Doa Nabi Sulaiman Untuk Kelancaran Rezeki Dalam Rumi
Seorang Nabi yang dianugerahkan kekayaan melimpah ruah serta kedudukan sebagai Raja segala makhluk itulah ia Nabi Sulaiman.
Apa yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman ini tidak lain tidak bukan adalah atas kekuasaan Allah SWT sendiri yang memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
Segala doa yang dipanjatkan oleh beliau telah diperkenankan oleh Allah sehingga beliau memperoleh apa yang diingini.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai doa Nabi Sulaiman yang sangat digalakkan untuk diamal oleh setiap umat Islam bagi melancarkan rezeki setiap hari.
Sejarah riwayat hidup Nabi Sulaiman
Nabi Sulaiman AS adalah anak kepada Nabi Daud AS. Susur galurnya dari bani Israel dan baginda merupakan seorang Rasul dan Raja yang bijaksana yang mana Allah telah mengurniakan banyak keistimewaan kepadanya.
Keistimewaan Nabi Sulaiman iaitu fikirannya yang cerdas dan ilmunya yang sangat luas.
Nabi Sulaiman dapat berhubungan langsung dengan makhluk lainnya seperti jin, semut, dan burung.
Semua makhluk patuh kepada perintahnya dengan keizinan Allah SWT.
Mujizat Nabi Sulaiman AS
Mukjizat terbesar Nabi Sulaiman adalah baginda mampu untuk bercakap dengan makhluk lain selain daripada manusia.
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Naml ayat 16 bermaksud:
وَوَرِثَ سُلَيْمٰنُ دَاوٗدَ وَقَالَ يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنْطِقَ الطَّيْرِ وَاُوْتِيْنَا مِنْ كُلِّ شَيْءٍۗ اِنَّ هٰذَا لَهُوَ الْفَضْلُ الْمُبِيْنُ
“Dan Sulaiman telah mewarisi Dawud, dan dia (Sulaiman) berkata, “Wahai manusia! Kami telah diajari bahasa burung dan kami diberi segala sesuatu. Sungguh, (semua) ini benar-benar karunia yang nyata.”
Dalam firmannya yang lain dalam surah yang sama, ayat 18 bermaksud:
حَتّٰىٓ اِذَآ اَتَوْا عَلٰى وَادِ النَّمْلِۙ قَالَتْ نَمْلَةٌ يّٰٓاَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوْا مَسٰكِنَكُمْۚ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمٰنُ وَجُنُوْدُهٗۙ وَهُمْ لَا يَشْعُرُوْنَ
“Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.”
Surah Saba adalah menceritakan mengenai para jin yang bekerja untuk Nabi Sulaiman untuk membuat gedung-gedung, patung-patung, dan piring-piring besar.
Nabi Sulaiman juga diberi mukjizat melunakkan tembaga menerusi Surah Saba, ayat 13:
يَعْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِن مَّحَارِيبَ وَتَمَاثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَّاسِيَاتٍ اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْراً وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
“Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya.
(Setelah itu Kami perintahkan): “Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.“
Daripada An-Nafahat Al-Makkiyah / Syaikh Muhammad bin Shalih asy-Syawi menyatakan bahawa bala tentara Nabi Sulaiman sangat banyak dan bermacam-macam dari bangsa manusia, jin, syaitan dan burung-burung.
Hal ini bertepatan dengan Surah An-Naml, ayat 17:
وَحُشِرَ لِسُلَيْمَٰنَ جُنُودُهُۥ مِنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ وَٱلطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ
“Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan).”
Himpunan doa Nabi Sulaiman untuk amalan
Terdapat beberapa doa Nabi Sulaiman yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian. Berikut ini adalah antara doanya:
1. Doa agar rezeki lancar (Surah As-Sad, ayat 35)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَهَبْ لِيْ مُلْكًا لَّا يَنْۢبَغِيْ لِاَحَدٍ مِّنْۢ بَعْدِيْۚ اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ
Robbighfirlii wahablii mulkal laa yambaghi li aha adim mim ba’di, innaka antal-wahhab
Maksudnya: “Dia berkata, “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa pun setelahku. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Pemberi.”
2. Doa bersyukur akan nikmat (Surah An-Naml, ayat 15)
وَلَقَدْ اٰتَيْنَا دَاوٗدَ وَسُلَيْمٰنَ عِلْمًاۗ وَقَالَا الْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ فَضَّلَنَا عَلٰى كَثِيْرٍ مِّنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ
Walaqod aatainaa dawooda wa sulaimaana ‘ilma. Waqoolalhamdu lillaahillazii faddholanaa ‘alaa kathiirim min ‘ibaadihil mukminiin
Maksudnya: “Dan sungguh, Kami telah memberikan ilmu kepada Dawud dan Sulaiman; dan keduanya berkata, “Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari banyak hamba-hamba-Nya yang beriman.”
3. Doa selamat dari musibah (Surah Al-Mu’minun, ayat 97 – 98)
وَقُلْ رَّبِّ اَعُوْذُ بِكَ مِنْ هَمَزٰتِ الشَّيٰطِيْنِ ۙ
وَاَعُوْذُ بِكَ رَبِّ اَنْ يَّحْضُرُوْنِ
Rabbi a’udzubika min hamazaa tish shayaatini. Wa a’udzubika rabbi ay yah dhuruun
Maksudnya: “Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu pula Ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku”
4. Doa menundukkan haiwan buas dan mengusir jin (Surah Al-Naml, ayat 30 – 31)
اِنَّهٗ مِنْ سُلَيْمٰنَ وَاِنَّهٗ بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ۙ
ࣖاَلَّا تَعْلُوْا عَلَيَّ وَأْتُوْنِيْ مُسْلِمِيْنَ
Innahuu min sulaimaana wa innahuu bismillahirrahmaanirrohiim. Al-laa ta’luu ‘alayya wa’tuunii muslimiin
Maksudnya: “Sesungguhnya (surat) itu dari Sulaiman yang isinya, “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Janganlah engkau berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.”
5. Doa tetap mensyukuri nikmat dan rahmat (Surah Al-Naml, ayat 19)
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ اَوْزِعْنِيْٓ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْٓ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلٰى وَالِدَيَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضٰىهُ وَاَدْخِلْنِيْ بِرَحْمَتِكَ فِيْ عِبَادِكَ الصّٰلِحِيْنَ
Maksudnya: “Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa,
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.”
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai doa Nabi Sulaiman ini dapat memberikan anda semua ilmu bermanfaat yang boleh dijadikan rujukan dan dikongsikan kepada orang lain.
Sumber:
- Al-Kafi #887: Kisah Semut Bercakap dan Doa Nabi Sulaiman AS. Mufti Wilayah Persekutuan