Petua dan Doa Halau Semut Dalam Islam Untuk Diamalkan

Apakah doa halau semut yang boleh kita baca untuk mengelakkan rumah menjadi sarang kepada serangga ini?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa halau semut di rumah.

Baca juga:

Apa itu semut?

doa halau semut

Semut adalah sejenis serangga yang hidup dalam komuniti sosial. Ia sejenis omnivor yang memakan tumbuhan dan haiwan lainnya.

Saiz minimum seekor semut adalah sekitar 1 inci. Sungguhpun saiz semut adalah kecil, tetapi ia dikatakan mampu untuk membawa beban yang 10 hingga 100 kali ganda daripada beratnya sendiri. 

Jenis semut rumah

Untuk pengetahuan, terdapat lebih dari 10 ribu spesis jenis semut di dunia ini. Tetapi yang tersenarai di Malaysia, hanya 23 spesies sahaja.

Yang mana tidak ke semuanya bersarang di rumah. Berikut adalah lima jenis spesies semut yang boleh anda jumpai di rumah.

Spesies semutCiri-ciri
Semut Api
(Solenopsis invicta)
Panjang antara 1/16 hingga ¼ inci.
Berwarna merah kemerahan atau warna hitam.
Buat sarang dalam kayu reput, batu-bata rumah, longgokan sampah.
Semut Mayat
(Tapinoma melanocephalum)
Saiz kurang daripada 1/16 inci.
Berwarna gelap di kepala dan dada.
Berwarna pucat di kaki dan perut.
Suka bersarang di kawasan
kelembapan tinggi misalnya sinki.
Juga bersarang di celah dinding, kabinet dan almari.
Semut Gatal
(Monomorium pharaonis)
Saiz kecil.
Warna kekuningan atau perang kemerahan.
Bersarang di belakang dinding dan perabot atau taman luar rumah.
Suka makanan manis bergula, berprotein dan berlemak.
Semut Gila
(Paratrechina longicomis)
Saiz antara 1/12 hingga 1/8 inci.
Berwarna merah-coklat hitam hingga kemerahan kehitaman.
Suka makanan manis dan gula.
Hebat menyesuaikan diri di kawasan kering dan lembap.
Semut Kepala Besar
(Pheidole megacephala)
Saiz antara 1/16 hingga 1/8 inci.
Saiz kepalanya sangat besar berbanding bahagian badan lain.
Warna coklat muda, coklat tua kemerahan tapi hitam di abdomen.
Selalu bersarang di persekitaran luar rumah dan kebun.
Gemar makanan berlemak dan daging.

Kisah semut dan Nabi Sulaiman

Tahukah anda semut merupakan sejenis serangga yang ada diceritakan di dalam Al-Quran?

Kisah berkaitan semut ini dikaitkan dengan Nabi Sulaiman AS dalam surah Al-Naml.

Firman Allah SWT:


حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari.” – (Surah al-Naml, ayat 18)

Di dalam tafsir al-jalalayn, ayat ini bermaksud:

“Apabila mereka sampai di lembah semut iaitu di kota Thaif atau di negeri Syam (yang dimaksud adalah semut-semut kecil dan semut-semut besar).

Telah berkata raja semut ketika melihat bala tentara Nabi Sulaiman: “Hai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarang kalian, agar kalian tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya sedangkan mereka tidak menyedarinya”.

Semut dianggap sebagai makhluk yang dapat bercakap, namun percakapan ini hanya berlaku sesama mereka sahaja”.

Hukum membunuh semut

doa halau semut

Umumnya, terdapat empat jenis haiwan yang menjadi larangan bagi sesiapa membunuhnya.

Hal ini seperti mana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِ أَرْبَعٍ مِنَ الدَّوَابِّ: النَّمْلَةِ، وَالنَّحْلَةِ، وَالْهُدْهُدِ، وَالصُّرَدِ

“Rasulullah SAW melarang daripada membunuh empat binatang yang melata iaitu semut, lebah, hud-hud dan al-Surad (sejenis burung lang).” - (Hadis Riwayat Ahmad, No. 3066)

Namun begitu dari segi hukum, ia mempunyai dua hukum bergantung kepada situasi.

  • Harus membunuh semut sekiranya ia memberi mudarat atau mengganggu manusia.
  • Haram membunuh semut sekiranya ia tidak memberi mudarat atau ancaman kepada manusia.

Sesungguhnya kezaliman manusia terhadap haiwan, kelak akan dipersoalkan oleh Allah SWT pada hari akhirat. Ini seperti mana sabda Rasulullah SAW:


ما من إنسانٍ قتلَ عُصفورًا فما فوقَها بغيرِ حقِّها إلّا سألَهُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ عَنها قيلَ: يا رسولَ اللَّهِ ! وما حقُّها؟ قالَ: يذبحُها فيأكُلُها ولا يقطعُ رأسَها يرمي بِها

“Tidaklah seseorang membunuh burung pipit dan yang lebih besar daripadanya (burung tersebut) tanpa hak melainkan Allah SWT akan bertanya mengenainya. Ditanya: ‘Wahai Rasulullah! Apakah haknya?’ 

Baginda menjawab: ‘Haknya adalah menyembelihnya, kemudian memakannya, dan tidak memotong kepalanya — yakni membunuhnya — kemudian membuangnya." - (Hadis Riwayat Al-Nasa'i, No. 4349)

Doa halau semut dalam rumi

Berikut adalah doa halau semut yang boleh anda amalkan:


اِنَّهٗ مِنْ سُلَيْمٰنَ وَاِنَّهٗ بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ۙ

Innahu min sulaimana wainnahu bismilla hirrahmanir rahim

Maksudnya: "Sesungguhnya (surat) itu dari Sulaiman yang isinya, “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang."

Petua untuk menghalau semut

Selain doa halau semut sebagai ikhtiar, anda juga boleh mencuba beberapa petua semula jadi untuk menghalau semut dari rumah. Antaranya dengan menggunakan:

1. Serbuk kopi

Serbuk kopi asli mempunyai bau yang sangat kuat dan boleh digunakan bagi kegunaan menghalau semut daripada menghurung makanan dalam rumah.

Caranya, ambil sedikit serbuk kopi. Kemudian, letakkan di tempat laluan masuk semut. Biarkan beberapa hari untuk anda lihat kesannya.

2. Cengkih

Cengkih sejenis rempat ratus yang digunakan dalam masakan. Untuk menggunakan cengkih anda mempunyai dua cara sama ada secara mentah atau dimasak dan ditapis airnya.

Kedua-duanya mujarab untuk mengelakkan semut berada di rumah anda.

Untuk kaedah merebus, letakkan satu sudu makan cengkih bersama 500 ml air. Kemudian rebuskannya sehingga pati dari cengkih itu keluar.

Biarkan sehingga sejuk dan tapis untuk asingkan cengkih dan air rebusannya. Masukkan dalam botol spray.

Sembur sahaja pada mana-mana bahagian atau laluan semut di rumah.

3. Cuka

Petus berikut adalah dengan menggunakan cuka putih. Semut alah kepada bau cuka yang kuat dan berasid.

Anda boleh larutkan cuka ke dalam air, dan masukkan dalam botol spray. Sembur sahaja pada mana-mana bahagian atau laluan semut di rumah.

4. Daun sirih

Satu lagi bahan yang boleh anda gunakan untuk menghalau semut adalah dau dari daun sirih.

Caranya, anda boleh potong daun sirih kepada beberapa bahagian kecil dan tabur di mana-mana laluan semut di rumah.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan bacaan doa halau semut ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.

Sumber:

  1. #782: Membunuh Semut Yang Memberi Mudarat. Maktabah Al Bakri
  2. Al-Kafi #887: Kisah Semut Bercakap dan Doa Nabi Sulaiman AS. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.