doa Termakbul

Setiap kali kita berdoa, kita berharap doa tersebut termakbul tetapi kita sebenarnya tidak tahu cara berdoa dengan betul.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara berdoa dengan betul.

Baca juga:

Cara berdoa dengan betul dan berkesan

Pada artikel yang lalu, kami berkongsi berkenaan dengan adab berdoa dalam Islam untuk memperoleh keberkatan dalam doa tersebut.

Kali ini, kita akan pelajari langkah seterusnya tentang cara berdoa dengan betul. Berikut adalah formula-formula yang boleh anda lakukan.

Formula 1: Berilah kekuatan atau dilapangkan kesulitan

cara berdoa dengan betul

Kita sering berdoa, “Ya Allah berikanlah aku kekuatan.”

Tanpa kita perasan, jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa menguji tahap kekuatan kita.

Sebaiknya, berdoa seperti ini:

”Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku.”

Formula 2: Berilah atau kurniakanlah

Kemudian, apabila mahu memohon sesuatu kepada Allah, elakkan dari berdoa seperti ini:

“Ya Allah berilah aku..”

Yang terbaik, berdoalah seperti ini:

“Ya Allah kurniakanlah aku..”

Hal ini kerana, apabila kita sebut “beri”, maka pada bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil kembali nikmat trsebut.

Berbeza jika kita sebut “kurnia”, maka Allah akan sentiasa memberi kurniaan Nya pada kita bila-bila masa. Insha Allah.

Formula 3: Dimurahkan rezeki atau dilimpah rezeki

Selain itu, kita pun sering dengarkan orang berdoa sebegini:

“Semoga dimurahkan rezeki.”

Selepas ini, latihkan baca doa tersebut begini pula:

“Semoga dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan berkat.”

Jelas ketara antara dua doa ini. Pentingnya kita mempraktikkan cara berdoa dengan betul agar Allah dengar dan yakin untuk memakbulkan doa kita.

Formula 4: Perkataan tambahkanlah

Satu lagi perkataan selain “dilimpahkan”, boleh juga guna perkataan “tambahkanlah”.

Dan ini doa yang boleh kita amalkan bersama setiap kali dalam sujud terakhir kita.

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Formula 5: Cara mengaminkan doa

Sebelum ini, kita selalu mengaminkan doa dengan cara seperti ini:

“Amin Ya Rabbal Al-Amin.”

Jadi cara yang lebih baik untuk kita amalkan bersama-sama adalah:

“Amin Ya Allah Ya Mujib”.

Maksud Ya Mujib adalah memakbulkan. Jika kita benar bersungguh-sungguh ingin Allah memakbulkan doa kita, maka sebutlah dengan penuh yakin Ya Mujib.

Formula 6: Berdoa untuk orang lain

cara berdoa dengan betul

Di samping itu, dalam kita sibuk mendoakan akan diri sendiri jangan lupa juga untuk mendoakan untuk orang lain.

Contohnya berdoa kepada ibu bapa, sanak saudara, rakan-rakan, guru-guru, dan sebagainya.

Kita digalakakn untuk berdoa kepada orang lain kerana, Rasulullah SAW menyebutkan bahawa orang yang mendoakan kebaikan kepada saudara Muslim yang lain tanpa pengetahuannya, dia juga akan mendapat doa Malaikat:

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Daripada Abi Dardaa RA, Rasulullah SAW bersabda:

‘Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: ‘Dan bagimu kebaikan yang sama.” – (Hadis Riwayat Muslim, No: 4912)

Antara contoh doa yang boleh anda baca adalah seperti berikut:

“Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan Ya Allah.. bantu lah dia Ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya Ya Allah..’

Formula 7: Berdoa ketika bersedekah

cara berdoa dengan betul

Bersedekah pun ada doa-doanya yang boleh kita baca tau. Mungkin sebelum ini, kita bersedekah dan terus berlalu pergi macam itu sahaja tanpa berdoa.

Sesetengah dari kita pun ada yang berdoa tetapi mereka terlalu mengharapkan Allah bagi rezeki cepat-cepat padanya.

Insha Allah lepas ini, cuba betulkan niat kenapa kita hendak sedekah dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah,

“Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku yang membuka segala pintu rezeki yang tidak pernah ku duga.”

Formula 8: Doa orang yang sibuk berniaga

Doa di bawah ini adalah khusus untuk orang yang sibuk berniaga siang malam, solat pun kadang hujung waktu dan lebih sedih lagi sampai tidak ada masa bersama keluarga.

“Ya Allah ilhamkanlah kami dengan perniagaan ini dapat membawa kami dekat denganMu, yang membuatkan kami banyak masa untuk beribadat denganMu.

Banyak masa bersama suami/isteri, anak-anak kami serta ahli keluarga kami. Ya Rabb, kurniakanlah kami jutawan Islam yang kembali menegakkan ekonomi Islam.

Dan Engkau kurniakanlah kami hamba-hambaMu yang menyebarkan dakwah dalam berniaga.”

Formula 9: Doa untuk memperoleh zuriat

Bagi anda di luar sana yang masih menanti kehadiran cahaya mata dan setiap hari berdoa untuk diberikan rezeki tersebut.

Selalukan kita berdoa seperti ini:

“Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.”

Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.

Tanpa sedar, kita selama ini hanya meminta kepada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tidak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai.

Sebaiknya, cubalah tukar cara anda berdoa seperti berikut:

“Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diri Mu maka makbulkan Ya Allah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku Ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku Ya Allah..

Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. ” Amin Ya Mujib.

Jelasnya, bila mana kita meletakkan matlamat dan objektif dalam doa tersebut, maka fokus tidak akan terarah kepada nikmat semata-mata.

Ini sekaligus memberi keikhlasan yang lebih menyeluruh kepada hubungan kita kepada Allah SWT.

Formula 10: Menzahirkan kesyukuran sebelum mohon permintaan

Setiap hari, bermacam-macam doa kita lantunkan kepada Allah. Hingga tanpa sedar kita terlupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah beri.

Kita lupa untuk bersyukur dengan rezeki yang sudah ada di hadapan kita.

Jadinya, bersyukurlah dulu atas apa yang Allah sudah beri, maka insha Allah Allah akan tambahkan lagi nikmat yang lain.

Doa yang boleh anda praktikkan adalah seperti berikut:

“Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku Ya Allah.”

Kesimpulannya, doa adalah senjata utama bagi setiap umat Islam yang benar akan imannya.

Dengan berdoa, kita sebenarnya mengeratkan lagi hubungan kita dengan Allah SWT Yang Maha Esa.

Diharapkan perkongsian kami ini berkenaan dengan cara berdoa dengan betul dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Nur Aliah Mohd Nor. Facebook
  2. Soal Jawab Adab-Adab Berdoa. Kapten Hafiz Firdaus. Santai Ilmu Publication
  3. Al-Kafi #1015: Bagaimana Mendapatkan Doa Mustajab. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.