Sifat Wajib Bagi Allah, Ini 20 Sifat Perlu Dipelajari
Sifat wajib bagi Allah adalah sifat-sifat kesempurnaan yang hanya dimiliki oleh Allah SWT sahaja sebagai Yang Maha Besar atau Dia Allah SWT Paling Besar dari apa pun.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan sifat wajib bagi Allah yang perlu anda tahu.
Baca lagi:
Apa itu sifat wajib bagi Allah
Sifat wajib Allah adalah sifat-sifat yang pasti dimiliki oleh Allah SWT.
Sifat wajib Allah keseluruhannya berjumlah 13 manakala 7 lagi sifat wajib yang digambarkan dengan keadaan Allah SWT menjadikan jumlah kesemuanya adalah 20.
Menurut Prof. Dr. Sheikh Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti, Allah SWT telah menyifatkan diri Nya dengan sifat yang banyak tetapi perincian semua sifat tersebut terkandung dalam 20 sifat utama (‘ishrin sifah ra’isiyyah).
Ia bagi memudahkan orang awam untuk mengenali Allah SWT menerusi beberapa sifat terpilih berbanding sukar mengenali Nya menerusi semua sifat-sifat yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis yang jumlahnya tersangat banyak.
Sifat wajib bagi Allah yang perlu diketahui adalah 20 sifat utama Nya.
Senarai sifat wajib Allah yang perlu diketahui
Sifat Wajib | Bahasa Arab | Maksud | Sifat |
---|---|---|---|
Wujud | ﻭﺟﻮﺩ | Ada | Nafsiah |
Qidam | ﻗﺪﻡ | Terdahulu | Salbiah |
Baqa | ﺑﻘﺎﺀ | Kekal | Salbiah |
Mukhalafatuhu lilhawadis | ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ | Berbeza dengan makhluk-Nya | Salbiah |
Qiyamuhu binafsih | ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ | Berdiri sendiri | Salbiah |
Wahdaniyat | ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ | Esa (satu) | Salbiah |
Qudrat | ﻗﺪﺭﺓ | Kuasa | Ma’ani |
Iradat | ﺇﺭﺍﺩﺓ | Berkehendak (berkemauan) | Ma’ani |
Ilmu | ﻋﻠﻢ | Mengetahui | Ma’ani |
Hayat | ﺣﻴﺎﺓ | Hidup | Ma’ani |
Sama’ | ﺳﻤﻊ | Mendengar | Ma’ani |
Basar | ﺑﺼﺮ | Melihat | Ma’ani |
Kalam | ﻛﻼ ﻡ | Berbicara | Ma’ani |
Kaunuhu qaadiran | ﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭﺍ | Keadaan-Nya yang berkuasa | Ma’nawiyah |
Kaunuhu muriidan | ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪﺍ | Keadaan-Nya yang berkehendak menentukan | Ma’nawiyah |
Kaunuhu ‘aliman | ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤﺎ | Keadaan-Nya yang mengetahui | Ma’nawiyah |
Kaunuhu hayyan | ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎ | Keadaan-Nya yang hidup | Ma’nawiyah |
Kaunuhu sami’an | ﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌﺎ | Keadaan-Nya yang mendengar | Ma’nawiyah |
Kaunuhu bashiiran | ﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭﺍ | Keadaan-Nya yang melihat | Ma’nawiyah |
Kaunuhu mutakalliman | ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺘﻜﻠﻤﺎ | Keadaan-Nya yang berbicara | Ma’nawiyah |
– Wujud (ada)
– Qidam (sedia)
– Baqa’ (kekal)
– Mukhalafatuhu li al-Hawadith (bersalahan/berlainan dengan segala yang baharu/makhluk)
– Qiyamuhu Binafsihi (berdiri/wujud dengan diri atau zatNya sendiri)
– Wahdaniyyah (esa)
– Qudrah (kuasa)
– Iradah (kehendak)
– ‘Ilm (ketahui)
– Hayah (hidup)
– Sama’ (dengar)
– Basar (lihat)
– Kalam (berkata-kata)
– Kaunuhu Qadiran (keadaanNya yang berkuasa)
– Kaunuhu Muridan (keadaanNya berkehendak)
– Kaunuhu ‘Aliman (keadaanNya mengetahui)
– Kaunuhu Hayyan (keadaanNya hidup)
– Kaunuhu Sami’an (keadaanNya mendengar)
– Kaunuhu Basiran (keadaanNya melihat)
– Kaunuhu Mutakalliman (keadaanNya berkata-kata).
Kepentingan memahami sifat wajib ini
Umat Islam perlu mempelajari sifat 20 Allah ini agar kita mempunyai ilmu akidah yang mantap dan kukuh daripada terdedah dengan aliran pemikiran baharu yang menyesatkan.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan sifat wajib bagi Allah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yahg bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Dapatkan ulasan lebih rapi dan menyeluruh mengenai topik ini dengan membaca buku Sifat 20 Suatu Pengenalan Asas dari karya Ustaz Muhadir Haji Joll.
Sumber:
- Mengenal Sifat 20 Allah SWT dan Memahami Penjelasan Tentangnya. Maahad Al-Tahzib wa al-Ta’alim
- Al-Afkar #74: Sifat Wujud Allah SWT. Mufti Wilayah Persekutuan