6 Doa Memohon Pemimpin Yang Baik Sempena PRU 2023

Apakah doa memohon pemimpin yang baik dan doa mengundi yang boleh anda amalkan?

Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda doa pilihan raya dan doa memohon pemimpin yang baik untuk anda baca sebelum keluar mengundi.

Baca juga:

Doa memohon pemimpin yang baik

doa memohon pemimpin yang baik

Doa 1

اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا

Allahumma walla umurona khiyarona wala tuwalla umurona syiro rona

“Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.”

Doa 2

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Rabbana hab lana min azwajina wazurraytina qurrata a’yuni waj a’lna lil muttaqina ima ma

“Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.”

Doa 3

اللَّهُمَّ اجْعَل وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين

Allahummaj ‘ali wilayatana fiman khofaka wattaqoka ya rabbal ‘alamin

“Ya Allah! Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takut kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

Doa 4

اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ فِيْنَا وَلَا يَرْحَمُنَا

Allahumma la tusallath ‘alaina bizunubina man la ya kho fuka fina wala yarhamuna

“Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan pemimpin kami – disebabkan dosa-dosa kami – orang yang tidak takut kepada-Mu dan tidak mempunyai belas kasihan kepada kami.”

Doa 5

اللَّهُمَّ أَبْعِدْ عَنْهُمْ بِطَانَةَ السُّوْءِ وَالْمُفْسِدِيْنَ ، وَقَرِّبْ إِلَيْهِمْ أَهْلَ الْخَيْرِ وَالنَّاصِحِيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Allahumma ab’id ‘anhum bithu natassuie walmufsidin waqorabb ilaihim ahlal khoiri wanna shihinna ya rabbal ‘alamin

“Ya Allah! Jauhkanlah daripada mereka (para pemimpin kami) teman rapat yang jahat dan yang merosakkan. Dekatkanlah kepada mereka orang-orang yang baik dan pemberi nasihat yang baik, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

Doa 6

اللَّهُمَّ أَلْهِمْنَا رُشْدَنَا ، وَأَعِذْنَا مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا

Allahumma al himna rusydana wa’azna min syururi anfusina

“Ya Allah! Ilhamkanlah kepada kami kecerdasan dan petunjuk, serta lindungilah kami dari kejahatan nafsu kami.” 

Doa pilihan raya

Berikut adalah doa pilihan raya yang boleh dibaca sebelum keluar mengundi:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

Allahumma arinal haqqo haqqon warzuqnat tiba’ah wa arinal bathilan warzuqnaj tina bah

“Ya Allah tunjukkanlah kepada kami yang benar itu benar dan bantulah kami untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kepada kami yang batil itu batil dan bantulah kami untuk menjauhinya.”

Tips memilih pemimpin menurut Islam

doa memohon pemimpin yang baik

1. Calon yang telah menzahirkan permusuhan dengan Islam

Allah menyebut dalam al-Quran Surah Ali ‘Imran ayat 118:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi bitanah (orang penting yang dipercayai).

Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.

Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang dada mereka sembunyikan itu lebih besar lagi.

Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) berakal.”

2. Calon yang jelas menyokong pihak yang memusuhi Islam

Dalam surah al-Nisa ayat 138-140, Allah SWT berfirman:

“Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang perit; (139) (Iaitu) Mereka yang mengambil golongan kafir (anti-Islam) menjadi teman setia dengan meninggalkan mereka yang beriman.

Adakah mereka (orang-orang munafik) mencari izzah (kekuatan dan kemuliaan) di sisi orang-orang kafir itu, padahal sesungguhnya izzah (kekuatan dan kemuliaan) itu semuanya ialah milik Allah.

Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik),

maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain;

kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka Jahannam.”

3. Calon yang ada/berpotensi melakukan rasuah atau salahguna kuasa

Sabda Nabi SAW:


وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ مَا كَانَ يَظُنُّ أَنْ تَبْلُغَ مَا بَلَغَتْ يَكْتُبُ اللَّهُ لَهُ بِهَا سَخَطَهُ إِلَى يَوْمِ يَلْقَاهُ

“Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat dari kemurkaan Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan  untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.” – (Hadis Riwayat Malik dan al-Tirmizi)

4. Calon yang zalim dalam pengurusan atau pentadbiran

Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah, ayat 8:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu membawa kamu kepada tidak melakukan keadilan.

Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

5. Calon yang mempunyai rekod perkhidmatan yang buruk

Sabda Nabi SAW:

لاَ يُلْدَغُ المُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

“Seorang mukmin tidak disengat dari satu lubang sebanyak dua kali.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

6. Calon yang tidak berupaya untuk menjalankan tanggungjawab

Sabda Nabi SAW:

وَمَنْ أَشَارَ عَلَى أَخِيهِ بِأَمْرٍ يَعْلَمُ أَنَّ الرُّشْدَ فِي غَيْرِهِ فَقَدْ خَانَهُ

“Sesiapa yang memberikan pendapat untuk saudaranya dalam sesuatu perkara sedangkan dia tahu bahawa kebaikan itu pada perkara yang lain (pendapat lain) maka dia telah mengkhianatinya.” – (Hadis Riwayat Abu Daud, dinilai sebagai hasan).

7. Calon yang suka berbohong

Sabda Nabi SAW:

وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا

“Jauhilah kamu daripada berbohong. Sesungguhnya pembohongan membawa kepada kejahatan. Sesungguhnya kejahatan membawa kepada neraka.

Seseorang itu selalu berbohong dan berusaha untuk berbohong sehingga ditulis di sisi Allah sebagai pembohong.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tambahan lagi, kata Khalifah Abu Bakr al-Siddiq ketika memberikan ucapan sebagai khalifah:

الصدق أمانة والكذب خيانة

“Benar adalah amanah dan dusta adalah khianat.” – (Ibn Hisyam, al-Sirah al-Nabawiyyah, 4/232. Beirut: Dar al-Khair)

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai doa memohon pemimpin yang baik ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan.

Sumber:

  1. Bayan Linnas Siri Ke-260: Etika dan Adab Pilihan Raya. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Qalam Mufti #64: Doa Dikurniakan Kepimpinan Yang Baik. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.