Doa Hari Lahir Untuk Tersayang Dengan Makna Yang Baik

Apakah doa hari lahir yang mempunyai maksud yang baik dan boleh diucapkan menjelang tiba hari lahir?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa hari lahir ketika menyambut ulang tahun kelahiran.

Baca juga:

Sambutan hari lahir dari perspektif Islam

Ada hari dalam setahun memberi makna yang sangat penting bagi diri setiap orang.

Hari tersebut dinamakan hari ulang tahun kelahiran iaitu tarikh kita memperingati hari kelahiran.

Sebagai Muslim, hukum menyambut ulang tahun kelahiran adalah harus, tetapi ia mestilah mengikuti beberapa garis panduan.

Contohnya seperti tidak diiktikadkan sambutan tersebut sebagai pegangan Islam atau sunah mahupun digalakkan.

Himpunan doa hari lahir dengan maksudnya

Berikut ini adalah beberapa doa hari lahir yang boleh anda baca dan amalkan setiap kali tiba ulang tahun kelahiran.

Doa 1: Ucapan menyambut hari Jadi

براك الله في عمرك

Barakallah Fii Umrik 

Maksudnya: "Semoga Allah memberkati usiamu."

Doa 2: Mohon Umur Panjang dan Mendapat Keberkahan

اَللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمُورَنَا وَصَحِّحْ أَجْسَادَنَا وَنَوِّرْ قُلُوْبَنَا وَثَبِّتْ إِيْمَانَنَا وَأَحْسِنْ أَعْمَالَنَا وَوَسِّعْ أَرْزَقَنَا وَإِلَى الخَيْرِ قَرِّبْنَا وَعَنِ الشَّرِّ اَبْعِدْنَا وَاقْضِ حَوَائِجَنَا فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالۤاخِرَةِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ

Allahumma thawal’umurana washah ajsadana wanawir qulubana watsabit imanana wa ahsan u’malana wawasi’ arzaqana.

Wa ilalkhoiri qarabna wa’anisy syahri ab’idna waqdhi khawaijana fid daini wad dunnya wal akhirat innaka ‘ala kuli syai’in qadir

Maksudnya: “Ya Allah, panjangkanlah umur kami, sihatkanlah jasad kami, terangilah hati kami.

Tetapkanlah iman kami, baikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami.”

“Dekatkanlah kami pada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, kabulkanlah segala keperluan kami dalam agama, dunia, dan akhirat. 

Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Doa 3: Mohon Keselamatan dan Kesejahteraan

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ

Allahumma innaa nas-aluka salaamatan fiddiini wa’aafiyatan fil jasadi wa ziyaadatan fil ‘ilmi wa barakatan firrizqi.

Wa taubatan qiblal mauti wa rahmatan ‘indal mauti wa maghfiratan ba’dal maut.

Maksudnya: “Ya Allah kami memohon kepada-Mu keselamatan dalam agama, dan kesegaran atau kesejahteraan pada tubuh dan penambahan ilmu.

Dan keberkahan rezeki, serta taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati, dan ampunan sesudah mati.”
doa hari lahir

Doa 4: Mohon Dipanjangkan Umur

للّٰهُمَّ طَوِّلْ عُمْرِىْ لِطَاعَتِكَ

Allaahumma thawwil ‘umrii lithaa ‘atika

Maksudnya: "Ya Allah, panjangkanlah umurku untuk berbakti Kepada-Mu."

Doa 5: Mohon Kemuliaan

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa wa dzurriyyaatinaa qurrota a’yuni waj ‘alnaa lilmuttaqiina imaama.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, Anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan anak cucu kami sebagai penyenang hati kami.

Dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Doa 6: Mohon Rezeki Yang Halal

اَللهُمَّ اِنِّىْ اَسْأَلُكَ اَنْ تَرْزُقَنِىْ رِزْقًا حَلاَلاً وَاسِعًا طَيِّبًا مِنْ غَيْرِ تَعَبٍ وَلاَمَشَقَّةٍ وَلاَضَيْرٍ وَلاَنَصَبٍ اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ

Alloohumma innii as-aluka an tarzuqonii rizqon halaalan waasi’an thoyyiban min ghoiri ta’abin wa laa masyaqqotin wa laa dhoirin innaka ‘alaa kulli syai-in qodiir.

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu untuk mengurniakan rezeki kepadaku dalam bentuk rezeki yang halal, luas dan tidak menyakitkan.

 Tanpa beban, tanpa mudarat dan tanpa kelesuan dalam mendapatkannya. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”

Doa 7: Mohon Anak Yang Soleh Solehah

رَبِّ هَبْلِيْ مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاءِ

Rabbi habli min ladunya dzurriyatan thaiyyibatan innaka sami’ud du’a’i.

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami berikan kepada kami anak-anak yang soleh dan solehah kerana hanya kamulah yang mendengar setiap doa.”

Doa 8: Ucapan Hari Lahir Keluarga dan Kerabat

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa wa dzurriyyaatinaa qurrota a’yuni waj ‘alnaa lilmuttaqiina imaama.

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, Anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan anak cucu kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan doa hari lahir dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan untuk dijarikan amalan.

Sumber:

  1. Hukum Menyambut Hari Lahir dan Ulang Tahun Perkahwinan. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Sambut Hari Lahir, Ini Perspektif Islam. Sinar Islam Plus
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.