Doa Nabi Ibrahim Yang Tercatat Dalam Al-Quran

Apakah doa Nabi Ibrahim yang boleh membantu memudahkan urusan seharian anda?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa Nabi Ibrahim AS yang boleh anda jadikan panduan bersama.

Baca juga:

Siapa Nabi Ibrahim AS?

Nabi Ibrahim AS adalah salah seorang Nabi dan Rasul yang wajib umat Islam ketahui.

Kisah riwayat hidup Nabi Ibrahim AS ada diceritakan dalam Al-Quran.

Contohnya kisah beliau dijilat api, kisah penyembelihan anakanda beliau, Nabi Ismail AS, terbinanya Mekah dan pensyariatan ibadah Haji, dan kisah dakwah beliau sehingga memecahkan patung berhala di Babylon.

1. Doa diberi rezeki dan keselamatan

رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُمْ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ

 Rabbij’al hadza baladan aminan warzuq ahlahu minatsamarati man amana minhum billahi wal yauwmil akhiri

“Ya Tuhanku jadikanlah negeri Mekkah ini negeri yang aman dan berilah rezeki berupa buah-buahan kepada penduduknya iaitu di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari kemudian.” (Surah al- Baqarah: ayat 126)

2. Doa dikurniakan zuriat dan keluarga yang soleh


رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ ﴿٤٠﴾ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ

Rabbij’alnii muqiimasholaati wamin dzurriyyatii rabba wataqabbal du’aai (40) Rabbanaghfirlii waliwaa lidayyaa walilmukminiina yauma yaqumul hisab (41)

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunankanku. 

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! 

Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”. (Surah Ibrahim: ayat 40-41)

3. Doa diberi ilmu pengetahuan

رَبِّ هَبْ لِى حُكْمًا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ ﴿٨٣﴾ وَٱجْعَل لِّى لِسَانَ صِدْقٍ فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ ﴿٨٤﴾ وَٱجْعَلْنِى مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ ﴿٨٥﴾ وَٱغْفِرْ لِأَبِىٓ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ ﴿٨٦﴾ وَلَا تُخْزِنِى يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Rabbi hablii hukman waalhiqnii bisshalihin (83) Waj’allii lisana shidqin filaakhirin (84) waj’alnii min warasati jannatinna’im (85) waghfir li abii innahu kaana minadhollin (86) walaa tukhzinii yauma yub’asun (87)

“Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; 

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; 

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat; 

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula.” (Surah Asy-Syua’ra’: ayat 83-87)

4. Doa agar diterima segala amal

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

 Rabbana taqabbal minna innaka ‘antas sami’ul ‘alim

 “Ya Tuhan kami terimalah amal dari kami sungguh Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127)

5. Doa untuk menghilangkan gelisah


 اَلَّذِيْنَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ اِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوْا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ اِيْمَانًاۖ وَّقَالُوْا حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ

Allaziina qaala lahumun-naasu innan-naasa qad jama’ụ lakum fakhsyauhum fa zaadahum īmaanaw wa qaalụ ḥasbunallaahu wa ni’mal-wakiil

Orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya, ‘Orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, 

kerana itu takutlah kepada mereka,’ ternyata (ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka dan mereka menjawab, 

‘Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.’ (Surah Ali Imran: ayat 173)

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan doa Nabi Ibrahim dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Sumber:

  1. Al-Quran dan Terjemahannya
  2. Biodata Nabi Ibrahim AS. My Ilmu Pelita
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.