10 Doa Untuk Sahabat dan Panduan Mencari Kawan Terbaik

Doa untuk sahabat tanpa pengetahuan sahabat yang didoakannya itu adalah amalan yang disukai oleh Allah SWT.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa himpunan doa untuk sahabat yang boleh anda jadikan panduan untuk mengeratkan lagi silaturahim anda bersama rakan.

Baca juga:

Himpunan doa untuk sahabat

doa untuk sahabat

Doa 1

عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيْهِ الْمُؤْمِنِينَ

Allahumma habbib ‘abdaka haadzaa ilaa ‘ibaadikal mu’miniin wa habbib ilaihil mu’miniin’

Ya Allah jadikanlah hambaMu ini dicintai pada hati orang-orang yang beriman dan jadikanlah mereka mencintai orang-orang yang beriman.

Doa 2


اَللّٰهُمَّ اِنَّانَسْئَلُكَ سَلَامَةًفِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةًفِى الْجَسَدِوَزِيَادَةًفِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةًعِنْدَالْمَوْتِ وَمَغْفِرَةًبَعْدَالْمَوْتِ، اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَنَجَاةًمِنَ النَّارِوَالْعَفْوَعِنْدَالْحِسَابِ

‘Allaahumma innaa nas-aluka salaamatan fid diin, wa ‘aafiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ‘ilmi, wabarokatan fir rizqi, wa taubatan qoblal maut, warohmatan indal maut, wa maghfirotan ba’dal maut. Allaahumma hawwin ‘alainaa fii sakarootil maut, wan najaata minan naar, wal ‘afwa indal hisaab’

Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan ketika beragama, kesihatan badan, limpahan ilmu, keberkahan rezeki, taubat sebelum datangnya maut, rahmat pada saat datangnya maut, dan ampunan setelah datangnya maut. Ya Allah, mudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut, berikanlah kami keselamatan dari api neraka, dan ampunan pada saat hisab

Doa 3


رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

‘Rabbanagfir lanā wa li`ikhwāninallażīna sabaqụnā bil-īmāni wa lā taj’al fī qulụbinā gillal lillażīna āmanụ rabbanā innaka ra`ụfur raḥīm’

Ya tuhan kami, beri keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Wahai tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang

Doa 4


رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ 

‘Rabbanagfir lī wa liwālidayya wa lil-mu`minīna yauma yaqụmul-ḥisāb’

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

Doa 5

اللَّهُمَّ اهْدِنَا، وَيَسِّرْ هُدَاكَ لَنَا، اللَّهُمَّ يَسِّرْنَا لِلْيُسْرَى، وَجَنِّبْنَا الْعُسْرَى، وَاجْعَلْنَا مِنْ أُولِي النُّهَى، اللَّهُمَّ لَقِّنَا نَضْرَةً وَسُرُورًا، وَاكْسُنَا سُنْدُسًا وَحَرِيرًا، وَحَلِّنَا أَسَاوِرَ إِلَهَ الْحَقِّ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا شَاكِرِينَ لِنِعْمَتِكَ مُثْنِينَ بِهَا قَائِلِيهَا، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Allahummahdina wa yassir hudaka lana. Allahumma yassirna lil yusra wa jannibnal ‘usra waj’alna min ulinnuha. Allahumma laqqina nashratan wa sururan, waksuna sundusan wa hariran, wa hallina asawira ilahil haqqi. Allahummaj’alna syakirina linikmatimak mutsnina biha qailaha wa tub ‘alaina innaka antat tawwabur rahim.

Ya Allah, berilah kami petunjuk dan mudahkanlah petunjuk pada kami. Ya Allah, mudahkanlah kami untuk mendapatkan kemudahan dan jauhkanlah kami dari kesukaran, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang berakal. 

Ya Allah, berilah kami pertolongan dan kebahagiaan, berilah kami pakaian sutera yang bagus, berilah kami perhiasan-perhiasan Tuhan Yang Maha Benar. 

Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang mensyukuri nikmat-Mu, dan orang-orang yang memuji dengan nikmat itu kepada orang-orang mensyukuri nikmat itu. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Tobat lagi Maha Penyayang

Doa 6

“Ya Allah, Sungguhnya aku bermohon kepadamu bagi pihaknya dengan sebaik- baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya.

Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya.

Ya Allah, aku bermohon baginya kepada Mu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah, aku lah hambaMu yang beruntung, dikurniakan teman yang baik, disebalik diriku yang hina ini, setiap cacat-celaku, mereka lindung dan mereka ubati, tidak juga sekalipun mereka biarkan diriku ini terluka.”

Doa 7

“Ya Allah. Panjangkanlah umur sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.

Ya Allah, tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.

Ya Allah, kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak.

Ya Allah, Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatmu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.”

Doa 8

“Ya Rabbana. Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati, jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah, walau apa pun takdir Mu ke atasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan.

Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon pada Mu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.”

Doa 9

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbana, atina fid dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wa qina adzaban nar.

Tuhan kami, berikan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Lindungilah kami dari siksa neraka

Doa 10

اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَإِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَا ذَالْجَلاَلِ وَالْأِ كْرَامِ

Allahumma antassalam, wa minkassalam, wa ilaika ya’uudussalam, fahayyina robbana bissalam, wa adkhilnal jannata daarossalam, tabarokta robbana wa ta’aalayta, yaa dzal jalaali wal ikram.

Ya Allah, Engkau adalah Dzat yang mempunyai kesejahteraan, dari-Mu kesejahteraan itu, kepada Mu akan kembali lagi segala kesejahteraan itu, Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan sejahtera. 

Masukanlah kami ke dalam surga kampung kesejahteraan. Engkaulah yang berkuasa memberi berkah yang banyak dan Engkaulah Yang Maha Tinggi, wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.

Tips pilih kawan yang terbaik

doa untuk sahabat

Memilih kawan terbaik adalah hal yang penting dalam kehidupan. Berikut adalah beberapa tips untuk memilih kawan terbaik:

1. Ada nilai-nilai yang baik

Pilihlah kawan yang memiliki sikap dan nilai-nilai yang baik dalam diri mereka. Direzekikan untuk kita memiliki sahabat yang baik, sedikit sebanyak kita dapat tempias dari sifat baik itu.

Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi.”

2. Kejujuran dan kepercayaan

Kawan terbaik adalah orang yang jujur dan dapat dipercayai. Mereka akan menghormati kepercayaan yang anda berikan dan menjaga rahsia anda.

Kejujuran adalah asas yang penting dalam hubungan persahabatan yang kuat.

3. Kesetiaan dan dokongan

Pilihlah kawan yang setia dan mendokong anda dalam segala situasi. Mereka akan berada di sisi anda dalam suka mahupun duka, dan memberikan dokongan ketika anda memerlukan.

4. Keterbukaan dan empati

Kawan terbaik adalah orang yang dapat mendengarkan dan memahami perasaan anda.

Mereka memberikan ruang untuk berbicara dan berkongsi pengalaman, serta mampu memberikan dokongan emosional dan solusi bagi masalah itu.

5. Ketulusan dan kematangan

Cari kawan yang tulus dan matang dalam bertindak. Mereka yang menghargai hubungan persahabatan ini, tidak akan mudah terlibat dalam drama atau konflik yang tidak perlu.

6. Keseimbangan dan kesetaraan

Pilihlah kawan yang menjaga keseimbangan dalam hubungan. Elakkan dari berkawan dengan seseorang yang memerlukan kita kerana “sesuatu” tujuan yang hanya menguntungkan diri mereka sendiri.

7. Minat dan hobi yang sama

Sahabat yang memiliki minat dan hobi yang sama membolehkan anda untuk menikmati waktu dan melakukan aktiviti yang disukai bersama-sama.

8. Menghargai perbezaan

Kawan terbaik tidak selalu harus memiliki segala sesuatu yang sama dengan anda.

Pilihlah orang yang menghargai perbezaan dan bersedia memahami pandangan dan kehidupan orang lain.

9. Komunikasi yang baik

Hubungan persahabatan yang kuat memerlukan komunikasi yang baik. Pilihlah kawan yang boleh berkomunikasi dengan jujur, terbuka, dan sihat.

Kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik membantu membina hubungan persahabatan yang erat.

10. Naluri dan perasaan

Kadang kala, seseorang menggunakan naluri diri mereka untuk memilih rakan yang disenaginya.

Perhatikan bagaimana perasaan anda ketika berinteraksi dengannya. Jika anda berasa selesa dan boleh menjadi diri sendiri, itu adalah petanda bahawa mereka mampu menjadi kawan terbaik untuk anda.

Kesimpulannya, persahabatan adalah hubungan yang saling memberi dan menerima.

Penting untuk memilih kawan terbaik dengan berhati-hati dan membina hubungan yang positif dan bermakna dalam hidup anda.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-108: Doa Seorang Sahabat Kepada Sahabatnya. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.