Sihir Pemisah: Tanda Terkena Sihir & Ikhtiar Yang Boleh Dilakukan
Amalan sihir seperti sihir pemisah misalnya bukanlah sesuatu yang baru. Bahkan ia sudah bermula sejak dari zaman Nabi Musa AS lagi.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan sihir pemisah dalam rumah tangga atau hubungan suami isteri.
Baca juga:
Apa itu sihir pemisah?
Sihir adalah amalan yang mendekatkan diri kepada syaitan dengan bantuan darinya.
Terdapat beberapa jenis sihir yang perlu anda tahu antaranya seperti:
- Sihir pemisah suami isteri
- Sihir guna-guna percintaan
- Sihir membuat seseorang menjadi gila
- Sihir membuat penyakit dan sebagianya.
Sihir pemisah adalah sejenis sihir yang menganggu perkahwinan dengan cara membuatkan kita rasa benci atau kurang senang melihat pasangan sendiri.
Sedangkan tidak ada sebarang masalah yang timbul dalam hubungan tersebut.
Hadis Rasulullah SAW juga jelas menyenaraikan amalan sihir sebagai salah satu dosa besar.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوبِقَاتِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَالسِّحْرُ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالِ اليَتِيمِ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ المُحْصَنَاتِ المُؤْمِنَاتِ الغَافِلاَتِ
“Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Pesuruh Allah? Apakah dosa-dosa itu?
Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.” – (Hadis riwayat Imam Bukhari, No. 2766)
Dalil mengenai sihir
Allah SWT berfirman dalam surah Yunus, ayat 106 yang bermaksud:
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim."
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan menanyakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang telah dikatakannya, maka sesungguhnya ia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW." - (Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)
Kegunaan sihir ini dihantar
Sihir biasanya dihantar melalui beberapa kaedah antaranya seperti:
- Menanam barang-barang sihir
- Memuja gambar
- Tuju melalui angin atau makanan
- Memuja patung sebagai pengganti orang yang dizalimi
Tujuan atau niat seseorang menghantar sihir kepada mangsanya tidak lain tidak bukan adalah untuk menghancurkan kehidupan mangsanya itu dengan cara yang halus tetapi sangat licik.
Tanda-tanda terkena sihir pemisah
Berikut adalah beberapa tanda-tanda anda terkena sihir pemisah dalam perhubungan:
- Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci
- Berlaku keraguan antara suami dan isteri
- Enggan meminta maaf
- Membesarkan perselisihan walaupun penyebabnya kecil
- Kerap meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai pasangan
- Hampir 24 jam rasa panas bila duduk dengan pasangan
- Rasa rindu bila jauh dari pasangan tetapi benci bila dekat dengan pasangan
- Selalu nampak keburukan pasangan
- Susah untuk dapat zuriat
- Rasa bernafsu dengan orang lain
- Selalu berbau busuk di tempat tidur, kawasan rumah dan badan pasangan sendiri
- Kerap mimpi tempat kotor
Kesan rumah tangga terkena sihir
Rumah tangga yang terkena sihir akan porak peranda dan bercerai-berai.
Kerana memang tujuan utama sihir dihantar untuk memisahkan hubungan suami isteri denga cara yang halus.
Amalan untuk elak terkena sihir
Apabila rumah tangga kita terkena sihir, maka kita cuba untuk berikhtiar dan beramal dengan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah.
Anda boleh amalkan membaca surah Al-Hijr, ayat 47 dan meletakkan tangan pada mata.
وَنَزَعْنَا مَا فِيْ صُدُوْرِهِمْ مِّنْ غِلٍّ اِخْوَانًا عَلٰى سُرُرٍ مُّتَقٰبِلِيْنَ
"Dan Kami cabut akan apa Yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing."
Kesimpulannya, sihir adalah perbuatan yang haram di sisi syariat Islam. Ia boleh mendatangkan natijah kepada kehidupan seseorang individu.
Bahkan mampu memesongkan akidah seseorang individu yang mengamalkan amalan sihir. Semoga kita dijauhkan dari semua ini.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan sihir pemisah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Al-Kafi #253: Pendirian Islam Berkenaan Sihi. Mufti Wilayah Persekutuan
- Tanda Sihir Pemisah Pada Diri & Pasangan yang Ramai Tak Tahu. I Muslim Malaysia