11 Golongan Masuk Syurga Tanpa Hisab Dalam Hadis Sahih

Siapakah golongan yang boleh masuk syurga tanpa hisab?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan golongan yang masuk syurga tanpa hisab yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Hadis golongan masuk syurga tanpa hisab

masuk syurga tanpa hisab

Berikut ini adalah hadis yang menceritakan tentang golongan masuk syurga tanpa hisab:

يَدْخُلُ الجَنَّةَ مِن أُمَّتي سَبْعُونَ ألْفًا بغيرِ حِسابٍ، قالوا: مَن هُمْ يا رَسولَ اللهِ؟ قالَ: هُمُ الَّذِينَ لا يَسْتَرْقُونَ، ولا يَتَطَيَّرُونَ، ولا يَكْتَوُونَ، وعلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

“Tujuh puluh ribu dari umatku akan masuk syurga tanpa hisab.” Para sahabat bertanya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang tidak minta diruqyah (dengan ruqyah yang syirik), tidak mengamalkan tathayur (tilik nasib), tidak menggunakan perbuatan dengan besi (yang dilarang) dan mereka selalu bertawakkal kepada rabbnya.” (Hadis Riwayat Bukhari, No 5752)

1. As-Sabr (Ahli Sabar)

Sabar adalah menahan diri dari melakukan apa-apa apabila ditimpa ujian dan mengharapkan pertolonga Allah semata-mata.

Ia adalah sifat yang amat indah untuk diteladan walaupun pada ucapan amat mudah untuk dilafazkan. tetapi ia sukar untuk diamalkan.

Apatah lagi apabila berada di situasi yang penuh konflik yang melampau. Allah SWT berfirman dalam surah Ar-Ra’d, ayat 21 – 24 yang bermaksud:

“Orang-orang itulah yang mendapat kesudahan yang baik, iaitu syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya,

sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan) ‘salamun’alaikum bima shabartum’. Maka alangkah baiknya tempat keindahan itu.”

2. Al-Fadl (Ahli Kemuliaan)

Al-Fadl adalah golongan yang menanggung kesakitan  apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

Dalam kata lain, biarpun seseorang itu diperlakukan dengan buruk tetapi dia tetap bersabar dan memaafkan individu tersebut.

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا

“Dan tidaklah Allah menambah sifat pemaaf bagi seorang hamba kecuali sebagai kemuliaan.” –  (Hadis Riwayat Muslim)

3. Golongan yang beradab dengan jiran

Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat sama ada di kiri dan kanan, hadapan atau belakang, atas dan bawah bagi rumah flat atau kondominium.

Perbuatan berbuat baik kepada jiran tetangga seperti tidak menyakiti hati jiran, membantu jiran apabila diperlukan, dan sebagainya adalah amalan yang mulia.

Daripada Abi Syuraih RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ

“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

4. Meninggal ketika perjalanan pergi atau pulang dari Tanah Suci

masuk syurga tanpa hisab

Tanah Suci juga mempunyai kelebihan bagi mereka yang meninggal di sana. Bahkan terdapat hadis Nabi SAW yang menjelaskan hal tersebut:

“Sekiranya terdapat dalam kalangan kamu yang terpilih meninggal dunia di Madinah (Tanah Suci), maka bergembiralah. 

Sesungguhnya sesiapa yang terpilih (oleh Allah) untuk mati di Madinah, Aku akan menjadi saksi dan syafaat untuknya pada hari kiamat kelak.” (Riwayat al-Tabrani: Hasan Sahih).

5. Penuntut ilmu

masuk syurga tanpa hisab

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga.

Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan),

diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya.” – (Hadis Riwayat Muslim)

6. Dalam perjalanan menunaikan hajat saudaranya

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Maidah, ayat 2:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”

7. Mendidik seseorang sehingga mengucapkan kalimah tauhid

Kalimah tauhid “lailahaillallah” bermaksud “tiada tuhan selain Allah.” Sesiapa yang mengucapkan kalimah ini beerti dia menyakini  bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Esa dan hanya Dia yang berhak disembah. 

Bahkan dikatakan bahawa, sesiapa yang membantu orang lain sehingga orang itu mampu mengucapkan “lailahaillallah”, mereka ini akan mendapat pahala jariah yakni pahala yang tidak akan terputus walaupun sudah meninggal dunia.

8. Meninggal pada hari Jumaat

Daripada Abu Huraira RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Muslim)

9. Bersabar dengan segala ujian

Dalam Surah Al-Ankabut ayat 2, Allah telah berfirman,

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

 “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan,”Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji?”

Setiap orang yang beriman pasti tidak akan lekang dari tujuan hidup. Justeru, kita haruslah redha dengan segala ujian yang diberikan Allah kerana Allah tidak akan membebani kita melebihi kemampuan yang kita sanggupi.

10. Memberi manfaat kepada orang lain

Dari Abu Huraira RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa membebaskan seorang mukmin dari suatu kesulitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat.

Barangsiapa memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan di dunia dan akhirat.

Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan selalu menolong hamba-Nya selama hamba tersebut menolong saudaranya sesama muslim.

Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke surga baginya.

Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca al-Qur’an, melainkan mereka akan diliputi ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya.

Barangsiapa yang ketinggalan amalnya,maka nasabnya tidak juga meninggikannya.” – (Hadis Riwayat Muslim)

11. Syahid mempertahankan agama Islam

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali-Imran, ayat 169:

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

 “Dan jangan sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh (gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan golongan masuk syurga tanpa hisab dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Afkar #99: Keadaan Masuk Syurga Tanpa Hisab Bagi Pelaku Dosa Besar. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-442: Sesiapa Yang Bernama Ahmad, Dia Akan Masuk Syurga Tanpa Hisab. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.