Selawat Tafrijiyah Lengkap Dalam Rumi dan Terjemahannya
Apakah itu Selawat Tafrijiyah dan latar belakang selawat ini yang sepatutnya kita tahu?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang Selawat Tafrijiyah serta kelebihannya yang boleh anda jadikan sebagai amalan harian.
Asal usul Selawat tafrijiyah
Selawat Tafrijiyah merupakan antara yang paling terkenal diamalkan oleh sebahagian para ulama. Ia adalah hasil dari nukilan tulisan Al-Imam Qurtubi.
Selain dikenali sebagai selawat tafrijiyah, ia juga dipanggil dengan nama seperti Selawat Nariyah, Selawat Kamilah dan Selawat Taziyyah yang bermaksud sempurna atau terbuka.
Dikatakan selawat ini khusus kepada seseorang yang ingin memohon keluar dari segala kesusahan hidup, bala bencana, serta menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.
Teks penuh Selawat Tafrijiyah
Allahumma solli solatan kamilatan. Wasalim sallaman taammaa. A’laa saidina muhammadinil lazi. Tanhallubihil u’kadu. Watanfariju bihil kurobu. Watukdho bihil hawa iju. Watunaalu bihirro gha’ ibu. Wahusnu khawaa timi. Wayustasqhol ghomaamu. Biwajhihil karim. Wa ala alihi wasah bihi. Fi kulli lamhatim wanafasim. Bi’ adadi kulli mak’lu mim lakh
Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang dengan rahmatnya itu semoga terurai segala simpulan,
terhapus segala kesusahan, tertunai segala hajat, tercapai segala keinginan dan kesudahan umur yang baik (mati dalam keimanan) serta dicurahi hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia.
Rahmatilah ahli keluarga dan para sahabatnya dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas sebanyak jumlah pengetahuan Mu.”
Benarkah terdapat unsur syirik dalam Selawat Tafrijiyah?
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, tidak terdapat apa-apa unsur syirik dalam Selawat Tafrijiyah.
Bahkan selawat ini mempunyai beberapa isi penting di dalamnya seperti doa, selawat dan tawassul.
Justeru itu tidaklah mempunyai apa-apa masalah sama sekali bagi sesiapa yang ingin mengamalkan selawat ini, asalkan dengan keyakinan bahawa pemberi kesan yang hakiki adalah Allah SWT bukannya makhluk.
Kelebihan Selawat Tafrijiyah
Persiapan menjelang harinya bersalin adalah hal yang penting bagi setiap kaum ibu.
Sudahlah menanggung payahnya mengandung, cukup sahaja bulan maka perlu mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan zuriat di atas bumi ini pula.
Itulah pergorbanan seorang ibu yang tidak mungkin kita mampu balas. Sakitnya rasa semasa melahirkan sehingga mengalir air mata tidak mampu terucap oleh kata-kata.
Justeru itu, diberikan penawar bagi ibu sepanjang proses kehamilan dan kelahiran ini dengan ayat-ayat zikir dan selawat yang bermanfaat untuk dibaca.
Ketika Ubai bin Ka’ab RA berkata bahawa beliau akan jadikan semua masa berdoanya untuk berselawat kepada Nabi saw, Baginda bersabda yang bermaksud;
Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu.” – (Hadis Riwayat Imam Ahmad & at-Tirmizi)
Dalam hidup ini, tentunya tidak ada seorang pun manusia yang sempurna. Ada yang menyukai kita, dan ada juga yang membenci diri kita.
Disitulah sepatutnya kita sedar akan kelemahan manusia di mana dia tidak mampu untuk memberi kasih dan cinta sehebat Allah dan Rasulullah SAW.
Dengan cara kita sentiasa melazimkan diri untuk berselawat ia secara tidak langsung menarik magnet cinta kita kepada Allah dan seterusnya menyebabkan orang lain juga turut menyukai kita.
Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” – (Hadis Riwayat An-Nasa’i)
Dari Ibn Mas’ud RA, bahawa Nabi saw bersabda,
أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً
Maksudnya: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari qiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” – (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai Selawat Tafrijiyah ini dapat memberikan anda semua manfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna sebagai panduan dalam kehidupan seharian dan dikongsikan bersama.
Sumber:
- Tashih Al-Mafahim #20: Benarkah Terdapat Unsur Syirik Dalam Selawat Tafrijiyyah. Mufti Wilayah Persekutuan
- Rahsia Besar Selawat Tafrijiyyah (November, 2020). Muhammad Soulhiey Zeckry
- Teks Shalawat Tafrijiyyah / Nariyah Arab berharakat, Latin, dan Terjemah Artinya. Terjemahan Kitab