Doa Nabi Musa Yang Tercatat Dalam Al-Quran
Apakah doa Nabi Musa yang boleh membantu memudahkan urusan seharian anda?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa Nabi Musa AS yang boleh anda jadikan panduan bersama.
Baca juga:
Siapa Nabi Musa AS?
Nabi Musa AS adalah salah seorang Nabi dan Rasul yang wajib umat Islam ketahui.
Kisah riwayat hidup Nabi Musa AS ada diceritakan dalam Al-Quran.
Contohnya kisah beliau ketika dilahirkan, diselamatkan oleh isteri Firaun, mencabar dan melawan Firaun, dan mukjizat-mukjizat besar yang berlaku.
1. Doa dipermudahkan urusan
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Robbish rohlii shodrii, wa yassirlii amrii, wahlul u’qdatam mil lisaani yafqohu qoulii
"Ya Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkan bagiku segala urusanku dan lancarkanlah lidahku, supaya mereka memahami kata-kataku." - (Surah Taha: ayat 25-28)
2. Doa memohon keampunan
رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُ ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Robbi innii zholamtu nafsii faghfir lii fa ghofaro lah, innahuu huwal-ghofuurur-rohiim
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri; oleh itu ampunkanlah dosaku." (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya, sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - (Surah Al-Qasas: ayat 16)
3. Doa agar terhindar dari fitnah
فَقَالُوا۟ عَلَى ٱللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ ٱلظَّٰلِمِينَ (85) وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ(86)
Fa qooluu álallohi tawakkalnaa, robbanaa laa taj-álnaa fitnatal lil-qoumizh-zhoolomiin. Wa najjinaa birohmatika minal-qoumil-kaafiriin
Lalu mereka berkata: “Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim. (85) “Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari kaum yang kafir”. (86) (Surah Yunus: ayat 85 & 86)
4. Doa memohon kebaikan
رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
Robbi innii limaaa angzalta ilayya min khoirin faqiir
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan." - (Surah Al-Qasas: ayat 24)
5. Doa memohon petunjuk dalam hidup
رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ // ..عَسَىٰ رَبِّي أَنْ يَهْدِيَنِي سَوَاءَ السَّبِيلِ
Robbi najjinii minal-qoumizh-zhoolimin // ..A’saa robbiii ay yahdiyanii sawaaa as-sabiil
“Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim “. (21) ..”Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku,”. (22) - (Surah Al-Qasas: ayat 21 & 22)
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan doa Nabi Musa dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
Sumber:
- Al-Quran dan Terjemahannya
- Irsyad Al-Hadith Siri Ke-299: Allah Selamatkan Nabi Musa AS dan Tenggelamkan Firaun Pada Hai Asyura. Mufti Wilayah Persekutuan