Meninggal Kemalangan Pesawat & Mencari Nafkah, Ciri-Ciri Mati Syahid?

Apakah jenis dan ciri-ciri mati syahid yang perlu anda tahu?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ciri-ciri mati syahid dan kelebihan yang akan diperoleh olehnya.

Baca juga:

Apa itu mati syahid?

ciri-ciri mati syahid

Mati syahid adalah individu yang meninggal dunia dalam menegakkan agama Allah SWT.

Seseorang yang mati dalam keadaan itu pun akan memiliki keistimewaan mati syahid.

Jenis mati syahid

Berdasarkan kepada pandangan ulama, terdapat tiga jenis mati syahid yang perlu anda tahu. Berikut adalah perinciannya.

1. Syahid dunia dan akhirat

Individu yang diberikan syahid dunia dan akhirat adalah orang-orang beriman yang ikhlas berjuang di jalan Allah untuk meninggikan syiar agama dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.

Mereka ini rela mati di medan peperangan. Mereka tidak lagi berada dalam keadaan hayah mustaqirrah (masih hidup) sebelum berakhirnya peperangan dengan golongan musyrikin.

Ini disandarkan kepada hadis daripada  Saidina Jabir RA bahawasanya Nabi SAW bersabda:

كَانَ يَجْمَعُ بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ مِنْ قَتْلَى أُحُدٍ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ ثُمَّ يَقُولُ ‏”‏ أَيُّهُمَا أَكْثَرُ أَخْذًا لِلْقُرْآنِ ‏”‏ ‏.‏ فَإِذَا أُشِيرَ إِلَى أَحَدِهِمَا قَدَّمَهُ فِي اللَّحْدِ ‏.‏ قَالَ ‏”‏ أَنَا شَهِيدٌ عَلَى هَؤُلاَءِ ‏”‏‏ وَأَمَرَ بِدَفْنِهِمْ فِي دِمَائِهِمْ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يُغَسَّلُوا

“Nabi SAW pernah menghimpunkan dua lelaki dari mereka yang telah dibunuh di (peperangan) Uhud seraya baginda bertanya kepada mereka siapakah antara mereka yang mempelajari lebih banyak Al-Quran?

Dan ketika salah seorang dari mereka ditunjuk, baginda mengarahkannya agar diletakkannya di lahad (kubur) terlebih dahulu. Baginda bersabda “saya saksi ke atas mereka.”

Maka baginda memerintahkan supaya mereka dikebumikan dengan darah mereka, tidak boleh disolatkan, dan mereka tidak boleh dimandikan.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 1347)

2. Syahid dunia

Individu yang diberikan syahid dunia adalah sesiapa yang meninggal dunia kerana berperang di jalan Allah tetapi dalam masa yang sama melakukan mawani’ al-syahadah (perkara yang menghalang daripada mendapatkan syahid).

Contohnya, seperti berjuang di jalan Allah kerana inginkan ghanimah (harta rampasan) semata-mata, atau berjuang untuk dikatakan berani, atau untuk mendapatkan kedudukan di sisi manusia atau seumpamanya (dengan tujuan keduniaan).

Mereka ini tidak dianggap sebagai syahid akhirat kerana tidak memperoleh pahala syahid yang sempurna.

Manakala urusannya di akhirat adalah antara dirinya dengan Allah SWT.

3. Syahid akhirat

Individu yang diberikan syahid akhirat, adalah mereka yang selain dari golongan yang disebutkan tadi.

Dalam kata mudah, sesiapa yang syahid bukan di medan peperangan akan tetapi disebutkan dalam hadis dengan istilah syahid.

Contohnya seperti orang yang meninggal dunia kerana penyakit perut, taun, ditimpa runtuhan bangunan dan lain-lain sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis sebagai syahid.

Mereka akan diberikan pahala dan ganjaran orang yang syahid di akhirat tetapi ganjarannya tidak sama dengan golongan yang pertama (syahid dunia dan akhirat).

Ciri-ciri mati syahid

ciri-ciri mati syahid

Lima golongan yang mati syahid. Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ

Maksudnya: “Orang yang mati syahid ada lima golongan iaitu:
1. Orang yang mati kerana taun,
2. Mati kerana penyakit perut,
3. Mati lemas,
4. Ditimpa runtuhan dan
5. Syahid di jalan Allah.”

Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa ke semua jenis kematian itu dianggap sebagai mati syahid disebabkan kelebihan kurniaan Allah SWT (kepada mereka).

Kerana dahsyatnya kesakitan dan kepedihan kematian tersebut yang ditanggung mereka. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, Cet. Dar al-Siddiq, 5/550)

Cara menguruskan jenazah syahid

Individu yang syahid dunia dan akhirat, jenazah mereka tidak perlu dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disolatkan.

Bahkan mereka juga boleh ditanam secara terus bersama dengan darah dan pakaian mereka.

Individu yang syahid dunia, jenazah mereka tidak disolatkan, dikafakankan dan dimandikan.

Individu yang syahid akhirat, wajib dimandikan, dikafankan dan disolatkan.

Hikmah mati syahid

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa, ayat 74 yang bermaksud:


فَلْيُقَاتِلْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ الَّذِيْنَ يَشْرُوْنَ الْحَيٰوةَ الدُّنْيَا بِالْاٰخِرَةِ وَمَنْ يُّقَاتِلْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ فَيُقْتَلْ اَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيْهِ اَجْرًا عَظِيْمًا

"Dan barangsiapa berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka akan kami berikan pahala yang besar kepadanya.”

Daripada Miqdam bin Ma’dikarib, Sabda Rasulullah SAW:

للشهيد عند الله ست خصال: يُغفر له في أول دَفعة ويَرى مقعده من الجنة، ويجار من عذاب القبر، ويأمن من الفزع الأكبرِ، ويوضع على رأسه تاج الوقار؛ الياقوتة منها خير من الدنيا وما فيها، ويزوج اثنتين وسبعين زوجة من الحورِ العِين، ويشفّع في سبعين من أقاربه

"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu: 1) Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar, 2) melihat tempatnya didalam syurga, 3) dilindungi dari azab kubur, 4) 

terjamin keamanannya dari malapetaka besar merasakan kemanisan iman, 5) dikahwinkan dengan bidadari, 6) diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya".

Soal jawab berkaitan mati syahid

1. Adakah meninggal dunia kerana pergi kerja dikira sebagai syahid?

Mereka yang meninggal dunia kerana mencari nafkah tidak dikira sebagai syahid pertama dan kedua kerana bukannya meninggal dunia di medan peperangan. 

Namun, mereka ini mungkin tergolong dalam golongan yang mendapat syahid akhirat iaitu mereka mendapat ganjaran syahid di akhirat kelak.

2. Adakah meninggal dunia kerana kemalangan dikira sebagai syahid?


Mereka yang meninggal dunia kerana kemalangan tidak dikira sebagai syahid pertama dan kedua kerana bukannya meninggal dunia di medan peperangan. 

Namun, mereka ini mungkin tergolong dalam golongan yang mendapat syahid akhirat iaitu mereka mendapat ganjaran syahid di akhirat kelak.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ciri-ciri mati syahid ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-497: Adakah Mati Kerana Keluar Mencari Nafkah Dikira Sebagai Mati Syahid. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. #1264: Mati Dalam Kebakaran Dianggap Mati Syahid. Maktabah Al Bakri
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.