Selawat Jibril Lengkap Dalam Rumi dan Terjemahannya

Apakah itu selawat Jibril dan kelebihannya apabila diamalkan bagi setiap umat Islam?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai selawat Jibril yang bagus dijadikan amalan harian setiap masa.

Pengenalan

Selawat Jibril adalah selawat Nabi yang lebih pendek dan paling sering diamalkan oleh umat Muslim kerana penuh makna walaupun singkat.

Selawat ini diberi nama selawat Jibril oleh kerana ia kali pertama dilafazkan oleh malaikat Jibril ketika memberi pengajaran kepada Nabi Muhammad SAW.

Membaca selawat ini bertujuan untuk mendoakan, memuji, dan memohon keberkahan kepada Allah SWT untuk Nabi Muhammad SAW. Seperti yang kita tahu, berselawat bukan hanya digalakkan kepada manusia sahaja tetapi untuk malaikat juga.

Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab, ayat 56:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah serta malaikat-malaikat Nya telah berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi serta ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Bacaan Selawat Jibril (pendek)

Berikut adalah teks selawat Jibril versi pendek dalam Bahasa Arab, rumi, audio MP3 dan terjemahannya untuk rujukan anda.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Allahumma shalli ‘alaa sayyidinaa muhammad wa’alaa aali sayyidinaa muhammad wasallim tasliima

“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad dan keluarganya dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.”

Bacaan Selawat Jibril (panjang)

Berikut adalah teks versi panjang dalam Bahasa Arab, rumi, audio MP3 dan terjemahannya untuk rujukan anda.

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ

أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرِ

أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي

أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ

يَاحَبِيْبِى يَامُحَمَّدْ

يَاعَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ

يَامُؤَيَّدْ يَامُمَجَّدْ

يَاإِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ

Shallallahu ‘ala muhammad shollallahu ‘alaihi wasallam. Anta syamsun anta badrun. Anta nurun fauqo nurin. Anta iksiirun wa ghoolii. Anta mishbaahush-shuduuri. Ya habiibii Ya Muhammad. Ya ‘aruusal khoofiqoini. Ya Mu Ayyad ya Mumajjad. Ya Imaamal Qiblataini

“Semoga Allah melimpahkan selawat atas Muhammad, selawat atas keluarga serta keselamatan atasnya. Engkau bagai matahari, engkau bagai bulan purnama. Engkau cahaya di atas cahaya. Engkau bagaikan emas murni yang mahal harganya. Engkaulah pelita hati. Wahai kekasihku, wahai Muhammad. Wahai pengantin tanah timur dan barat (sedunia). Wahai Nabi yang dikuatkan (dengan wahyu). Wahai Nabi yang diagungkan, wahai imam dua arah kiblat.”

Kelebihan

Secara umumnya, kelebihan selawat ini sama sahaja seperti selawat-selawat yang lain antaranya seperti:

  • Diampunkan dosa dan diangkat darjatnya oleh Allah
  • Dimakbulkan segala doa
  • Yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat
  • Diberikan kecukupan hidup oleh Allah
  • Allah membalas selawat hamba Nya
  • Mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak
  • Rasulullah membalas ucapan salam
  • Diberikan 10 kali pahala
  • Memudahkan diri ke syurga
  • Hilang rasa risau dan dukacita

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai selawat Jibril ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan meningkatkan amal ibadah setiap hari.

Sumber:

  1. Sholawat Jibril: Pengertian, Keistimewaan, dan Cara Mengamalkannya. Gramedia
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.