Doa Taubat Dalam Teks Rumi & Terjemahannya
Doa taubat adalah salah satu doa yang sangat penting dalam Islam. Setiap manusia pasti sering melakukan kesalahan atau dosa. Doa taubat dapat membantu seseorang itu untuk membersihkan diri dari dosa dan memohon keampunan serta meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.
Doa merupakan salah satu bentuk satu tanda kerendahan seorang hamba terhadap penciptanya Allah S.W.T. Dengan membaca juga, adalah merupakan salah satu cara yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada umatnya untuk memohon keampunan dan keredhaan daripada Allah.
Berdoalah mengikut luahan hati mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah.
Artikel pada kali ini akan mengkongsikan kepada anda mengenai salah satu doa yang sangat digalakkan untuk dibaca selepas melaksanakan solat sunat taubat.
Doa Taubat
Doa taubat adalah doa yang penuh mengharapkan keampunan dari dosa dan kesalahan yang pernah dilakukannya. Doa ini biasa diucapkan oleh seseorang yang telah melakukan dosa dan segera untuk memohon keampunan kepada Allah S.W.T dan berjanji serta berusaha tidak mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang.
Bertaubat daripada dosa hukumnya adalah wajib Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Maksudnya:
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
-Surah al-Nur: 31-
Doa ini juga boleh dibaca terus jika anda tidak dapat melakukan solat, seperti sedang haid atau lain-lain keuzuran
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
Selepas selesai berdoa dengan membaca doa taubat, maka lakukan sujud dengan membaca Sayyidul Istighfar:
Sayyidul Istighfar
Maksudnya:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.
Kepentingan Solat Taubat Dalam Kehidupan.
Solat taubat. Ia adalah salah satu bentuk ibadah yang sangat penting dalam kehidupan seseorang muslim. Tujuan Solat Sunat Taubat ini dilakukan adalah untuk memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang kehidupannya serta untuk memperbaiki diri dan meningkatkan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T.
Barang sesiapa bertaubat kepada Allah S.W.T dengan taubat nasuha dapat baginya ganjaran dan kelebihan kepadanya.
Sumber:
- Irsyad Al-Fatwa #251 : Taubat Berulang Kali. Mufti Wilayah Persekutuan.
- Solat Sunat Taubat: Niat,Cara,Panduan Berserta Doa Solat Taubat. portalsemakan.com