Jenis Syirik: Pengertian, Punca dan Cara Menghindari

Syirik merupakan salah satu dari dosa yang menjadi barah dalam hati segelintir orang Islam.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan dosa syirik dan cara pencegahannya dalam Islam.

Baca juga:

Pengertian syirik

Syirik bermaksud menyekutukan Allah sama ada dari segi Rububiyyah, Uluhiyyah atau nama-nama dan sifatnya.

Dari segi istilah syirik merupakan perbuaan menyekutukan Allah SWT dalam apa jua bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah SWT.

Dalil tentang syirik dalam Islam

Perbuatan syirik merupakan dosa yang amat besar disisi Allah SWT dan menyebabkan pelakunya menjadi hina.

Hal ini jelas difirmankan dalam surah An-Nisa, ayat 48 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki Nya (menurut aturan Syariat Nya).

Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

Bukan itu sahaja, Allah juga tidak mengampukan dosa hamba-hamba Nya yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan syirik.

Jenis-jenis syirik

Syirik juga boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu yang utama iaitu syirik akhbar dan syirik asghar.

  • Maksud akhbar: Syirik yang menjai penyebab keluarnya seseorang dari agama Islam.
  • Contoh akhbar: Menyembah benda seperti kubur, pokok, batu, dan sebagainya. Menganggap diri lebih rendah dari benda-benda.
  • Maksud asghar: Setiap ucapan atau perbuatan yang dinyatakan syirik oleh syarak tetapi tidak mengeluarkan seseorang itu dari agama Islam.
  • Contoh asghar: Kebiasaannya syirik ini terjadi apabila seseorang itu melakukan sesuatu dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Imam al-Sanusi dalam al-Muqaddimat membahagikan syirik kepada enam jenis:

  1. Istiqlal : Menetapkan adanya dua tuhan atau lebih yang berlainan seperti akidah Majusi yang mempercayai adanya Ahura Mazda dan Angra Mainyu.
  2. Tab’id : Menyatukan tuhan daripada beberapa oknum seperti akidah Triniti agama Kristian.
  3. Taqrib : Beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah SWT dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  4. Taqlid : Beribadah kepada Allah kerana mengikut orang lain.
  5. Asbab : Menyandarkan satu kesan terhadap sebab tertentu yang bersifat adat seperti berpegang bahawa manusia kenyang kerana makan, dan bukan Allah SWT yang mengenyangkannya.
  6. Aghrad : Beramal kerana selain daripada Allah SWT.

*Bagi no. 1 – 4, seseorang itu dikira kufur secara ijmak. Bagi no. 6, ianya dikira maksiat dan tidak kufur secara ijmak.

*Adapun bagi no. 5, ia memerlukan perincian. Jika ianya disandarkan kepada sebab tertentu semata-mata, maka dia dikira kufur secara ijmak.

*Jika dia meyakini bahawa ianya memberi kesan melalui daya yang dijadikan oleh Allah kepada makhluk, dia dikira fasik dan ahli bid’ah.

Punca berlakunya syirik dalam masyarakat

  • Mengangungkan dan mensucikan sesuatu.
  • Beriman dengan perkara yang dapat dilihat dan lupa kepada yang tidak dapat dlihat.
  • Takabbur dalam beribadat kepada Allah SWT.

Cara menghindarkan diri dari perbuatan dosa

Terdapat beberapa cara untuk kita melindungi diri daripada melakukan perbuatan dosa khususnya dosa yang menduakan Allah SWT dengan sesuatu yang lain.

Berikut adalah caranya:

1. Menghayati hukum dan sunatullah

Orang Islam berpegang dengan Al-Quran dan hadis sebagai panduan sehingga kiamat. Dan mempunyai prinsip dalam diri mereka iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman yang perlu dijaga.

Justeru, jika kita benar-benar memikirkan dan memahami perkara tersebut, maka tentu sahaja akan mudah kita tunduk kepada Allah dan tidak akan lagi menyembah, memohon, atau bahkan bersjud kepada selain Allah. 

2. Menyempurnakan solat fardhu dan sunat

Solat menjadi perisai kita dari melakukan dosa dan maksiat. Dengan solat, kita secara tidak langsung boleh melindungi diri daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Bahkan disebutkan satu ibadah pun tidak akan dpaat menandingi keistimewaan dan keutamaan solat.

Imam ad-Dailami meriwayatkan bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah tidak mewajibkan sesuatu yang lebih utama daripada at-tawhid (yakni mengesakan Allah SWT) dan ibadah solat.

Jika sekiranya ada sesuatu yang lebih utama daripada kedua-duanya, pasti ia juga akan difardukan ke atas Malaikat, sedangkan Malaikat itu ada sebahagiannya rukuk selama-lamanya dan sebahagian lagi sujud selama-lamanya.”

3. Mendampingi orang alim

Mendampingi orang alim dalam agama sebenarnya mendidik diri kita untuk semakin mencintai Allah dan Rasulullah SAW.

Seseorang yang mendampingi para alim ini bukan sahaja akan terkesan dari sudut ketinggian ilmunya bahkan dari sudut cara dan akhlak peribadi juga akan terjaga dengan kebaikan dan kemuliaan.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan dosa syirik dan jenis-jenisnya ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Afkar #40: Jenis-Jenis Syirik. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Bahay Syirik dan Penyelewangan Akidah. UITM
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.