Asal Usul Nama Malaikat Maut (Dalam Hadis Sahih)

Benarkah nama malaikat maut yang sering kita sebut-sebut itu adalah Malaikat Izrail?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda asal usul malaikat maut berpandukan kepada dalil dan hadis-hadis sahih.

Baca juga:

Nama malaikat maut

Umumnya, Al-Quran dan hadis tidak menyebut nama Izrail ini. Sebaliknya hanya terdapat nama panggilan malaikat maut sahaja.

Seperti mana dalam surah al-Sajdah, ayat 11:

قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ

"Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan."

Namun pada  kitab tafsir ada menyebutkan berkenaan nama malaikat maut adalah Izrail. Antara kitabnya adalah:

  • Tafsir al-Sam’ani (4/245) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Fath al-Qadir (4/289) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Fath al-Bayan fi Maqasid al-Qur’an (11/20) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir al-Sya’rawi (4/2574) ketika mentafsirkan Surah al-Nisa’ ayat 97.
  • Tafsir al-Muqatil (3/450) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir Al-Hidayah ila Bulugh al-Nihayah (9/5754) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir Ibn ‘Atiyyah (4/360) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir Ibn Juzay (2/142) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir al-Bahr al-Muhit (8/434) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir Adhwa’ al-Bayan (6/184) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir al-Wasit (8/119) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir Mafatih al-Ghaib (2/386) ketika mentafsirkan Surah al-Baqarah ayat 30.
  • Tafsir al-Samarqandi (3/542) ketika mentafsirkan Surah al-Nazi’at ayat 14.

Perkataan Izrail dipercayai berasal daripada bahasa Ibrani atau Hebrew yang bermaksud hamba Allah.

Ia juga dikenali dengan panggilan dalam bahasa Inggris sebagai Izrail, Izrael, Azrael, Azrail, Azraille, atau Ozryel.

Justeru Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa tidak ada kesalahan untuk menggunakan panggilan tersebut walaupun ianya tidak ditemui dalam Al-Quran dan Hadis.

Asalkan kita tidak meyakini secara pasti bahawa ianya adalah nama bagi Malaikat Maut.

Bilangan malaikat maut

Dekat atas muka bumi yang ada berbillion manusia, tentunya setiap saat ada sahaja yang meninggal dunia dan menemui ajalnya. Boleh jadi ia juga meninggal pada hari yang sama, tarikh yang sama, waktu yang sama, dan tempat yang sama.

Jadi adakah bilangan malaikat maut itu ramai bagi membolehkan ia mengambil nyawa di beberapa bahagian bumi ini dalam masa yang sama?

Imam At-Tabari telah meriwayatkan dari Ar-Rabi’ bin Anas yang telah ditanya tentang malaikat maut adakah malaikat maut seorang diri yang bertugas mengambil nyawa maka jawab beliau:

هو الذي يلي أمر الأرواح، وله أعوان على ذلك، غير أن ملك الموت هو الرئيس، وكل خطوة منه من المشرق إلى المغرب

Dia yakni malaikat maut yang mentadbir hal-hal sekelian ruh dan ada baginya beberapa penolong atas yang demikian itu kecuali malaikat maut ini adalah pemimpinnya dan setiap satu langkah malaikat maut ini jarak antara timur kepada barat.”

Dan diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya :

خطوة ملك الموت ما بين المشرق والمغرب

Langkahan malaikat maut itu antara timur dan barat.” - (Tafsir Ibnu Jarir)

Dan diriwayatkan dari Imam Mujahid berkata beliau :

جعلت الأرض لملك الموت مثل الطست يتناول من حيث شاء، وجعل له أعوان يتوفون الأنفس ثم يقبضها منهم

Bumi itu telah dijadikan bagi malaikat maut seperti talam yang besar memuat hidangan yang ia akan ambil dari pihak mana yang dia suka dan dijadikan baginya beberapa penolong yang mematikan jiwa lalu dicabut ruh daripada mereka.”

(Telah diriwayatkan dari Abu Nu’aim di dalam kitab Al-Hilyah dan diriwayatkan juga oleh Abdul Razzaq dan Ahmad dan Ibnu Jarir dan Ibnu Al-Munzhir dan Abu Syeikh)

Berdasarkan dalil-dalil di atas, maka jelaslah bahawa tidak ada sebarang kesulitan sedikit pun untuk malaikat maut ambil nyawa manusia sekaligus walau berapa ramai pun manusia yang meninggal ketika itu.

Dahsnyatnya sakaratul maut

Setiap orang yang hidup akan merasai sakaratul maut di hujung nyawanya nanti. Betapa dahsyatnya peristiwa sakaratul maut ini sehingga dinyatakan dalam firman Allah SWT:

“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat individu zalim itu dalam penderitaan sakaratul maut.

Pada masa nyawa hampir putus, malaikat-malaikat menghulurkan tangan mereka bagi memukul dan menyeksa individu itu sambil berkata dengan menengking dan mengejek, ‘Keluarkan nyawa kamu daripada tubuh kamu sendiri.’

“Pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina kamu sehina-hinanya. Ini kerana apa yang kamu lakukan kepada Allah adalah tidak benar dan kamu menolak dengan sombong dan takbur pada ayat-ayat keterangan-Nya.

“Tidak kira siapa pun kita, semua akan merasai betapa azab dan sakitnya mati kecuali mereka yang mati syahid. Al-Hasan meriwayatkan, Rasulullah SAW pernah mengingatkan perihal sakitnya serta keperitan akibat kematian.” – (Surah al-An’am, ayat 93)

Dalam menghadapi sakaratul maut ini, kita juga perlu bersedia dengan kematian. Kuncinya dengan memastikan diri mempunyai amalan yang cukup seperti:

  • Bersegera bertaubat kepada Allah.
  • Perbetulkan perjalanan hidup kita masih berbaki agar sentiasa berada di atas jalan yang lurus.
  • Beristiqamah dan bertakwa kepada Allah sampai ke akhir hayat.

Nasihat Rasulullah tentang kematian

nama malaikat maut

Jadilah orang yang cerdik di dalam memilih dan membuat sesuatu pekerjaan atau amalan.

Rasulullah ditanya, “Siapakah mulim yang paling cerdik? Jawab baginda: “Yang paling banyak mengingati mati dan paling elok persediaan untuk menghadapi kehidupan selepas mati.”

Setiap orang menginginkan kematian dalam keadan baik iaitu mati dalam iman, Islam, dan amal soleh. Mati dalam keadan berbaik sangka pada Allah, akan memperoleh kesudahan yang baik.

Mati dalam keadaan baik menjadi petanda dan alamat memperolehi kejayaan, kesejahteraan yang abadi di akhirat.

Sumber:

  1. #389: Nama Malaikat Maut. Maktabah Al Bakri
  2. Al-Kafi Li Al-Fatawi Ke-463: Asal Nama Malaikat Izra’il. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.