Berhati-hati, Ini 8 Dosa Yang Tidak Diampuni Allah
Dosa adalah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah SWT dan meninggalkan suruhan Nya. Dalam banyak-banyak dosa yang kita lakukan ketika hidup ada dosa yang tidak diampuni Allah.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa dosa yang tidak diampuni Allah.
Baca juga:
1. Syirik
Syirik adalah mempersekutukan Allah dengan yang lain atau mempersamaan Allah sebagai pencipta (Al-Khaliq) dengan yang diciptakan (makhluk) baik zat, sifat, kekuasaan, dan sebagainya.
Perbuatan syirik merupakan dosa yang amat besar disisi Allah SWT dan menyebabkan pelakunya menjadi hina.
Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa, ayat 48 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki Nya (menurut aturan Syariat Nya).
Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.“
2. Makan harta anak yatim
Perkataan yatim disebutkan sebanya 23 kali dalam Al-Quran. Ini tidak termasuk hadis-hadis sahih yang menceritakan tentang kelebihan berbuat baik kepada anak yatim.
Perbuatan seseorang yang memakan harta anak yatim bukan sahaja zalim tetapi juga akan mendapat azab seksa dari Allah di akhirat kelak.
Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa, ayat 10 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).“
3. Melakukan sihir
Dosa yang tidak diampuni Allah walaupun bertaubat adalah melakukan sihir. Orang yang melakukan sihir termasuk ke dalam golongan orang-orang kafir.
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :
اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوبِقَاتِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ اليَتِيمِ وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ المُحْصَنَاتِ المُؤْمِنَاتِ الغَافِلَاتِ
“Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan (dosa besar). Para sahabat bertanya : Apakah tujuh perkara tersebut wahai Rasulullah? Nabi SAW bersabda :
Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang yang Allah haramkan darahnya melainkan dengan cara yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling pada hari peperangan dan menuduh wanita beriman yang terpelihara kehormatannya dan tidak terlintas untuk melakukan kejahatan.” – (Hadis Riwayat Bukhari, No. 2766)
6. Derhaka kepada ibu bapa
Derhaka kepada orang tua adalah berkelakuan buruk kepada ibu bapa dan menyia-nyiakan hak mereka.
Contohnya seperti membentak orang tua, merendah-rendahkan orang tua, tidak menjaga percakapan dengan orang tua, dan sebagainya.
Seksaan anak derhaka kepada ibu bapa akan mendapat balasan awal di dunia sebelum di akhirat. Mereka juga haram masuk ke dalam syurga.
“Ada tiga jenis orang yang diharamkan Allah masuk syurga, iaitu pemabuk berat, penderhaka terhadap orang tua, dan juga seorang dayus (merelakan kejahatan berlaku di dalam keluarganya, merelakan isteri dan anak perempuan serong).” – (Hadis Riwayat Nasa’i dan Ahmad)
7. Membunuh
Membunuh adalah perbuatan mencabut iaitu membunuh nyawa atau satu perbuatan hamba-hamba yang menghapuskan kehidupan umat lain.
Contohnya seperti menembak, memukul sehingga mati, menikam, dan sebagainya.
8. Khurafat
Khurafat adalah semua ceritaa sama ada rakaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan, atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Contohnya seperti percaya kepada keramat, percaya kepada tarikh-tarikh yang membawa petaka, memohon bantuan daripada jin, dan sebagainya.
9. Murtad
Murtad maksud dari segi istilah pula adalah beralih daripada memeluk Islam kepada memeluk agama lain atau anutan lain atau sama sekali tidak mempunyai agama.
Contohnya tidak mengakui bahawa Allah SWT ialah Tuhan, tidak percaya kepada Al-Quran, tidak percaya kepada Rukun Iman, dan sebagainya.
10. Riba
Riba adalah suatu penambahan nilai ataupun bunga yang melebihi jumlah dari pinjaman saat dikembalikan. Perbuatan ini jelas diharamkan dalam Islam.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarahm ayat 275 yang bermaksud:
“Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran gila. Demikian itu karena mereka berkata bahwa jual beli sama dengan riba. Padahal Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.”
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan dosa yang tidak diampuni Allah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk menjauhi perbuatan dosa dan kembali bertaubat kepada Allah.
Sumber:
- Al-Kafi #873: Dosa Yang Kerap Membelenggu. Mufti Wilayah Persekutuan
- Allah Kasih Orang Bertaubat. JAKIM