8 Doa Minta Hujan Dalam Rumi dan Terjemahannya

Apakah doa minta hujan yang boleh diamalkan bagi meminta Allah menurunkan hujan dan memberi manfaat kepada seluruh kehidupan di atas muka bumi ini?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan doa minta hujan yang boleh jadikan panduan bersama.

Baca juga:

Himpunan doa minta hujan

doa minta hujan

Doa 1

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

اللهُمَّ أَغِثْنَا، اللهُمَّ أَغِثْنَا، اللهُمَّ أَغِثْنَا

Allahmma aghitsnaa, allahumma aghitsnaa, allahumma aghitsnaa

Maksudnya: “Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami, Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami, Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami.” (Riwayat al-Bukhari, No.1014)

Doa 2


اَللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيعًا غَدَقًا مُجَلَّلاً عَامًّا طَبَقًا سَحًّا دَائِمًا، اَللَّهُمَّ اسْقِنَا الغَيْثَ وَلاَ تَجْعَلْنَا مِنَ القَانِطِينَ، اَللَّهُمَّ إِنَّ بِالعِبَادِ وَالبِلاَدِ وَالبَهَائِمِ وَالخَلْقِ مِنَ الـَلأْوَاءِ وَالجَهْدِ وَالضَّنْكِ مَا لاَ نَشْكُوهُ إِلاَّ إِلَيْكَ، اَللَّهُمَّ أَنْبِتْ لَنَا الزَّرْعَ وَأَدِرَّ لَنَا الضَّرْعَ وَاسْقِنَا مِنْ بَرَكَاتِ السَّمَاءِ وَأَنْبِتْ لَنَا مِنْ بَرَكَاتِ الأَرْضِ، اَللَّهُمَّ ارْفَعْ عَنَّا الجُهْدَ وَالجُوعَ وَالعُرْيَ وَاكْشِفْ عَنَّا مِنَ البَلاَءِ مَا لاَ يَكْشِفُهُ غَيْرُكَ، اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ كُنْتَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا

Maksudnya: “Ya Allah! Turunkan kepada kami hujan yang menyelamatkan, menyuburkan, lebat, menyenangkan, merata manfaatnya, menyeluruh, memuaskan dan terus langsung. 

Ya Allah! Turunkanlah hujan kepada kami daan jangan Engkau jadikan kami ini golongan orang-orang yang berputus asa. 
Ya Allah! 
Sekelian hamba, negeri, temakan, seluruh makhluk, sedang menghadapi keletihan, kesukaran serta kepayahan. Tiada tempat mengadu semua ini semua melainkan kepada Mu. 

Ya Allah! Tumbuhkanlah tanaman kami, keluarkan susu perahan kami, hujanilah kami dari berkah langit dan tumbuhkanlah untuk kami dari berkah bumi. 

Ya Allah, lenyapkanlah kesukaran kami, kelaparan dan kemiskinan, halaukanlah semua bencana dari diri kami, şebab tiada yang dapat menghalaukan itu selain Engkau. 

Ya Allah! Kami mohon keampunanMu, şebab Engkau adalah Maha Pengampun. Kerana itu turunkanlah hujan dari langit dengan selebat-lebatnya.”

Doa 3

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ العَظِيمُ الحَلِيمُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ العَرْشِ العَظِيمِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الأَرْضِ وَرَبُّ العَرْشِ الكَرِيمِ

Lā ilāha illallāhul ‘azhīmul halīmu, lā ilāha illallāhu rabbul ‘arsyil ‘azhīmi, lā ilāha illallāhu rabus samāwāti wa rabbul ardhi wa rabbul ‘arsyil karīmi

Maksudnya: “Tiada Tuhan selain Allah yang agung dan santun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Arasy yang megah. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan langit, bumi, dan Arasy yang mulia.”
doa minta hujan

Doa 4

Dalam hadis yang lain oleh Jabir bin Abdillah RA, sabda Rasulullah SAW:

اَللَّهُمَّ أَسْقِنَا غَيْثًا مُغِيْثًا مَرِيْئًا مَرِيْعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلاً غَيْرَ آجِلٍ

Allāhummasqinā ghaitsan mughītsan hanī’an marī‘an (lan riwayat murī‘an) ghadaqan mujallalan thabaqan sahhan dā’iman

Maksudnya: “Ya Allah, turunkan kepada kami air hujan yang menolong, mudah, menyuburkan, yang lebat, banyak, merata, menyeluruh, dan bermanfaat abadi.”-  (Riwayat Abu Daud, No. 1169)

Doa 5

اللَّهُمَّ اسْقِنَا الْغَيْثَ وَلَا تَجْعَلْنَا مِنَ الْقَانِطِينَ

Allāhummasqināl ghaitsa, wa lā taj‘alnā minal qānithīn

Maksudnya: "Ya Allah, turunkan kepada kami air hujan. Jangan jadikan kami termasuk orang yang berputus harapan."
doa minta hujan

Doa 6

اللَّهُمَّ إِنَّ بِالْعِبَادِ وَالْبِلَادِ وَالْبَهَائِمِ وَالْخَلْقِ مِنَ الْبَلَاءِ وَالْجَهْدِ وَالضَّنْكِ مَا لَا نَشْكُو إِلَّا إِلَيْكَ

Allāhumma inna bil ‘ibādi wal bilādi wal bahā’imi wal khalqi minal balā’i wal juhdi wad dhanki mā lā nasykū illā ilaika

Maksudnya: “Ya Allah, sungguh banyak hamba, negeri, dan jenis haiwan, dan segenap makhluk lainnya mengalami bencana, paceklik, dan kesempitan di mana kami tidak mengadu selain kepada-Mu.”

Doa 7

Hadis lain yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA:

اَللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ

Allahummasqi ‘ibaadaka wabahaa imaka, wansyur rahmataka, wa ahyi baladakalmayyita

Maksudnya: “Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hamba-Mu, haiwan ternak, berilah rahmat Mu dengan merata, dan suburkan bumi Mu yang tandus.” (HR. Abu Daud)

Doa 8

Dari perkongsian Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, ada dikongsikan beberapa zikir dan doa minta hujan untuk dibaca. Berikut adalah caranya:

  1. Yang pertama sekali, bacalah Surah Al-Fatihah dan hadiahkan kepada Rasulullah SAW.
  2. Kemudian, niatkan di dalam hati untuk meminta hujan yang bermanfaat daripada Allah SWT.
  3. Lantas, amalkanlah zikir dan doa di dalam gambar di bawah ini mengikut bilangan yang tertentu untuk setiapnya.
doa minta hujan

Hikmah doa minta hujan

1. Mengakui kelemahan kita

Ketika kita memohon hujan, kita mengakui bahawa kita sebagai manusia tidak memiliki kendali penuh atas cuaca atau alam.

Ini mengingatkan kita akan ketergantungan kita pada Tuhan dan kebesaran Nya sebagai Sang Pencipta.

2. Mengingat kasih sayang Tuhan

Doa minta hujan adalah bentuk pengakuan bahwa semua kurniaan dan rezeki berasal dari Tuhan.

Ketika hujan turun setelah kita berdoa, itu menjadi pengingat akan kasih sayang Tuhan yang melimpah kepada umat Nya dan kemurahan Nya dalam memberikan rezeki.

3. Membentuk rasa syukur

Ketika kita berdoa dan hujan turun sebagai jawapan atas doa kita, hal itu membangkitkan rasa syukur dalam hati.

Kita menjadi lebih sedar akan anugerah Tuhan dan bersyukur atas rezeki yang diberikan Nya.

4. Menjalin hubungan dengan Tuhan

Doa meminta hujan juga merupakan cara untuk menjalin hubungan yang lebih dekat dengan Tuhan.

Dalam keperluan kita akan hujan, kita berharap kepada Nya dan meminta pertolongan Nya. Hal ini membantu memperkuat ikatan spiritual kita dengan Allah.

5. Menjaga kelestarian alam

Doa meminta hujan juga penting untuk menjaga kelestarian alam. Ketika kita berdoa memohon hujan, kita menyedari pentingnya air sebagai sumber kehidupan dan keperluan bagi makhluk hidup.

Hal ini dapat memotivasi kita untuk lebih berasa bertanggungjawab dan prihatin dalam pelestarian sumber daya alam.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan doa minta hujan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-417: Doa Meminta Hujan. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Zikir Minta Hujan. Mufti Negeri Sembilan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.