Solat Gerhana Matahari Lengkap Dalam Rumi (Bergambar)

Bagaimanakah cara solat gerhana matahari dengan betul dan tepat?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda panduan melaksanakan solat gerhana matahari untuk anda jadikan panduan apabila terjadinya fenomena ini.

Apa itu gerhana matahari hibrid?

solat gerhana matahari

Gerhana matahari disebut dalam Bahasa Arab sebagai al-Kusuuf. Fenomena alam yang berlaku ini terjadi apabila cahaya matahari dilindungi oleh bulan.

Secara umumnya, bayang bulan ini akan terbahagi kepada dua iaitu umbra dan penumbra. Bagi kawasan yang terdedah kepada umbra, ia akan mengalami gerhana penuh (total eclipse).

Sedangkan kawasan yang terdedah kepada penumbra pula, ia akan mengalami gerhana separa (partial eclipse).

Bagi jenis gerhana matahari yang akan berlaku pada 20 April 2023 adalah dipanggil sebagai Gerhana Matahari Hibrid yang sangat jarang berlaku.

Ia dianggar berlaku hanya sekali sahaja setiap dekat di mana kedua-dua jarak bulan dan matahari ke Bumi perlu berada pada kedudukan tertentu untuk fenomena ini berlaku.

Untuk rekod, Gerhana Matahari Hibrid ini akan berlaku 7 kali pada abad-21 ini iaitu pada tahun 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067. 

Ia dikenali sebagai “hibrid” disebabkan ia melibatkan ketiga-tiga kawasan bayang-bayang bulan iaitu umbra, penumbra dan antumbra.

Ke semua bayang ini akan menggabungkan ketiga-tiga jenis gerhana matahari iaitu, Gerhana Matahari Penuh, Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Separa sepanjang laluan tengah gerhana.

Hukum solat sunat gerhana

Hukum melakukan solat gerhana sama ada gerhana matahari atau gerhana bulan adalah sunat muakkad yang bermaksud sunat yang sangat dituntut mengerjakannya dan sangat besar pula pahalanya.

Firman Allah Taala:

وَمِنْ آَيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya: "Dan setengah daripada tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian malam dan siang dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sekelian sujud kepada matahari dan jangan kepada bulan dan tetapi sujudlah kamu sekelian kepada Allah yang menjadikan sekeliannya jika ada kamu itu hanya beribadah kepada Nya." - (Surah Fushilat, ayat 37)

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَافْزَعُوا لِلصَّلاَةِ

Maksudnya: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu adalah dua tanda dari segala tanda kekuasaan Allah. Tidaklah keduanya gerhana sebab kematian seseorang dan tidak pula kerana lahirnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersegeralah kamu kepada solat." - (Hadis Riwayat Muslim)

Perintah untuk mengerjakan solat sunat gerhana

Pensyariatan solat sunat gerhana berlaku pada tahun kedua selepas hijrah yang mana bertepatan ketika meninggalnya Ibrahim, putera Rasulullah SAW.

Pada zaman jahiliyyah itu, gerhana matahari sangat sinonim dikaitkan dengan pelbagai kepercayaan kurafat yang menyimpang jauh dari akidah umat Islam.

Justeru itu, pensyariatan mengerjakan solat sunat gerhana ini selain dari firman Allah dalam surah Fussilat, ayat 37, kita boleh lihat juga pada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah mencari perlindungan dengan mengingati Allah, berdoa kepada Nya dan memohon keampunan Nya.” – (Hadis Riwayat Muslim, No. 912)

Bilakah solat gerhana perlu di dirikan?

Waktu solat gerhana matahari bermula apabila permulaan berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu.

Jadual berlaku gerhana matahari 2023 mengikut Negeri

solat gerhana matahari

Cara mengerjakan solat gerhana matahari

Solat sunat ini dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Boleh dilakukan secara bersendirian dan lebih afdal berjemaah.

Ia dilakukan sebanyak dua kali rukuk dan 2 kali qiyam. Dan pada tiap-tiap satu rakaat, setiap bacaan adalah lebih pendek.

Rakaat pertama

1. Berdiri tengak menghadap kiblat kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab seperti ini.

niat-solat-gerhana-matahari-sq

Usolli sunnatal kusuu fi rak’ataini lillahi taala 

"Sahaja aku solat sunat Gerhana Matahari dua rakaat kerana Allah Taala."

2. Takbiratul ihram dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menyebut:

الله أكبر

Allahuakbar

Maksudnya: Allah Maha Besar

3.  Membaca doa iftitah

Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin.

4. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrahmanirrahim. Maliki yaumiddin. Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in. Ihdinas sirotol mustaqim. Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

5. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan.

6. Rukuk dengan membaca tasbih 100 kali

Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih. (diulang sebanyak 100 kali)

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji

Dalam keadaan ini kedudukan kedua-dua belah tangan mestilah diletakkan di atas kedua-dua belah lutut kaki.

7.  I’tidal serta membaca Al-Fatihah dan mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan.

8. Rukuk dengan membaca tasbih 100 kali

Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih. (diulang sebanyak 100 kali)

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji

9. I’tidal sambil melafazkan bacaan ini:

Sami’allahu liman hamidahu robbana lakalhamdu

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian

10. Sujud sambil bertakbir dengan lafaz ini

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih (diulang sebanyak 100 kali)

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya

11. Bacaan duduk antara dua sujud

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni 

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku

Sunat dipanjang tempohnya ketika duduk antara dua sujud ini.

12 Sujud kembali dan membaca tasbih sebanyak 90 kali.

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih (diulang sebanyak 100 kali)

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya

13. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua. Caranya sama sahaja, hanya sahaja bilangan tasbih pada rukuk ketiga dan keempat pada rakaat kedua dibaca sebanyak 70 kali.

Manakala bilangan tasbih pada sujud ketiga rakaat kedua adalah 70 kali dan sujud keempat adalah 50 kali sahaja.

14. Membaca tahiyat akhir

15. Memberikan salam

Selepas selesai solat sunat berjemaah ini, khutbah gerhana akan dibaca.

Daripada Aisyah RA katanya :

إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا فَرَغَ مِنَ الصَّلاَةِ قَامَ وَخَطَبَ النَّاسَ

Maksudnya: “Sungguhnya Nabi SAW ketika selesai dari solat gerhana maka berdiri baginda dan membaca khutbah kepada orang ramai.” – (Hadis Riwayat Bukhari)

Sebaliknya jika dikerjakan seorang diri maka hendaklah berdoa selepas selesai dari solat.

Penutup

Kesimpulannya, agama Islam menggalakkan umatnya untuk melaksanakan solat sunat gerhana apabila berlakunya gerhana bulan atau matahari.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai solat gerhana matahari dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk rujukan bersama.

Sumber:

  1. Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  2. Gerhana Matahari. Fiziklah
  3. Bayan Linnas Siri Ke-52: Fenomena Gerhana Matahari. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.