12 Amalan Hari Jumaat Yang Rugi Kalau Tidak Diamalkan
Ada tujuh hari kesemuanya dalam seminggu. Mengikut kalender masihi hari kelima setiap minggu adalah hari Jumaat. Dalam agama Islam, hari Jumaat digelar sebagai penghulu bagi segala hari dan pada hari itu juga terkumpul pahala yang begitu besar dengan melaksanakan amalan sunatnya. Apakah amalan hari Jumaat yang boleh kita lakukan?
Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda amalan hari Jumaat yang boleh dilakukan anda dengan mudah.
Checklist amalan hari Jumaat kita:
Berikut adalah senarai amalan hari Jumaat yang boleh kita jadikan panduan untuk menyambut kedatang Saiyyidul Ayyam dengan penuh keberkahan dan kebaikan.
1. Mandi sunat hari Jumaat
Kita disunatkan untuk mandi hari Jumaat sebelum mendirikan solat Jumaat sunggupun pada ketika itu kita tidak diwajbkan untuk melaksanakannya contohnya seperti seorang yang sedang bermusafir, perempuan dan kanak-kanak.
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
الْغُسْلُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ
Maksudnya: “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.” – (Hadis Riwayat Muslim, 846)
2. Berpakaian kemas
Islam sangat menuntut umatnya untuk menjaga kebersihan dan kekemasan diri mahupun persekitaran. Bahkan sikap suka menjaga kebersihan adalah sangat disukai oleh Allah SWT dan RasulNya merangkumi bersih rohani dan jasmani.
Berpakaian kemas tidak semestinya berpakaian baru. Tetapi cukup sekadar ianya bersih dan tampak selesa pada tubuh bila dipakai.
3. Datang awal ke masjid
Rasulullah bersabda di dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim:
“Pada hari jum’ah, para malaikat berdiri di pintu masuk masjid itu di mana solat jum’ah hendak didirikan. Mereka menuliskan nama orang yang memasuki masjid terlebih dahulu, dan selepas itu nama orang yang selepas itu pula (begitulah seterusnya), dan mereka terus melakukan ini.
Orang yang masuk pertama akan mendapat pahala mengorbankan seekor unta di jalan Allah, orang yang mengikutinya akan mendapat pahala mengorbankan seekor lembu, selepas itu seekor ayam, setelah itu pahala pemberian telur sebagai amal di jalan Allah.
Ketika khatib mula nak beri khutbah, para malaikat menggulungkan catatannya dan (duduk) mula mendengar khutbah.”
4. Membaca surah Al-Kahfi
Amalan hari Jumaat yang seterusnya adalah membaca surah Al-Kahfi. Ia boleh dilakukan pada malam Jumaat dan hari Jumaat.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.” – (Hadis Riwayat al- Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)
Surah yang mempunyai 110 ayat ini banyak menceritakan tentang beberapa kisah pengajaran seperti kisah Asbabul Kahfi, Dzulqarnaniin dengan Yajuj dan Majuj, dan sebagainya.
5. Memperbanyakkan berdoa
Berdoa walau dimana sahaja tidaklah terikat sebagai amalan hari Jumaat semata-mata. Namun kita berdoa kerana kita adalah hamba Allah Yang Maha Esa.
Kita hamba yang banyak kelemahan dan hanya kepada Allah sahaja tempat kita memohon segalanya. Allah sangat menyukai hamba Nya yang berdoa walau untuk perkara-perkara atau aduan yang kecil.
Semakin banyak seseorang itu berdoa, maka semakin dekat kedudukan dia di sisi Allah SWT.
6. Bersedekah walau sedikit
Allah SWT juga akan melipat gandakan ganjaran bagi orang yang bersedekah sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” – (Surah Al-Baqarah: 261)
7. Berkata yang baik-baik
Apa yang keluar dari bibir kita semuanya akan masuk dalam perkiraan dosa atau pahala yang ditimbang amalnya oleh Allah.
Lantaran itu berkata-katalah yang baik. Atau diam sahaja sekiranya tidak ada yang mahu diperkatakan untuk elak kita dari mengeluarkan kata-kata yang tidak baik dan menyakiti hati perasaan orang lain.
8. Memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW
Perintah untuk berselawat bukanlah hanya digalakkan ketika hari Jumaat sahaja. Tetapi untuk hari-hari lain juga kita amat diminta untuk berselawat.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali).” – (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Selawat yang kita baca juga akan dibentangkan di hadapan Nabi Muhammad pada setiap hari Jumaat. Rasulullah SAW bersabda:
“Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam syurga).”
Hadis Riwayat Al-Baihaqi
9. Melazimkan diri beristighfar
Dengan beristighfar kita dapat menghapuskan dosa kecil dan besar yang kita buat. Sungguh sebagai hamba dimuka bumi ini tidak akan pernah kita lari dari melakukan dosa.
Istighfar bermaksud kita menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa dan kesilapan yang dilakukan. Allah Maha Pengampun semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.
10. Mendirikan solat Jumaat
Lekaki Islam yang cukup syaratnya adalah wajib untuk menunaikan solat Jumaat kecuali apabila terdapat keuzuran yang dibenarkan oleh syarak. Solat jumaat adalah solat dua rakaat pada hari Jumaat yang difardhukan ke atas umat Islam.
Rasulullah SAW bersabda;
“Barangsiapa yang mandi seperti mandi janabah (mandi daripada hadas besar) pada hari jumaat, kemudian ia pergi ke masjid pada waktu yang pertama, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor unta.
Siapa yang pergi ke masjid pada waktu kedua, maka pahalanya seperti berkorban seekor lembu. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang ketiga, maka pahalanya seperti berkorban seekor kambing. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang keempat, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor ayam.
Siapa yang tiba di masjid pada waktu yang kelima, maka pahalanya seperti berkorban sebiji telur. Apabila imam telah keluar, para malaikat hadir untuk mendengarkan khutbah (dan tidak ada lagi yang mencatat setelah itu).” – (Hadis Riwayat Muslim No: 1403)
11. Memakai wangi-wangian
Berwangi-wangian bagi yang lelaki adalah digalakkan khususnya ketika kita mahu pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Diriwayatkan dari RA, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: ““Wangian lelaki adalah apa yang nyata baunya dan tersembunyi warnanya, (manakala) wangian perempuan itu pula adalah yang nyata warnanya dan tersembunyi baunya.” – (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
12. Memotong kuku
Terakhir, amalan hari Jumaat lain yang mudah untuk kita amalkan adalah memotong kuku.
Sungguhpun tiada satu pun hadis yang sahih daripada Nabi SAW yang menerangkan tentang tatacara dan penetapan hari-hari tententu untuk memotong kuku tetapi terdapat beberapa riwayat daripada para sahabat dan tabi’in yang menunjukkan mereka memiliki kebiasaan memotong kuku pada hari Jumaat.
Imam Nawawi menyatakan: “Imam Syafie dan para ulama Mazhab Syafi’iyyah menegaskan, dianjurkan memotong kuku dan mencukur rambut-rambut di badan (kumis dan bulu kemaluan) pada hari Jumaat.” (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab, 1:287)
Diharapkan artikel mengenai amalan hari Jumaat dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk sama-sama kita amalkan.
Sumber:
- Antara Amalan Sunnah Di Hari Jumaat. Portal myHadith
- 10+ Hadiths About Friday. About Is Islam
- Irsyad Al-Hadith Siri Ke-126: Waktu Mustajab Pada Hari Jumaat. Mufti Wilayah Persekutuan
- Keistimewaan Hari & Malam Jumaat. Berita Harian