8 Nama-Nama Syurga Yang Disebutkan Dalam Al-Quran
Apakah nama-nama syurga yang telah di sebutkan di dalam Al-Quran?
Artikel pada kali ini akan membincangkan secara ringkas mengenai nama-nama syurga yang di sebutkan di dalam Al-Quran serta kedudukannya.
Pendahuluan
Syurga merupakan tempat yang sangat istimewa kepada sesiapa sahaja yang sering melakukan kebaikan serta taat melaksanakan ibadah kepada Allah SWT, manakala neraka adalah balasan untuk golongan yang sebaliknya. Oleh kerna itu, Allah S.W.T. telah mencipta syurga dan neraka.
Allah SWT telah menegaskan dengan jelas mengenai kewujudan syurga serta kenikmatan yang istimewa menanti kepada para penghuninya kelak.
Setiap syurga itu memiliki tingkat penghuninya, malah gambaran syurga itu sendiri pun telah banyak dijelaskan dalam beberapa ayat Al-Quran seperti fiman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat:13 bagaimana keadaan syurga pada akhirat :
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, ia akan diamasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
Kita sebagai umat Islam wajib mempercayai serta memburu syurga sebagai matlamat utama sebagai kehidupan di dunia.
Syurga sahaja mempunyai nenerapa tingkatkan, seperti yang telah disebutkan Rasulullah SAW bahawa setiap tingkatan syurga ini jaraknya adalah sejauh bumi dan langit.
“Surga itu terdiri dari seratus tingkat. Jarak antara yang satu dan yang lainnya seperti antara bumi dan langit. Dan tingkatan tertinggi adalah Surga Firdaus,”
-HR Abu Sa’id Al Khudri–
Betapa hebatnya gambaran yang dijanjikan oleh Allah SWT sehinggakan tidak terbayang dan tergampar dek akal dan fikiran kita sebagai manusia tidak akan pernah menemukan sesuatu di dunia ini yang sama seperti yang telah difirmankan oleh Allah S.W.T.
Oleh itu, kita sebagai umat islam haruslah mengenali nama-nama syurga serta tingkatnya yang telah disebutkan di dalam Al-Quran antaranya adalah:
8 Nama Syurga Yang Disebutkan Dalam Al-Quran
Syurga ini mempunyai tingkat dan penghuninya yang berbeza mengikut amalan yang telah dilakukan semasa hidup di dunia.
Terdapat 8 nama-nama syurga yang telah dijanjikan oleh Allah SWT akan ganjaran oleh-Nya yang mentaati dan bertaqwa kepada-Nya yang disebut di dalam Al-Quran antaranya adalah:
Syurga Firdaus
Syurga Firdaus adalah sebuah tempat yang diciptakan oleh Allah SWT daripada emas yang merah. Dari syurga inilah yang mengalirnya sungai-sungai syurga. Syurga Firdaus ini merupakan antara syurga yang paling tinggi darjatnya dari syurga-syurga yang lain.
Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Kahfi ayat:107:
Maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga Firdaus sebagai tempat tetamu (yang serba mewah)”
Ciri-ciri penghuni Syurga Firdaus adalah:
- Orang yang menjaga dan memelihara solatnya.
- Orang yang sentiasa membayar zakat.
- Orang yang sentiasa menjaga lidah dari mengeluarkan perkataan yang kesat dan perkara-sia-sia.
- Para syuhada’ yang mati syahid kerana berjihad ke jalan Allah, para nabi dan rasul.
- Orang yang sentiasa menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka.
Syurga Ma’wa
Syurga Ma’wa ini diciptakan oleh Allah S.W.T dari zamrud hijau. Menuut Ali Tafsir Atha yang mengatakan bahawa Syurga Ma’wa ini adalah sebagai tempat tinggal Jibrail dan malaikat-malaikat lain.
Syurga Ma’wa ini juga merupakan tempat orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.
Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah al-Najm ayat: 15:
Maksudnya:
“Yang di sisinya terletak syurga al-Ma’wa”
Ciri-ciri penghuni Syurga Ma’wa adalah:
- Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
- Orang yang bertakwa kepada Allah S.W.T.
- Orang yang takut kepada kebesaran Allah S.W.T dan menahan diri dari hawa nafsu.
Syurga ‘Adn
Syurga ‘Adn ini telah diciptakan oleh Allah S.W.T daripada mutiara yang putih. Syurga ini kebiasaannya dihuni oleh orang-orang yang sentiasa beriman dengan agamanya yang satu. Dalam bahasa Inggeris Syurga ‘Adn ini disebut sebagai “Eden” iaitu yang mmbawa maksud kepada “Taman Yang Cantik”.
Syurga ‘Adn ini juga diberikan keistimewaan kepada meraka yang banyak bersabar dalam menerima segala ujian yang diturunkan oleh Allah S.W.T sepanjang kehidupannya.
Sebagaimana Firman Allah S.W.T yang tercatat dalam surah al-Nahl ayat:31:
Maksudnya:
(Untuk mereka) Syurga-syurga ” Adn “, yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa.
Syurga Khuldi
Syurga Khuldi adalah sebuah syurga yang diciptakan oleh Allah S.W.T daripada marjan merah dan kuning. Syurga ini dihuni oleh orang-orang sentiasa menjalankan segala perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala larangan-Nya, mereka dikumpulkan di dalam syurga yang dikenali sebagai syurga Khuldi.
Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Furqan, ayat :15:
Maksudnya:
Katakanlah: “Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau surga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa?” Dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka?”.
Ciri-ciri penghuni Syurga Khuldi adalah:
- Orang-orang sentiasa menjalankan segala perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala larangan-Nya
Syurga Na’im/ Naiim
Syrga Na’im ini merupakan sebuah syurga yang diciptakan oleh Allah S.W.T daripada perak putih. Syurga ini dipenuhi dengan orang-orang yang sering mengerjakan amal soleh.
Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Syu’ra ayat: 85:
Maksudnya:
“Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Na’im”.
Ciri-ciri penghuni Syurga Na’im
- Orang yang beriman dan beramal soleh
- Orang-orang yang bertakwa
Syurga Darussalam/ Dar al-Salam
Syurga Darussalam/ Dar al-Salam diciptakan oleh Allah S.W.T dari yakut merah iaitu sejenis permata yang begitu mahal. Dar al-Salam merupakan salah satu dari 99 nama Allah. Perkataan “Dar al-salam” ini adalah sebuat tempat yang penuh dengan kedamaian dan keselamatan.
Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-An’am ayat: 127:
Maksudnya:
“Bagi merekalah syurga Dar al-Salam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dialah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan.”
Ciri-ciri penghuni Syurga Darussalam/ Dar al-Salam adalah:
- Orang yang berpegang tuguh kepada keimanannya.
- Orang yang sering memerhatikan ayat-ayat al-Quran dan sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan sehariannya kerana Allah.
Syurga Darul Muqamah
Surga Darul Muqamah ini adalah diciptakan oleh Allah S.W.T dari permata putih. Syurga ini dihuni oleh orang-orang yang sentiasa berpegang teguh kepada iman dan islam dan sentiasa memperbanyakkan melakukan amal soleh.
Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Fathir ayat 35:
Maksudnya:
“Dan mereka berkata:” Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (syurga) dari kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada berasa lelah dan tiada pula berasa lesu.”
Ciri-ciri penghuni Syurga Darul Muqamah adalah:
- Orang-orang yang sentiasa berpegang teguh kepada iman dan islam.
- Orang yang sentiasa banyak melakukan amal soleh.
Syurga Maqamul Amin
Syurga Maqamul Amin ini telah diciptakan oleh Allah S.W.T daripada emas. Syurga ini dihuni oleh orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T . mereka ini akan ditempatkan di Maqamul Amin iaitu sebuah syurga yang mana tempat kembalinya orang-orang yang bertakwa.
Ciri-ciri penghuni Syurga Maqamul Amin adalah:
- Orang yang sentiasa beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.
*Di syurga kelak ada satu pintu khas hanya untuk orang-orang yang berpuasa sahaja dapat memasukinya iaitu dikenali sebagai Pintu ar-Rayyan.
Apakah Keistimewaan Yang Ada Dalam Syurga?
Antara ciri-ciri golongan yang layak untuk didiami oleh mereka adalah terdiri daripada orang-orang yang sentiasa mengerjakan segala suruhan dan patuh dengan segala perintah Allah S.W.T. Bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya Allah telah menjanjikan keistimewaan yang diberikan kelak di akhirat sana adalah sebuah taman syurga yang penuh dengan kenikmatan yang tak terhingga malah berlum terdengar dan terlihat sendiri dek akal di fikiran manusia.
Sebagaimana firmanNya dalam surah Muhammad ayat 15 maksudnya :
“Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.”
Malah, penghuni syurga diberikan oleh Allah rumah yang diperbuat daripada mutiara dan ruangnya amat luas tidak terhingga. Bertapa istimewanya syurga yang telah dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya yang sentisa bersabar, bertakwa, beriman dan beramal soleh kepada-Nya. Banyak lagi keistimewaan yang tidak terhingga kepada umat-umatnya yang sentiasa bertakwa kepada-Nya. Ini hanyalah sebahagian kecil yang diceritakan dalam penulisan mengenai keistimewaannya.
Penutup
Pintu-pintu syurga sentiasa terbuka luas kepada sesiapa yang bertaubat. Setiap kebaikan di dunia akan dikira ganjarannya di akhirat kelak. Dengan melakukan amal soleh dan sentiasa bersabar atas ujian yang diturunkan oleh-Nya akan mendapat balasan dan nikmat syurga yang dijanjikan.
Tinggalkan perkara yang dilarang oleh Allah dan lakukan perkara yang dituntut oleh agama-Nya.
Itulah beberapa nama-nama syurga yang telah diceritakan gambarannya di dalam al-Quran. Semoga dengan perkongsian pada kali ini dapat memberi sedikit maklumat mengenai nama-nama syurga dan ciri-ciri penghuninya bagi orang-orang layak mendapat keistimewaan tersebut.
Semoga keluarga dan sahabat kita terpilih menjadi untuk mendapatkan tempat di syurga Allah.