7 Doa Elak Maksiat dan Dosa Berpanjangan Ketika Hidup
Setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Justeru, apakah doa elak maksiat yang boleh kita baca dan amalkan dalam kehidupan sehari-hari?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa doa elak maksiat untuk anda menghindarkan diri dari melakukan dosa kepada Allah.
Baca juga:
Doa 1
اللَّهُمَّ حَرِّمْنِي لَذَّةَ مَعْصِیَتِكَ، وَارْزُقْنِي لَذَّةَ طَاعَتِكَ
Allahumma Harrimni Lazzata Ma’siyatika, Warzuqni Lazzata Thoo’atika
"Ya Allah, haramkanlah ke atasku merasa lezat akan melakukan maksiat kepada-Mu, dan karuniakan aku rasa lezat akan melakukan ketaatan kepada Mu."
Doa 2
هو الله الذي لا اله الا هو عالم الغيب والشهادة هو الرحمن الرحيم
Huwallahulladzi laa ilaha illa huwa ‘aalimul ghoibi wassyahadati huwa rohmanur rohiim
"Dialah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Mahapemurah lagi Mahapenyayang."
Doa 3
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
Rabisy syrohli shodri wayassirli amri
"Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku."
Doa 4
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْئَلُكَ التَوْبَةَ وَدَوَامَهَا وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ المَعْصِيَةِ وَأَسْبَابِهَا وَذَكِّرْنَا بِالخَوْفِ مِنْكَ قَبْلَ هُجُومِ خَطَرَاتِهَا، وَاحْمِلْهُ عَلَى النَّجَاةِ مِنْهَا وَمِنْ التَّفَكُّرِ فِي طَرَائِقِهَا وَامْحُ مِنْ قُلُوبِنَا حَلَاوَةَ مَا اجْتَبَيْنَاهُ مِنْهَا، وَاسْتَبْدِلْهَا بِالكَرَاهَةِ لَهَا وَالطَّمَعِ لِمَا هُوَ بِضِدِّهَا
Allāhumma innā nas’alukat taubata wa dawāmahā, wa na‘ūdzu bika minal ma‘shiyati wa asbābihā, wa dzakkirnā bil khaufi mina qabla hujūmi khatharātihā, wahmilhu alān najāti minhā wa minat tafakkuri fī tharā’iqihā, wamhu min qulūinā halāwata majtabaināhu minhā, wastabdilhā bil karāhati lahā wat thama‘I li mā huwa bi dhiddihā.
“Ya Allah, kepada-Mu kami meminta pertobatan dan kelanggengannya. Kepada-Mu, kami berlindung dari maksiat dan sebab-sebabnya. Ingatkan kami agar takut kepada-Mu sebelum datang bahaya maksiat. Bawakan ketakutan itu untuk menyelamatkan kami dari maksiat dan dari pikiran di jalanan maksiat. Hapuskan kelezatan maksiat yang kami pilih dari hati kami. Gantikan kenikmatan itu dengan rasa tidak suka dan keinginan terhadap lawanan maksiat.”
Doa 5
“Ya Allah Ya Tuhanku haramkan kepada ku kelazatan melakukan maksiat dan kurniakan aku kelazatan taat dalam beribadat kepada mu.”
Doa 6
وَعَنْ قُطْبَةَ بْنِ مَالِكٍ رضى الله عنه قَالَ: كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ اَلْأَخْلَاقِ, وَالْأَعْمَالِ, وَالْأَهْوَاءِ, وَالْأَدْوَاءِ
Daripada Qutaibah bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca doa: Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat. (Sunan Tirmidzi no 3591) Status: Hadis Sahih
Doa 7
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
"Ya Allah ampunkan baginya,bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya." - (Hadis Riwayat Ahmad, No. 21185 , al-Tabarani No. 7679, Al-baihaqiy dalam Syu’ab al-Iman No. 5415)
Cara tinggalkan ketagihan maksiat
1. Pilih kawan yang baik
Imam Al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik:
- Pilih kawan yang berakal. Jangan pilih kawan yang jahat kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
- Pilih kawan yang berakhlak. Jangan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya.
- Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
- Pilih kawan yang bersederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
- Pilih kawan yang bercakap benar. Jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.
2. Selalu hadir majlis ilmu
Ramai yang menyangka majlis ilmu adalah dalam bentuk-bentuk majlis keagamaan seperti forum perdana dan ceramah semata-mata.
Sebenarnya, majlis ilmu ini termasuklah juga apa sahaja perkongsian yang memberikan kebaikan dan manfaat kepada diri.
Tidak kiralah di masjid, sekolah, universiti atau dewan seminar, hatta di kedai kopi sekalipun dan di mana-mana sahaja majlis ilmu boleh dianjurkan dan sesiapa antara kita digalak menuntut ilmu.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga.” (Riwayat Muslim)
3. Banyak membaca al-Quran
Al-Quran adalah kitab teragung dan panduan hidup setiap orang Islam.
Dalam Al-Quran, ada mengajarkan kita tentang aturan hidup yang betul berlandaskan syariat.
4. Banyakkan istighfar
Jalan menuju kebaikan dan kekal istiqamah dalam membuat kebaikan bukanlah mudah.
Akan datang kepada diri kita ujian yang silih berganti sehingga jika kita tidak kuat boleh mengembalikan kita semula kepada kancah dosa yang sama.
Justeru banyakkan istighfar sentiasa.
“Kalau rasa tak tenang, banyakkan istighfar. Kalau rasa terbeban dengan masalah, banyakkan istighfar. Kalau rasa tak ada jalan keluar, banyakkan istighfar.”
5. Sentiasa muhasabah diri
Orang yang beruntung adalah orang yang sentiasa bermuhasabah diri dan bertaubat setiap hari.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan diri.”
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan himpnan doa elak maksiat dapat memberikan anda motivasi yang bermanfaat agar istiqamah dalam melakukan kebaikan.
Sumber:
- Bagaimana Cara Meninggalkan Maksiat. Mufti Wilayah Persekutuan
- Doa agar Terhindar dari Kemaksiatan. Lampung