Puasa 2026 – Tarikh Mula Puasa & Cuti Awal Ramadan

Tarikh mula puasa 2026 adalah pada 19 Februari 2026 (Khamis). Menurut JAKIM, tarikh lihat anak bulan Ramadan 2026 dijangka pada lewat petang hari Selasa, 17 Februari 2026 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah. Anda boleh rujuk JAKIMJUPEM, dan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Baca artikel ini sehingga habis untuk semak informasi penting berkenaan dengan puasa 2026.

Latar Belakang Bulan Ramadan

Bulan Ramadan memiliki makna yang sangat penting dalam agama Islam dan merupakan salah satu bulan suci dalam kalender Islam.

Sejarah Ramadan bermula dengan datangnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW yang dikenali sebagai peristiwa turunnya wahyu pertama, yakni Al-Quran, pada bulan Ramadan.

Peristiwa penting dalam sejarah Ramadan adalah wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW dari Malaikat Jibril di Gua Hira pada malam yang dikenal sebagai “Lailatul Qadar” atau Malam Kemuliaan.

Pada malam tersebut, Allah SWT mulai mewahyukan Al-Quran kepada Nabi Muhammad sebagai panduan dan petunjuk bagi umat manusia.

Ramadan juga dianggap sebagai bulan di mana pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan dibelenggu.

Selama Ramadan, umat Islam diwajibkan untuk menahan diri dari makan, minum, dan hal-hal lain yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari sebagai bentuk pengendalian diri, meningkatkan kesadaran spiritual, belas kasih, serta ketakwaan kepada Allah SWT.

Selain itu, dalam sejarah Islam, terdapat banyak peristiwa penting yang terjadi selama bulan Ramadan. Beberapa di antaranya adalah:

  1. Pertempuran Badar: Pertempuran Badar terjadi pada bulan Ramadan tahun ke-2 Hijriah (624 M) antara umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW dengan pasukan Quraisy. Meskipun jumlah pasukan Muslim lebih sedikit, mereka berhasil meraih kemenangan yang besar.
  2. Penaklukan Mekah: Pada tahun ke-8 Hijriah (630 M), Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya mengambil kembali kota Mekah yang sebelumnya mereka tinggalkan. Penaklukan ini terjadi pada bulan Ramadan.

Bulan Ramadan tidak hanya menjadi momen penting dalam sejarah Islam, tetapi juga menjadi kesempatan bagi umat Muslim untuk meningkatkan ibadah, kebersihan spiritual, serta untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui puasa, solat, sedekah, dan amal kebajikan lainnya.

Tarikh Puasa 2026

Tarikh puasa 2026 bagi umat Islam menyambut bulan Ramadan adalah berdasarkan kepada kemunculan anak bulan pada 29 Syaaban 1447H dapat dilihat atau tidak.

Adapun tarikh rasminya akan diisytiharkan sendiri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad pada malam mencerap anak bulan tersebut.

Namun berdasarkan kepada kalender Islam yang telah dikeluarkan, jangkaan tarikh puasa 2026 adalah pada 19 Februari 2026 (Khamis).

Nota: Tarikh rasmi akan diumumkan oleh pihak berkuasa agama selepas penglihatan anak bulan pada malam ke-29 Syaaban.

Berikut turut disertakan kalendar kuda bagi bulan Februari dan Mac sebagai rujukan memudahkan anda mengenal pasti cuti-cuti yang ada dalam bulan tersebut, selain cuti Awal Ramadan 2026.

puasa 2026
puasa 2026

Tarikh Cuti Umum Awal Ramadan 2026/1447H

Hanya negeri Johor dan Kedah yang mengambil Awal Ramadan sebagai cuti umum. Ketetapannya adalah seperti berikut:

TahunTarikhHariNegeri
202619 FebruariKhamisJohor, Kedah


Tarikh Penting dalam Islam 2026

Dalam Islam terdapat tarikh-tarikh penting seperti perayaan dan sejarah yang perlu kita ingati dan sambut. Berikut adalah penjelasan lengkap mengenainya:

1. Israk Mikraj: 27 Rejab

Israk membawa maksud perjalanan Rasulullah SAW dibawa oleh Malaikat Jibrail AS dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Al-Aqsa di Palestin dengan menunggang Buraq.

Mikraj pula adalah perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

2. Malam Nifsu Syaaban: 15 Syaaban

“Nifsu” adalah perkataan dari bahasa Arab yang bermaksud “pertengahan”. Ini bertepatan dengan istilahnya iaitu pertengahan bulan Sya’ban yang dipanggil sebagai Nifsu Sya’ban.

3. Awal Ramadan: 1 Ramadan

Awal Ramadan menandakan permulaan puasa tahunan bagi Umat Islam di seluruh Malaysia.

4. Nuzul Al-Quran: 17 Ramadan

Nuzul al-Quran merupakan peristiwa yang mana berlaku turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi sebuah kitab suci al-Quran

5. Hari Raya Aidilfitri: 1 Syawal

Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر‎; ‘Ayd al-Fiṭr; “perayaan fitrah”) disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.

Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran.

6. Awal Zulhijjah: 1 Zulhijjah

Awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang penuh dengan kelebihan dan kurniaan Allah.

7. Hari Raya Aidiladha: 10 Zulhijjah

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji adalah merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.

Sambutan diikuti dengan ibadah korban yang dilakukan sama ada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

8. Maal Hijrah / Tahun Baru Islam: 1 Muharam

Maal Hijrah ini merupakan merupakan bulan permulaan bagi umat Islam mengikut kalendar hijriah. 

9. Maulidur Rasul: 12 Rabiulawal

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan oleh umat islam bagi memperingati kita kepada hari kelahiran Rasulullah SAW.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan takwim kalendar Islam 2024 dapat memberikan anda panduan yang berguna untuk merancang cuti dan urusan anda seharian.

Rujuk jadual hari kelepasan am Persekutuan dan Negeri 2026 di bawah:

Soalan Lazim – Puasa 2026

1. Bila tarikh mula puasa Ramadan 2026 di Malaysia?

Tarikh 1 Ramadan 1447H yang dijangka sebagai mula puasa Ramadan 2026 ialah pada 19 Februari 2026. Namun begitu, tarikh ini masih tertakluk kepada pengumuman rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas proses cerapan anak bulan dilakukan.

2. Kenapa tarikh Ramadan dan Hari Raya berubah setiap tahun?

Tarikh Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri berubah kerana ia ditentukan berdasarkan rukyah (penglihatan anak bulan) dan kaedah hisab. Proses ini bertujuan mengesahkan kemunculan hilal bagi menentukan permulaan bulan Ramadan dan Syawal. Oleh itu, tarikh rasmi hanya diumumkan selepas cerapan anak bulan disahkan oleh pihak berkuasa agama.

3. Bila tarikh rasmi awal Ramadan akan diumumkan?

Tarikh rasmi awal Ramadan akan diumumkan pada petang 29 Syaaban 1447H, selepas selesai proses rukyah dan hisab. Untuk tahun 2026, pengumuman dijangka dibuat sama ada pada 18 atau 19 Februari 2026, bergantung kepada keputusan cerapan anak bulan.

4. Adakah terdapat cuti Awal Ramadan 2026?

Ya. Cuti Awal Ramadan diberikan di beberapa negeri seperti Johor dan Kedah, dan dijangka jatuh pada 19 Februari 2026. Walau bagaimanapun, cuti ini bergantung kepada pengumuman rasmi kerajaan negeri masing-masing.

5. Bila cuti umum Hari Raya Aidilfitri 2026?

Cuti umum Hari Raya Aidilfitri dijangka pada bulan Mac 2026. Anggaran awal menunjukkan 1 Syawal dijangka jatuh pada 21 Mac 2026, namun tarikh ini masih tertakluk kepada pengumuman rasmi selepas cerapan anak bulan Syawal.

6. Adakah terdapat cuti sekolah khas sempena Ramadan 2026?

Tidak. Tiada cuti sekolah khas untuk Ramadan di Malaysia. Cuti sekolah adalah berdasarkan cuti umum dan takwim akademik yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), termasuk cuti Hari Raya Aidilfitri dan cuti penggal persekolahan.

7. Bagaimana cara menyemak tarikh rasmi Ramadan dan cuti berkaitan?

Anda boleh menyemak maklumat rasmi melalui:

– Pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia di televisyen dan radio
– Laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
– Portal rasmi kerajaan negeri
– Kalendar akademik KPM bagi maklumat cuti sekolah

8. Apakah persiapan penting sebelum menyambut Ramadan 2026?

Persiapan Ramadan melibatkan aspek rohani, fizikal dan kewangan adalah seperti berikut:

Merancang bajet kewangan Ramadan dan Hari Raya
Menyediakan keperluan makanan sahur dan iftar
Menyemak kadar dan pembayaran zakat fitrah
Menyusun jadual ibadah seperti solat tarawih dan bacaan al-Quran
Membersihkan rumah untuk keselesaan beribadah

9. Apakah amalan utama sepanjang Ramadan?

Antara amalan utama sepanjang Ramadan ialah:

Berpuasa dengan niat yang ikhlas
Solat tarawih sama ada di masjid atau di rumah
Membaca al-Quran dan berusaha untuk khatam
Membayar zakat fitrah sebelum solat Aidilfitri

10. Aplikasi apa yang boleh digunakan untuk semak waktu imsak dan berbuka?

Anda boleh menggunakan aplikasi rasmi seperti:
– mySolat
– e-Solat
– Laman web jabatan agama negeri

Aplikasi ini membantu memastikan waktu imsak dan maghrib adalah tepat mengikut lokasi masing-masing.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.