Zikir Mudah Bersalin Untuk Bakal Ibu Hafal (Dalam Rumi)

Apakah contoh-contoh zikir yang bagus untuk dibaca bagi memudahkan proses persalinan nanti?

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada para ibu hamil sekalian tentang zikir mudah bersalin yang boleh dijadikan panduan sebelum tibanya kelahiran si kecil.

Tanda-tanda hampir bersalin bagi wanita hamil

  • Kerap membuang air kecil
  • Kerap sakit-sakit di bahagian belakang badan, pinggul, dan pelvis
  • Posisi kedudukan kandungan menurun ke bawah
  • Keluarnya lendir berdarah (berwarna putih dan merah jambu keluar) 
  • Keluarnya lendir dari faraj
  • Kontraksi Braxton-Hicks
  • Cirit-birit
  • Loya
  • Air ketuban pecah

Zikir mudah bersalin untuk ibu hamil

Terdapat beberapa zikir mudah bersalin yang boleh diamalkan oleh ibu hamil menjelang tarikh bersalinnya.

Berikut ini adalah himpunan zikir mudah bersalin untuk anda:

Ayatul Kursi

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Allahu laaa ilaaha illaa huwal haiyul qai yoom. Laa taakhuzuhoo sinatunw wa laa nawm. Lahoo maa fissamaawaati wa maa fil ard. Man zallazee yashfa’u indahooo illaa be iznih. Ya’lamu maa baina aideehim wa maa khalfahum. Wa laa yuheetoona beshai ‘immin ‘ilmihee illa be maa shaaaa. Wasi’a kursiyyuhus samaa waati wal arda wa la ya’ooduho hifzuhumaa. Wa huwal aliyyul ‘azeem

Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”

Surah Al-A’raf, ayat 54

اِنَّ رَبَّكُمُ اللّٰهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضَ فِيْ سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوٰى عَلَى الْعَرْشِۗ يُغْشِى الَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهٗ حَثِيْثًاۙ وَّالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُوْمَ مُسَخَّرٰتٍۢ بِاَمْرِهٖٓ ۙاَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْاَمْرُۗ تَبٰرَكَ اللّٰهُ رَبُّ الْعٰلَمِيْنَ

Inna rabbakumullahullazi khalaqas samawati wal arda fi sittati ayyamin. Summastawa ‘alal ‘arsy. Yugsyil lailan nahara yatlubuhu hasisaw wasy syamsa wal qamara. Wan nujuma musakhkharatim bi’amrihi ala lahul khalqu wal amr. Tabarakallahu rabbul ‘alamin.

Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;

Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya.

Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Berkat Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

Lafaz tasbih

 سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ

Subhaanallah 

Maksudnya: Maha Suci Allah

Istighfar

 

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ

Astaghfirullah 

Maksudnya: Aku memohon ampun kepada Allah

Zikir Hasbunallah

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir

Maksudnya: “Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”

Zikir Nabi Yunus

لَّآ اِلٰهَ اِلَّآ اَنْتَ سُبْحٰنَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظّٰلِمِيْنَ ۚ

La ila ha illa anta. Subhanaka inni. Kuntu minaz dzolimin

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan zikir mudah bersalin memberi kemudahan buat bakal-bakal ibu yang akan melahirkan nanti.

Sumber:

  1. Zikir Isteri Mengandung / Bersalin. Mufti Negeri Sembilan
  2. #794: Zikir Tetapi Hati Lalai. Maktabah Al-Bakri
  3. Amalan & Wirid Mudah Bersalin. Al-Hidayah Publication
  4. Tanda-Tanda Waktu Bersalin Hampir Tiba. Suami Perlu Ambil Perhatian. Pantang Plus
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.